Jan 20, 2015

Dapat geng baru...

Assalamualaikum

Sejak join geng planner addict ni aku perasan hidup jadi lebih teratur.. Alhamdulillah, moga dikurniakan kekuatan istiqamah.. Amin

Aku dah ada geng baruuuuu hias planner.. Kak yus join!!! Wohooo hehe dah ada geng la aku nak shoping bahan-bahan decorate.. Dah macam nak buat cake plak rasa..

Her books.. Kak yus dari sudut pandangan aku sangat creative bab-bab hias.. Tengok rumah pun dah tau dah.. Hehe.. Kak yus exited nak tunjuk kat delea, anak kak yus.. Adelea pun ada diari ok.. Jom delea joinnn cik yana dan mama

Idea baru dari dr zahilah lagi.. Aku perasan dia ada insert plastic dalam planner dia dan tulis notice board.. Wahhh, best sangat nampak.. Aku ubah sikit dengan guna plastic cover buku scrap.. Alaa yang pernah kita buat awning tudung tu.. Haha kelakar sungguh.. Dan aku decorate untuk nampak cun.. Notice board ni aku letak things to do yang masih tak tau nak buat bila, atau bole hold dulu.. Contoh macam minit meeting, paperwork meeting dll.. Bila dah decide baru aku masuk dalam buku part things to do sebelum ni.. 😊

Jan 19, 2015

Current addiction: hias planner!!

Assalamualaikum..

Lama tak ke udara disini..baru-baru ni aku addicted dengan satu hobi baru.. Semuanya sebab aku follow ig myplannerbabes.. Ig combination idea 2 doktor perubatan untuk planner.. Aku rasa kalau siapa2 suka dengan craft memang sangat senang untuk terjebak sama.. Aku akan bercerita dengan gambar fresh dari rumah: 

Perkara pertama untuk buat planner of coz kena ada buku/planner.. Aku cuba cari planner yang ada ring dan boleh refill macam2, aku cari dekat popular equin tapi takde.. Mungkin sebab aku cari pun dah tengah januari.. Hehe, maybe next year boleh cari yg tu.. Aku tengok harga boleh tahan, tapi takpe sebab boleh recycle.. So aku beli buku ni, saiz dia besar pada b5..aku cari buku yang takde line iaitu buku kosong tapi sangat susah nak jumpa.. Biasa aku beli dekat mph.. Jadi aku grab 4 terus hehe, macam biasa hilang kawalan.. Time tu plak baru bonus.. Fuhh,

Ini adalah antara yang aku deco.. Buku 1st ni aku bahagikan untuk 2 section, seksyen 1st untuk minit mesyuarat.. Sebab part ni aku akan tulis dalam meeting jadi tak boleh nak cartoon2 sangat

Seksyen 2 adalah things to do (ttd).. Aku admit aku selalu lupa nak buat benda-benda yang kena follow up.. Biasa buku notes aku bercampur antara minit dan ttd .. Jadi bila seperate macam ni senang pada aku nak keep track.. Tapi aku rasa untuk tugasan yang tak sempat buat hari yang aku plan, akan ada juga yang aku miss bila masuk hari baru.. Alhamdulillah Allah bagi ilham untuk guna post it notes saiz kecil

Jadi bila buat post it macam ni insyaallah kita boleh bawa ke hari berikutnya dan chances untuk terlepas pandang juga dapat dikurangkan

Okeh, best kan best kan hehe, buku dua plak ialah buku duit dan travel.. Wink wink

Ni ialah part duit masuk keluar.. Mula2 aku bahagikan duit masuk satu side duit keluar satu side.. Tapi duit masuk adalah sebulan sekali hahaha jadi tak praktikal bunyinye

Jadi aku buat konsep sama dengan ttd.. Guna post it note, dan aku kategorikan ikut apa major yang ak spend.. Antaranya of coz planner hehe, makan, shoping, kehidupan, family dan opis.. Dan aku 1 page ialah untuk 1 minggu.. And thank you again Allah for the ideas

2nd part buku kedua ialah cuti cuti cuti hehe.. Ni aku plan untuk cuti adik aku balik nanti..aku listkan tempat-tempat menarik dan kos total untuk semua

Lepas pilih tempat kira total dan macam mana atau dari mana sumber ongkosnye.. Cuti ni sebab dah dekat memang tak sempat nak nyimpan sangat..

Masih part buku yang sama.. Tapi aku exited nak tunjuk yang belah kanan tu.. Hehe aku beli kad coklat tu dekat s&j alamanda, frame polaroid dekat popular cheras selatan.. Suka sangattt.. Hehe maaf saya obses

Bahagian ketiga untuk buku dua adalah planning kewangan untuk cara-cara nak simpan.. Yang ni aku lemah gila, kena banyak study lagi

Buku terakhir.. Buku ilmu, 1st part ialah tentang kekasih muhammad rasulullah dan 2nd part ialah buku taman-taman syurga.. Part ni masih kosong lagi.. Doakan aku istiqamah.. Aku sedang planning nak buat jurnal ibadah untuk buku keempat.. Insyaallah aku share lagi.. Aku suka ayat Dr zahilah dari myplannerbabes.. Planning memang kita kena buat.. Why not jadikan dia fun.. Kan kan kan.. Sape nak join angkat tangann ☝️☝️☝️

Sep 9, 2014

Belajar dari orang-orang hebat di sekeliling

Assalamualaikum,

Banyak sebenarnya benda-benda , perkara-perkara atau orang-orang disekeliling kita yang Allah kurniakan kepada kita untuk kita belajar dari mereka. Aku ialah admit aku selalu ada masalah dari segi managing duit. Minggu pertama gaji heaven gile belanja, minggu-minggu yang seterusnya dah kena duduk diam-diam.. Allah sangat baik dengan kita, semalam aku terbaca tentang macam mana Carl Samsudin bangunkan Bella Ammara. Terinspirasi, titik. Dan hari ni Allah temukan aku dengan orang-orang yang hebat manage duit. Terima kasih duhai kekasih hati. Alhamdulillah.

Pakar planning bercuti

Aku rasa semua orang sangat enjoy untuk pergi bercuti. Aku pun sama jugak, aku selalu berangan-angan (tanpa apa-apa planning untuk nak laksanakan) every year nak pergi bercuti dengan family/ sendiri. Kalau nak pergi dengan family of coz kena simpan duit lebih sikit sebab ramai kan, yang tu aku selalu duk sebut-sebut dengan adik aku ‘jom kumpul duit la nak g cuti’ dan ila akan jawab ‘jommmm’.. lepas tu conversation kitorang habis haha.. entah hape-hape..tadi time dalam meeting dengan kawan aku ni, aku tanya dia macam mana dia kumpul duit untuk nak g bercuti. Macam-mamcam tempat dia dah pergi, aku setakat boleh usha gambar-gambar dia, tu pun dah enjoy juga. Dia bagitau 1st sekali ialah kita beli tiket dulu, tapi of coz tak boleh beli tarikh yang dekat-dekat. Beli yang  tarikh masih jauh, then sebab kita dah ada komitmen tiket tersebut, of coz kita akan ikhtiarkan duit untuk cari tempat penginapan dan minimum amount untuk makan2 dan beli belah sikit-sikit. Aku ialah terus rasa kagum gile..aku punya konsep nak bercuti selama ni ialah ada duit dalam tangan baru plan dan pergi dalam masa terdekat..memang costly la kan..jadi, perkara yang akan belajar hari ini untuk aktiviti bercuti adalah plan first, set a target date dan dari situ boleh usahakan ongkosnya..

Pakar planning kos pelajaran anak-anak

Aku tengah tunggu nak jumpa bos aku petang tadi..duk borak-borak dengan sorang akak ni, duk borak-borak pasal bersara semua.. dan akak tu share yang dia masih ada komitmen anak belajar..aku tanyala, anak akak ambil pinjaman/ biasiswa apa-apa ke..dia jawab TAK, SEMUA ANAK DIA ADALAH TAK AMBIL PINJAMAN.. Subhanallah, serius aku meremang time tu.. akak tu bukanlah pegawai atasan yang tinggi gred dan gaji, tapi Alhamdulillah dia manage untuk tanggung belaja semua anak dia..aku tanyalah macam mana dia buat, dia bagitau dia start kumpul duit untuk anak dia dalam tabung haji dari diorang sekolah rendah lagi. Dia plan dengan husband dia each anak RM400 setiap bulan. Meremang aku time dengar, aku nak simpan 200 sebelum pun belum tentu kekal dalam bank lagi.. itu pun dia maklumkan kira dia start lambat, bukan dari anak kecil lagi..time dia cite tu aku duk asik bagusnya bagusnya.. pelan kewangan sangatla penting.. kadang-kadang kita nampak orang tu biasa-biasa je tapi bila dengar kisah hidup dia, Masyaalah hebat sangat. Siapalah kita nak selalu rasa bangga kita hebat, ramai lagi orang-orang disekeliling kita yang hebat-hebat dan rilleks je..Allah bagi kita peluang untuk belajar dari orang-orang disekaliling kita, Sebelum ni bila ayah aku pesan simpan duit na, aku sengih-sengih cakap insyaallah yah..tapi takat tu je la hehe

Aku belajar bahawa sangat penting pelan kewangan, bukan untuk nak jadi kaya semata-mata tapi untuk ketenangan hati. Tenang sebab bebas dari hutang dan dapat menikmati nikmat rezeki gaji yang Allah bagi..=D