Mar 21, 2019

Wishlist Accomplished

Assalamualaikum..

Aku kalau serabut, penawar selain coklat dan aiskrim ialah dengan ranting it out dalam blog.. so here we are.. 

last week aku dengan kak yati dan Piee pergi Konsert Siti..Piee ialah Sitizoners tegar.. aku biasa-biasa je.. minatla siti, tapi tak join fancblub dan takdela follow event dia closely.. Kak yati dulu yang exited nak pergi, dia tanya dalam group office aku kalau ada siapa nak pergi.. time tu aku tak rasa nak pergi lagi.. bila dia tanya balik dekat office, terus aku cakap dekat kak yati 'jom kak'.. kak yati dapat approval, terus kami beli tiket.. aku suka buat benda randomly gini.. tapi kak yati style well planned and prepared.. dia pun kagum dia buat decision impromptu gitu..

Perjalanan hari Sabtu aku tu memang tak smooth.. pagi tu ada janji dengan kontraktor, setengah jam tunggu dia tak sampai so aku tinggal pesan semua, aku belah.. terus pergi tapau makanan.. sekali time tapau tu, bateri kereta aku problem.. nasib time tu dekat area rumah aku dah.. so adik aku amik, pomen datang bawa bateri esok.. so aku pun balik rumah, rilex-rilex, pukul 3 lebih gerak pergi rumah kak yati guna kereta adik aku.. kami plan nak kumpul situ.. aku tau area rumah kak yati, tapi spesifically dekat mana tak ingat.. baru pergi sekali.. so, dekat traffic light nak masuk equin yang selalu jem tu aku nak pasangla waze.. sekali cari hp, HANDPHONE TINGGAL.. kegilaan apakah ini.. ko pergi konsert tapi tinggal hp.. apa ni apa ni.. yang paling panik time tu macam mana nak cari rumah kak yati.. 

1st plan aku cari area rumah dulu, then cari kereta, then baru cari rumah.. nombor rumah semua aku tak ingat.. alhamdulillah jumpa kawasan rumah dan kereta kak yati.. untuk rumah pulak, aku naik sampai tingkat 5 kot.. kot-kotla ada selipar yang aku kenal dekat luar rumah.. ok, tak jumpa.. lama aku duduk termenung.. last-last aku start dengan bagi salam dekat area luar.. alhamdulillah jumpa weh time first try.. lega gile.. kalau tak aku akan bagi salam dekat setiap floor sampaila jumpa hehe.. mencabar betul


kami gerak dalam lebih kurang 5 lebih.. naik grab.. rumah kak yati dekat je dengan bukit jalil.. dalam 15 minit kami dah sampai


orang dah start ramai tapi managable la.. piee dah beli baju.. mahal weh tapinya.. tshirt piee tu RM75.. kalau kain jersey yang ada muka Siti, 90.. 


khemah belakang tu yang jual merchandise.. yang official.. yang tak official ada jual lepas konsert habis.. yang tu dapat RM25-RM30.. bezala harga


ehem, bomber jaket dan kasut baru.. semangat aku dengan kak yati beli baju baru.. piee gelak je.. otai kan.. or mungkin sebab dia lelaki.. chill je.. perempuan yang suka exited lebih kan



jumpa kereta siti.. gambo wajibla kan.. siti dah sampai lama kot kan.. official kereta dia sponsor by onexox.. eh betul ke.. gitula lebih kurang ejaannya..



kami beli 2 lanyard.. mula-mula ada brother jual RM5, tapi tali biasa.. sekali jumpa tali yang ada logo siti on tour.. RM20.. beli lagi sebab yang special tu tali la kan.. aku plan nak pakai isnin lepas tali tu tapi tempat letak kad staf tak jumpa pulak





dalam pukul 6.30 gitu kami dah blur tak tau nak buat apa.. nampak ada orang beratur, so kami pun join.. aku tiket silver.. silver dan bronze beratur dekat belah tangga ni.. yang tiket mahal cantikla entrance.. kami geng yang agak awal jugala beratur.. ada body spotcheck, so asing laki perempuan.. air tak boleh bawa masuk, tapi aku tengok banyak juga orang bawa air


view kami.. overall puas hati gile.. time siti mula-mula nyanyi rasa bergenang jugala mata.. sayu rasa weh..


tunggu grab nak balik.. 12 lebih juga baru kami balik.. baju piee pakai tu yang RM75.. aku sampai rumah pukul 1 lebih.. alhamdulillah, another wishlist accomplished!

No comments: