Assalamualaikum..
Salam Maulidur Rasul.. di hari cuti ni mari kita manfaatkan masa yang ada.. bila daa nak habis cerita korea.. aku sekarang asik terbuka BBM dekat FB.. ramai betul orang pergi korea sekarang.. cantik sangat musim luruhnya.. time aku pergi dulu (dulu katanya) tak sempat nak merasa.. tengok Busan pun best.. tengok tiket Jeju time Air Asia promo pun eh not bad lah harga.. ko tunggu aku datang lagi korea hehehe.. aku tak ingat aku pernah share ke tak.. 3 negara yang aku rasa nak repeat lagi.. 1st bangkok, 1st journey to oversea.. feeling dia lain macam special sikit.. plus aku rasa secure gile dekat sana.. 2nd, india.. serius tak puas weh.. walaupun kena tipu, tapi sebab negara tu aku rasa dekat di hati, so im ok with it.. ke aku suka sebab shopping.. hehe, mungkin jugala.. and the last country nak repeat order ialah Korea..
Settle Nandaemon, kami terus ke Myeongdong Street.. remember malam sebelumnya aku takde beli apa-apa pun kan.. so hajatnya hari ni la nak cari benda-benda kosmetik.. aku ada aim cc cream, tapi brand aku nak tu takde.. tapi aku pun cari tak beria sebab stokin dah penuh beb dalam hati gua.. hahaha.. adik ipar aku pun ada kirim tapi aku tak jumpa yang full set.. senang kata, tak semua yang kita beli online dekat malaysia senang jumpa dekat sini.. oh brand cosrx pun aku tak perasan.. padahal femes kot dekat Malaysia.. at least yang youtuber aku selalu tengok tu memang pakai la brand ni
panjang pulak melalut.. gambar atas ni nak share plastik balut payung time hujan.. time beli payung tu aku cakap dekat Sarah menyesal buang plastik.. Sarah kata why, you dont need to keep it.. rupanya memang biasanya akan ada dekat mall or tempat tertutup plastik simpan payung.. hebat kan
canggih kan canggih kan..
🎠Banyak kedai ada alat ni.. Tak payah risau n sayang plastiknya. Tgk kat Myipo pun ada jgk alat ni.
girls day
kitorang jumpa kedai cd.. ada merchandise juga rasanya.. kak yus beli untuk delea
nama kedai
🎠Mmg pelik kedai2 kt sini. Bersepah kedai jual merchandise artis. Patutla kerajaan diorg beria angkat k-pop serata dunia..
Kpop betul..
time kak yus usha cd, sebab aku blur tak tau nak buat apa aku usha baju.. terbeli uolls.. terbeli.. haha, semua salah kak yus.. aku pun kagum aku boleh beli lagi selepas damage stokin kan.. tapi murah bajunya.. 10,000w = RM37.. baju blous panjang.. kalau kat kl baju gitu 50 tu paling murahla.. tu pun aku ada geram yang lain juga, tapi nasib sempat control.. oh ye, yang tempat aku pergi ni ialah kawasan Myeongdong Street yang bawah tanah.. 1st day aku pergi tak jumpa.. kalau jumpa 1st day, confirm aku dah invest..
sebab banyak gile stokin cantik dan panjang.. serius aku menyesal tak pinjam duit asri.. mamat tu bawa duit banyak tapi belanja sikit.. mungkin fikir masa depan.. aku? enjoy the moment.. masa depan fikir nanti.. haha, teringat dialog cerita geng pengembaraan upin ipin.. time diorang nak jatuh dekat cerun.. kan rajoo kata suruh fikir masa depan.. upin ke ipin tah terus jatuhkan upih diorang.. sebab enjoy the moment la konon-konon haha
lagi cantik lagi murah.. siap ada free gift lagi.. asri kata dia ada aim training dekat korea.. ada dah pesan berkali-kali tolongla belikan stoking.. kalau dia nak aku belanja dia stoking pun boleh haha
🎠Bukak kedai stokin korea kat Malaysia jela Yana.
1st Sock-pop Startup company in Malaysia.
Yannatokinkpop..
makan hati balik tengok gambar stokin ni haih..
kedai line ni dekat Itaewon pun ada juga
que untuk ambil gambar
kang ho dong.. struggle weh nak ambil gambar dalam hujan.. dengan nak pegang payungnya
eh ada cat semalam lagi
dia bawa geng.. haha, kawan dia datang jumpa dia.. diorang borak apa tah.. tapi comel gile kan.. aku ada ambil gambar dengan diorang tapi aku baru clear gambar wasap aku.. aduhh sedih betul.. nak tanya kak yus la kalau kak yus ada simpan.. tapi rasanya sarah bagi dekat aku je sebab gambar aku sorang.. sayang betul.. yana yana, tak ingat langsung ada gambar dari kamera Sarah..
🎠Buat2 alasan nak repeatla tu. Macam biasa.
Dasat diorang ni time ujan pun sanggup pakai costum cat tu guna payung.
Kalau kat sini, sorri bos.. Hujan dah turunn..
kami masuk semula lala mart semalam untuk nak beli few things
🎠Berasa nak beli je 1..
Tp takdela murah.. Cancel..
Harga lebih kurang kat jayagrocer..
aku beli ni untuk ayah aku
kacang yang TAK HALAL
🎠But.. Sedapp
IU jjang.. aku beli susu pisang juga dekat sini.. bagi sorang satu dekat adik-adik aku.. nak beli banyak takut berat.. plus shape botol ni kan susah juga nak susun dalam beg.. and dia pricey juga.. kalau murah macam dekat pakistan mau aku balun lagi beli sedozen hehe.. aku beli seaweed juga untuk Mai..
alah lupa nama korea dia.. aku cari balik kedai fish cake semalam.. dah tutup weh sebab hujan.. kecewa jugala.. alhamdulillah ada rezeki semalam nak rasa
🎠Betul2 sedap.. Ni yg sama kat istana gyeongbok tu kan.. Mesti beli.
seronok gile aku..
🎠Apahal pulak.. Macam gambo cat nak curi ikan
sharing sama-sama sebab dah last piece.. jadila dapat rasa sikit sorang kan
🎠Berempat bergambo dlm hujan kt tengah2 jalan.. Cantik benda ni.. Ada byk kat area ni. Ni kalau boleh.. Nak amik satu.. Buat souvenir tampal kat rumah..
settle pusing, kami gerak balik ke hotel semula
sampai hotel terus ambil gambar dengan kesayangan.. sukanyaaa.... time menaip ni pun aku sengih lagi..
🎠Banyak betul kaki2 yg nak disarung.
Ala kat carousell pun ada.. Rm4 sepasang.. Murah jugak.
Lepas letak barang, aku turun pergi mart sebelah hotel sebab nak cari nasi untuk dinner.. kami belum dinner lagi.. time ni la nak habiskan makanan yang ada kan
ada park bo gum korang..
🎠Akibat tak pernah jumpa artiskorea.. Dgn nasik pun jadi nk bergambar..
air panas
🎠Biasa jumpa peti ais.. Ni peti panas..
coffee instant pun ada
produk kosmetik pun ada dekat mart depa
nampak, ambil gambar dalam mart pun beria macam pergi mana je kan
Chef Baek.. tak ingat nama penuh dia.. Baek Ji Won ke.. lupa da.. plus malas nak google
tisu pun cantik
kami lepak makan dekat common area hotel.. cantik kot tempat dia.. sarah makan nasi lemak instant kak yus bawa..
macam tak percaya aku ada kawan korea.. hehe
🎠Cuma rupa tak brp korea..
Sara kalau speaking.. Nampak lembut je orangnya. Tp bila da cakap korea..
Mmg macam tgk drama tu..suara kuat n laju.
makanan aku.. rendang paru n sambal hitam kak nana.. kitorang settle makan tengah malam juga.. lepas tu sambung borak dalam bilik pulak.. aku rasa setiap kali borak mesti aku yang terlelap dulu.. dahsyat betul depa punya mata..
Total Spend Hari Kedua:
Brooch + gelang = 10,000w
seaweed: 3,900w
banana uyu (8) + ginseng tea = 16,500w
white blouse = 10,000w
mask = 5,000w
pung o pang (roti ikan) = 3,500w
stokin yang paling sayang = 33,900w
tshirt i love (9) = 36,000w
souvenir opis = 12,000w
payung = 4,500w
lupa nak kira nasi aku beli dekat mart..
Jumlah = 138,100 = RM512.. pengsan.. nak pengsan pun dah terlambat Na
No comments:
Post a Comment