Assalamualaikum..
Jumaat lepas Faiz tanya, nak bawa budak-budak camping tak.. untuk cuti hari malaysia.. sebelum ni ada faiz kata opis dia nak buat camping ramai-ramai.. tapi kitorang sure tak sure sebab sekarang musim hujan.. so tak on yang tu.. tapi yang hari jumaat tu faiz tanya kalau g PD ok tak.. aku cakap cuba cek cuaca.. kalau ikutkan, pagi sabtu tu je hujan.. so aku cakap on la kalau gitu.. last minit plan ni selalu jadi..
So petang jumaat tu, aku masak makan malam dan lepas tu baru nak pergi cari barang semua.. kitorang sampai segi dekat pukul 9, tutup oihhh... ah sudah.. last-last faiz melencong pergi econsave.. dekat pukul 10 baru kitorang keluar ikut pintu staf hehe.. pintu biasa semua tutup dah.. nasib guard tak halau.. so balik tu, makan dulu sebab tak sempat tadi.. then aku terus prepare untuk makanan dan kemas barang.. dekat pukul 2 juga baru siap weh.. plan nak gerak 4 pagi.. memang tak berjaya uols haha.. kami gerak dalam 5.30 pagi.. alhamdulillah sampai dekat blue lagoon dalam 7.30 pagi.. dah ramai orang dah time ni.. port khemah pun dah last.. alhamdulillah ada rezeki kami.. aku first time pergi belah sini.. private juga aku rasa..
kesian omar time kami setting dan bawa keluar barang.. peluh-peluh dia.. alhamdulillah sangat omar ok sepanjang dekat sana walaupun kadang kipas ni mati tibe-tibe hehe..
aku rasa ada dekat 10 kali ulang alik ambil barang.. sampai akak kedai tu tegur, nak pindah ke dik.. haha.. dekat area sini ada orang jual makanan juga.. kalau tak bawa bekal pun ok, tapi kami 5 perut nak diisi.. banyak juga kos tu kan..
gigih ulang alik angkat barang.. aku dengan anak3 je.. faiz duk ketatkan khemah time ni
omar nak sailang roti sardin ibu.. omar dah melengging dah time ni.. peluh-peluh dah dia
dah banyak langkah jalannye.. suka suruh pakaikan dia kasut.. bila time nak buka, dah pandai marah dah anak soleh ibu ni.. pelik pulak rasa karang blog bahasakan ibu.. biasanya guna istilah 'aku, yana' haha
Aku rasa aku siap pasang semua dan makan dalam pukul 10 lebih.. kak far dari sampai merengek nak mandi.. dia mana boleh tahan tengok air.. aku dan faiz risau nak lepas dia sorang-sorang.. setel makan, kitorang mandi.. mula-mula omar nangis, lepas tu baru ok.. ni kali ketiga bawa omar pergi laut.. nampak dia enjoy.. aku naik awal sebab risau omar berendam lama.. air pun dah surut tengahari tu.. lewat petang baru air pasang balik
omar tido lepas mandi.. panas sangat tengahari tu.. kipas ni alhamdulillah penyelamat.. cuma kipas ni rajin gurau.. kejap-kejap padam.. kalau kami camping secara serius nanti, bolehla invest untuk yang tahan sikit..
suasana dalam khemah.. asal letak je ni.. ada 2 side, dapatla kami 2 bilik..
side belah dalam ada tingkap je.. aku tido pakai tudung sebab nak angin masuk.. kalau tutup ni, confirm hangus kami tido dekat dalam..
side belah depan ada 3 pintu masuk.. yang omar mengadap ni paling besar.. best sini ada playground.. tapi berpasir la uols.. omar suka betul tengok merpati tu.. kalau ada kaki tu confirm dia g kejar..
ucuk acam ibu baru bangun..
first sesi memasak aku.. aku masak untuk makan petang.. kejap aku listkan menu dekat sini untuk rujukan aku..
Sabtu:
Sarapan/ lunch
Nasi goreng- masak pukul 1 pagi, tapi sebab biar dekat luar time panas.. maka petang tu dah tak elok.. sayang sangat sebab baru makan sikit.. aku pun tak sempat rasa.. so lepas ni aku rasa mungkin siapkan rencah dan nasi, goreng dekat site.. or beli je nasi lemak otw..
Nugget- tak habis juga.. anak-anak tak suka sangat
keropok goreng- habis
roti sardin- pun tak habis.. roti dan nugget tu elok lagi pagi ahad.. dah tengahari sikit dah ada rasa.. jadi lepas ni beli roti, bawa nutella je.. nutella laju diorang
Petang
maggi kari+ telur
Makan malam
Steamboat- aku masak awal sebab stove aku satu.. plus nanti nak bakar-bakar kan lama.. tapi bila masak awal dan tak terus makan, jadi tak habis.. mungkin dah tak panas.. yang ni pun kena kurangkan amount aku rasa.. separuh je habis
Sojej/ Ayam Bakar- Faiz perap siap dekat rumah, malam bakar.. kalau korang tengok, stove kami tu kecik je.. bila letak jaring dia jadi api direct.. so aku bakar sosej jadi hangus.. sudahnya goreng atas periuk.. ayam bakar pun sama.. lama la weh nak tunggu.. sampai jiran kami cakap bila nak siap tu hehe.. gurau kasar juga pakcik ni hehe..
Ahad:
Sarapan
Bihun goreng. Aku siap-siap masak paste dekat rumah.. nak masak tinggal campur fishball dan bihun je.. bihun rendam dekat sana.. yang ni aku rasa lulus nak repeat next.. mudah n anak-anak pun makan..
Waffle+nutella- Waffle ni kak far tolong aku buat siap-siap dari rumah.. frozen kan dan nak makan nanti panaskan je.. yang ni laku.. boleh buat lebih.. sedap bila duet dengan nuteela
hasratnya nak letak ketam dalam maggi macam cerita korea tu.. tapi magginye pulak dah lama sangat masak, kuah pun takde hehe.. ketam ni diorang pergi tangkap tengahari tu.. tu yang masing-masing muka terbakar..
terliuq balik bila tengok
petang tu kami pergi mandi lagi.. nak hilangkan panas.. faiz, kakak n angah tido kejap petang tu sebelum join balik.. kak far je yang tak pernah penat.. petang tu aku dah faiz naik awal sebab nak prepare masak malam malam..
cantik view sunset.. tapi aku tak leh hayati lama sebab fikir nak masak sebelum hari gelap
omar pun macam-macam makan dekat sini.. aku ada prep makanan dia tapi tak sempat nak suap-suap.. packing barang pun merata
dah ensem dah anak ibu lepas mandi..
Malam tu omar dekat pukul 8 tido dah.. anak-anak pergi mandi sebab petang tu ramai sangat orang.. kami alih khemah ke tengah sikit sebab jiran dah packing.. dia tak tido situ.. eh yang cakap pasal ayam tu jiran baru, bukan jiran ni.. hehe.. malam tu juga ramai orang lepak dekat pantai dan cari ketam.. faiz pergi juga tapi tak jumpa katanya.. plannye malam tu faiz nak mancing, tapi air surut.. tu diorang g tengok ketam.. aku dah tido awal dah.. pengsan uols.. penat dari hari jumaat..
berpeluk-peluk tido.. kak far tido sebelah omar dulu sebab nak kipas..
suasana malam.. nak tido baru kami tutup tirai depan ni.. sedap angin masuk.. boleh tahan panas juga tido malam tu.. ni side anak-anak tido.. selesa la pada aku khemah ni..
tingkap aku pun buka.. nampak la view pokok.. nak duduk kena hati-hati takut orang lalu lalang
pagi ahad.. tak nampak sunrise.. tapi view dah bunyi ombak tu nikmat paling besar.. lama dah tak rasa..
omar pukul 7 pagi bangun dah.. eh pukul 5 pun dia bangun dah.. siap makan keropok, pastu tido balik hehe
pagi-pagi dah mandi diorang..
nampakla cahaya matahari sikit..
dulu healing sorang.. sekarang dah ada yang nak mengikut je..
kak far pun healing juga
sesi masak pagi.. faiz sempat g mancing kejap..
sarapan kami pagi ni..
Setel makan, aku terus terjun laut sebab fikir tengahari nak balik.. aku naik awal dari diorang.. omar pun aku tengok ngantuk atas pelampung dia..
tengahari ahad aku lepak luar je sebab panas.. omar makan keropok dia lagi.. tak lama duduk dekat luar ni omar lelap.. aku pun join sama sementara tunggu faiz dan anak3 naik.. lambat betul baru diorang naik, mak dah emo sebab panas.. hehe
suka betul dia joget
tido luar pun peluh juga tapi sebab berangin, sedap la sikit dia tido
sleeping omar
Diorang naik dalam pukul 1, kami gerak balik pukul 4.30.. dekat 3 jam mengemasnye.. omar pun mandi sampai 2 kali.. lepas mandi kalau kedua tu aku bawa omar masuk kete.. kalau tak nanti dia peluh balik.. khemah aku tu berpasir.. jadi duduk luar atau dalam khemah sama je.. duduk luar omar suka main pasir juga.. jadi lepas mandi tu kita duduk kete..
bukan main suka pakai spek hitam
Balik tu kami late lunch.. kebelur masing-masing.. alhamdulillah sampai rumah 9.30 malam.. jalan ok, sangkut sikit-sikit je.. kepenatan betul semua.. aku mula-mula time kena tunggu lama tengahari tu dah bertekad tak nak dah g camping hahaha.. tapi hari ni rasa nak repeat lagi.. dah sibuk survey camping gear.. survey je sebab belum gaji haha
list barang-barang nak bawa
ada list khas barang nak bawa untuk anak-anak hehe.. kabur plak
Banyak aku dah faiz belajar dari pengalaman pertama camping.. anak-anak pun bukan main suka lagi.. penat memang penat, tapi syok dia lain macam berbanding dengan balik hari.. cuma aku rasa masa lama betul.. bising tu pun aku rasa tak leh nak elak.. alhamdulillah omar tahan je tido.. bangun-bangun kejap lepas tu tido balik.. kami plan nak try repeat dekat sungai plak.. tengok mana yang best kan
keletihan omar pagi ni.. anak ibu pun terbakar juga..
No comments:
Post a Comment