Mar 10, 2012

Welcome to our family-born 0n 29th Feb!

Assalamualaikum..

Minggu lepas umi aku ajak kitorang p melawat baby ayah Cik, adik umi aku yang selamat dilahirkan..yang paling menarik, eh tak tau la menarik ke tak kan..dia lahir pada 29 Feb hoke! 4 tahun sekali la jawabnye kita sambut besday ye adik baby..hehe..ini ialah anak ke-6 ayah cik..ayah cik da pecah rekod family belah umi aku..sebelum ni yang champion adik beradik ialah kitorang dan anak pakcik aku, Ayah Din iaitu 5 orang..Ayah Cik da potong kitorang..perghhh

Baby ni kira ditunggu-tunggu jugakla oleh family ayah cik aku..anak ayah cik sebelum baby ni lahir ialah 4 orang perempuan dan sorang laki..dan memang rezeki Ayah Cik dapatla sorang lagi baby boy..adalah geng ZUlfakar, satu-satunya anak lelaki Ayah Cik sebelum ni,  nak buat bergusti kan..

photo (2)
Baby Z..kecik plak aku rasa gambar dia..time kitorang datang last week takde nama lagi..umi aku bagitau akhirnye ayah cik aku letak nama Zahir..adik beradik diorang memang semua mula dengan huruf Z..Zulaikha, Zulfa, Zulfakar, Zafia, Zahirah, Zahir..berpasang-pasang kan nama diorang..Zulfa-Zulfakar, Zahirah-Zahir..smart kan..

photo
photo (1)
Macam biasa aku kalo nak angkat memang tak berani..kocik bebenor..da besar sket baru Kak Yana berani nak touching2..bertambah la duit raya punya bajet tahun ni..eh cakap pasal duit raya kan, anak kedua ayah Cik a.k.a Zulfa a.k.a Kak Ngah duk borak-borak ngan aku..dia memang jenis kelako sket, terus terang jugak..yelah,budak baru darjah 3 kan..dia tanya umo aku berapa..bila aku cakap 26 dia cakap kenapa tak kawin lagi, da tua la..hehe, jaga ko Kak Ngah..aku pon cakap kalo aku kahwin nanti tak balik raya, takdapatla duit raya nanti untuk Kak Ngah..terus Kak Ngah jawab tak yahla kawin camtu..hehehe,senang sungguh nak ugut budak-budak kan..kalo orang tua tanya aku redha je takleh nak ugut-ugut ni..ekekeke

Eh, esok anak-anak ayah cik nak datang..exited kot aku nak jumpa Zahirah..budak tengah umo setahun lebih memang cute kan..

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

1 comment:

echa takashimaya said...

baby birthday 4 tahun sekali ni :)