May 19, 2015

Bercuti di Bangkok- Day 6 Part 1: Chao Phraya Tourist Boat (Wat Pho, Wat Arun dan Grand Palace) dan Masjid Darussalam

Assalamualaikum..

Untuk entry hari keenam aku terpaksa buat dua part sebab banyak sangat jalannya.. memang aim hari keenam nak jalan tempat-tempat best dekat thailand dengan bajet yang minima.. hehe, dah hari keenam kot.. peruntukan belanja dah hampir tiba ke penghujungnya.. hehe, tapi alhamdulillah sangat puas hati dengan trip hari keenam.. banyak cover tempat-tempat best.. untuk naik bot ni, aku follow tips dari blog sini plak.. Cari info bila dah dekat bangkok hehe.. sebab takde plan properly nak pergi mana.. memang nak buat aktivit santai-santai je.. Cara nak pergi, naik BTS Sala Deng terus ke Saphan Taksin.. korang ikut je direction insyaallah jumpa.. kena alert tempat-tempat yang kena tukar train.. macam yang ni, nak ke Saphan Taksin aku kena tukar train dekat Siam.. Insyaallah direction di setiap stesen train lengkap

Dah sampai Saphan Taksin, cari signage exit 2, ikut je signage ke Chao Phraya Tourist Boat.. Insyaallah senang je nak jumpa.. Aku dan kak yam beli tiket dekat kaunter.. kami amik pakej satu hari terus iaitu 150 baht.. jadi boleh je naik turun banyak kali.. tiket simpan betul-betul sebab kadang-kadang dia cek untuk tengok..




Better beli tiket dekat kaunter sebab dekat blog yang aku refer ni dia kata ada mat saleh yang kena bayar 600 baht.. banyak tu beza.. Detail penuh boleh refer di website sini..



image
Imej dari website boat.. dekat tiket yang korang beli memang dia dah siap attach dengan map.. boleh refer dan pilih dekat mana korang nak turun.. kitorang turun di dua stop,  Tha Tien Pier dan Maharaj Pier atau nama lain Thai Maharaj. Tha Tien Pier ialah untuk pergi ke Wat Pho dan Wat Arun, Maharaj plak untuk ke Grand Palace.. kalau dekat map ni macam boleh ke Grand Palace ikut Tha Tien kan, tapi aku rasa dekat tiket dia aritu macam lain.. mungkin boleh dua-dua perhentian.. aku minat juga nak g national museum tapi masa tak berapa nak cukup.. jadi kalau korang nak spend satu hari dekat sini pun berbaloi.. kos murah, dapat jalan banyak tempat.. 150 baht, kalau korang amik one stop punya tiket, 40 baht.. boleh buat decision ikut planning dan masa masing-masing



IMG_4084
Bismillah.. gambar super banyak.. semua pun ambil dengan hp.. sayang pula aku rasa.. tapi nak bawa kamera memang da malas sekarang.. ini saat mulakan perjalanan.. orang agak ramai da naik..  jadi tak dapat seat tepi.. oh ye, jadual bot aku tak pasti..tapi untuk setiap tempat yang kitorang turun memang tak lama sangat tunggu, time nak naik ni pun kebetulan kitorang sampai time bot nak gerak.. Alhamdulillah



IMG_4089
Lepas beberapa stesen lepas baru dapat duduk seat tepi.. subhanallah, aku sangat puas hati dengan pengalaman ni.. kira macam naik teksi air juga aku rasa..



IMG_4092
Untuk setiap stesen, dia akan annaunce apa daya tarikan dekat situ.. dia cakap english, tapi sebab suasana open dan slang lain sikit, aku susah nak capture.. tapi jangan risau, boleh refer dekat map situ..


Wat Pho

IMG_4097
Sampai di Wat Pho.. untuk masuk dalam, ada entrance fee.. 500 baht kalau tak salah aku.. tapi macam semalam, kami cuma touch down dekat tempat tu je.. ambil gambar dekat kawasan sekitar.. hehe, bajet ngam ngam.. kalau korang minat dengan architecture kuil, sangat dialu-alukan.. tak salah aku kalau nak masuk tak boleh pakai sleeveless dan seluar pendek.. eh ke tu dekat palace je ek.. aku kurang pasti.. tapi boleh standby for consequences..



IMG_4102
Aku lupa nak share tips yang hostel aku bagi.. menarik juga.. antaranya dia cakap jangan percaya kalau ada orang cakap tempat tu tutup.. sebab end up dia akan bawa korang ke tempat lain dengan caj yang mahal.. Anything just pergi je ke tempat tu dan tanya orang yang bertugas dekat situ..



IMG_4107
IMG_4108
IMG_4111
Antara view di Wat Pho.. banyak binaan kuil dekat sini dalam bentuk loceng.. pada aku, wat arun lagi besar binaannya tapi time kitorang pergi templenya ialah dalam proses baik pulih.. pada kitorang, dah alang-alang dah sampai baik pergi dua2.. thailand kan sangat terkenal dengan kuil.. tak salah jalan-jalan cari pengalaman.. untung-untung boleh berdakwah sekali..



IMG_4126
Beli teh lagiii.. hehe, yang ni murah, sedap juga.. packagingnye lain sikit.. nanti aku share sat g.. pekedai pakai baju bunga-bunga sempena songkran



IMG_4131
IMG_4135
Packaging lain.. yang ni aku rasa dekat Malaysia ada juga kan..



IMG_4140
Oh ye, dekat jeti Tha thien ni ada taman yang cantik.. sesuai sangat nak duduk-duduk.. redup pun ye juga.. gambar penuh aku tak ambil sebab memory hp dah penuh..



IMG_4143
Boleh duduk-duduk sambil tengok bot lalu..



IMG_4145
Pohon merimbun.. time ni aku kira dah nak tengahari.. tapi duduk dekat sini tak rasa panas pun.. berangin je


Wat Arun
IMG_4149
Next, kami aim nak ke wat arun pula.. untuk ke wat arun, korang patah balik ke jeti.. ambil bot kecil untuk ke situ.. macam biasa, follow signage.. caj dalam 7 baht je sehala..



IMG_4151
Wat Arun dari kejauhan..



IMG_4155
IMG_4156
Sand Pagoda..



IMG_4162
IMG_4167
IMG_4176
Tempat-tempat menarik untuk ambil gambar.. dekat situ kalau korang nak try costume thailand pun boleh.. price boleh tawar aku kira.. ada ke patut ada sorang peniaga tu cakp nak ambil gambar 1000 baht.. terkejut aku sebab dia bukan peniaga yang ada booth, macam tepi-tepi je.. bila aku nak pergi tu dia cakap 100 baht je.. sabar je la.. aku tak try pun sebab aim memang nak jalan je..JALAN.. hehe, eh tapi aku terbeli juga beg kecik untuk mak aku.. ala-ala pouch beg, cantik juga dia corak thai silk.. mak aku sangatla suka kumpul beg-beg macam tu.. kawasan dia memang lagi cantik dan luas.. gambar yang aku ambil ialah dari luar je.. macam biasa, nak masuk dalam kena bayar.. aku kira bayarannya lebih kurang je dengan wat pho.. tak pasti boleh naik ke tak kuilnya sebab tengah renovate kan


Grand Palace
IMG_4177
Naik bot besar balik untuk ke grand palace..



IMG_4179
Wat Arun dari kejauhan..



IMG_4183
Kitorang turun di Thai maharaj..jeti ni cantik gile.. banyak kedai coffee dan kedai makan.. aku kira sebab standard kawasan area istana kan.. jalan ni ialah berdekatan je dengan jeti.. sejujurnya kitorang tak tahu macam mana nak ke grand palace dari jeti.. tipsnye senang je.. ikut je mana yang orang pergi ramai.. hehe, alhamdulillah selamat.. kalau tak sure boleh tanya orang.. dekat situ macam kawasan polis ke navi tak salah aku.. diorang boleh tunjukkan jalan.. otw nak ke grand palace juga nanti korang akan nampak warning yang aku cakap tadi.. jangan percaya kalau ada orang cakap da tutup..



IMG_4185
Serius korang wajib pergi sini kalau minat architecture.. bangunan dia sangat maveles..



IMG_4189
IMG_4193
IMG_4198
IMG_4204
yang ni tak salah aku nak menuju ke pintu masuk bagi yang berbayar.. dekat kawasan sini ada tandas tapi takde air ye, jadi standby botol kosong..



IMG_4208
Orang sangat ramai dan crowded.. ramai yang datang dengan pakej tour.. geng-geng da berumur.. aku tak perasan ada orang Malaysia dekat sini.. aku jalan area luar je.. kalau ada rezeki lebih nak sangat masuk.. aku dan adik-adik aku kan konon-konon pencinta sejarah.. hehe, 500 baht juga tak salah aku kosnye..



IMG_4215
IMG_4225
IMG_4230
Tempat wajib gambar aku kira kalau dah sampai sini..



IMG_4232
Depan guard house.. time kitorang masuk tadi ada nampak guard atas kuda.. sekali bila keluar dah takde dah.. tinggal sorang ni je.. cuak juga nak ambil gambar mula-mula, kitorang minta izin.. dia kata ok, tapi bila ambil gambar mata dia tutup..gambar kak yam pun sama hehe



IMG_4237
Jumpa Naraya ketika nak kembali ke jeti Thai Maharaj.. kak yam kata ni produk thailand yang terkenal juga.. harga sangat mampu milik..ada yang 90 baht untuk beg hp dan pouch kecil.. sangat best juga kalau jadi sorvernir.. dekat MBK dan airport kos rendah diorang pun ada juga… aku habiskan duit baht dekat naraya airport bila otw balik.. comel design dia, kain pun best.. Jus tu beli tengah jalan.. fresh punya.. senang nak jumpa kat mana-aman jus yang fresh.. puas minum.. tapi aku masih favor the ais dia hehehe


IMG_4241
Jumpa universiti Silpakorn.. exited bila jumpa universiti, tempat kerja lagikan dikenang.. ajak adik ni ambil gambar sekali.. kebetulan dia ada dekat depan sini



IMG_4243
ayah adik ni suruh adik ni buat peace.. comel gila ko dik.. nampak tak kat tangan dia.. dia tengah main tembak-tembak orang.. pistol canggih ok, siap ada payung..



IMG_4247
Ni ialah dekat area jeti.. korang nampak air terjun dekat belakang.. aku cakap kat kak yam, berani tak nak ambil gambar dekat sini.. kak yam cakap takde hal.. hehehe, berjaya jua kitorang amik.. tak basah pun sebenarnya.. cuma kalau seluar korang labuh mungkin akan basah sebab lantainya basah..



IMG_4250
IMG_4258
IMG_4261
IMG_4264
IMG_4267
View di sekitar jeti.. panas ceng kot time ni..pukul 1 lebih aku kira.. sebab tu gambar cantik..jumpa family korea juga dekat sini.. rindu plak aku dekat sarah, student korea yang pernah intern dekat sini.. area sini banyak lagi tempat-tempat best nak bergmabar.. tapi kami sudah capek.. hehe, last pic tu ialah route.. dekat sini ada guard yang jaga.. boleh tanya tanya dia macam mana nak balik ke Central Pier tu.. tak pun tunggu je dekat tempat ramai orang..



IMG_4275
Otw balik orang tak ramai.. aku lepak duduk belakang bot.. nampak macam tak panas kan tapi boleh tahan juga sebenarnya..


Masjid Darussalam

Aku aim kalau boleh nak pergi juga masjid dekat sini.. ada website yang share masjid-masjid di Bangkok.. Masjid Jawa adalah antara yang aku teringin nak pergi.. Cara nak cari masjid Darussalam, pun aku refer dekat blog yang sama untuk ke railway market… aku copy directionnye:
Kalau korang naik BTS Skytrain Sukhumvit line, turun di stesen Ratchatewi. Kemudian keluar ikut Exit No. 3 dan jalan terus je (membelok ke kiri sikit) sehingga jumpa Thanom Petchaburi road. Korang lintas jalan ni pergi seberang dan berjalan ke arah kiri. Di sepanjang jalan ni ada beberapa buah restoran halal seperti Restoran Mak Yah dan Restoran Farida. korang jalan terus lagi ke depan sehingga jumpa simpang lorong ke kanan iaitu Soi Petchaburi 7. Korang masuk je simpang ni dan terus nampak Masjid Darul Aman di sebelah kanan jalan


IMG_4277
IMG_4278Kawasan solat wanita.. masjid bersih, toilet pun best juga..



IMG_4281
Tafsir dalam bahasa thailand.. subhanallah, tetiba kagum sebab ada translation dalam bahasa lain.. of coz memang ada tafsir dalam banyak bahasa tapi perasaan tengok depan mata tu lain aku kira..



IMG_4292
Masjidnya macam dalam lorong sikit..



IMG_4295
Dekat sini ramai muslim.. time solat asar ramai je pergi ke masjid ni.. seratus tahun lebih juga la usia masjid ni..



IMG_4297
Kami makan dekat sini.. kedai femes farida dan mak yah tutup.. time sampai sini aku baca menu, adalah tulis nasi goreng dalam bahasa melayu.. aku tetiba kagum eh aku boleh baca tulisan thai.. rupanya memang dalam bahasa melayu hehehe.. kedai ni sedapp gila.. masakan pattani.. aku kurang sikit masakan  thai dekat yang guna beras wangi.. jadi tak berapa nak kena dengan aku..dekat sini beras biasa je.. time dekat masjid tadi kak yam jumpa rezeki terpijak, kak yam duk kemas-kemas wallet dia.. sekali jumpa 1000 baht terselit dalam bahagian wallet.. alhamdulillah sangattt.. banyak kot, kak yam kata dia memang pesen suka sorok duit.. boleh tiru ni.. hehe jadi makan tengahari kak yam belanja.. Alhamdulillah.. thanks kak yam, murah rezeki..



IMG_4302
Lauk maveles, tomyam putih tu sedap gile.. mungkin kitorang pun tengah lapar juga kan gaknye.. total kos ialah 300 baht plus..



IMG_4305
Snek ni ialah macam ala-ala fish cake.. kedai muslim jual.. da lama teringin bila nampak ramai orang jual dekat tepi jalan tapi tak berani nak beli sebab jual dengan benda-benda lain yang tak halal.. nampak sorang akak bertudung ni jual terus aku beli.. yang bestnye bila kita nak beli, dia akan potong kecik-kecik dan goreng balik.. pergh pergh dan pergh.. aku makan sebelum makan nasi, kak yam kata kenyang nanti.. hehe, time tunggu order tu aku beli lagi.. konon-konon untuk snek di malam hari..



IMG_4306
Next destinasi kami nak ke siam niramit.. sebab nak kena naik mrt, kitorang singgah bilik untuk referesh kejap.. aim nak sampai ke sana pukul 5.. dalam pukul 4 macam tu kami tiba di bilik.. panjang kan perjalanan cerita hari keenam.. siam niramit punya entry lepas ni pun akan jadi panjang juga sebab tempat best dan banyak gambarrr =D

3 comments:

Anonymous said...

I love your blog so much sbb semua complete A to Z.
hope you will share more experience about travelling to other places.
but if you don't mind, nanti boleh share how much you pay for the flight and total belanja untuk the whole trip. thank you :)

Yana Kama said...

Assalam Amalina, alhamdulillah jika post sy dapat membantu, emm.. total tiket pergi balik saya beli RM500++ sebab beli time bukan promotion.. then saya tukar duit Malaysia dalam RM1,500.. jadi total keseluruhan ialah lebig kurang RM2,000 sekali dengan beli sorvenir semua.. saya rasa saya banyak spend dekat sorvenir, biasalah perempuan.. nampak barang murah dan best confirm berpinar mata.. harap dapat membantu.. selamat travel ke bumi tuhan!

Ren said...

nice kan naik cruise ni, dah boleh cover most of the attractions dah.