Dec 16, 2018

Mesmerizing Melaka with Le Familia

Assalamualaikum..

Aku tak berapa nak sihat last week.. Mai mula-mula dulu demam, lepas tu kakak dadek baba pun kena.. now Alhamdulillah aku dah ok, terpass baton dekat ila pulak.. cycle demam kitorang memang macam tu.. Mai pembuka, ila penutup, aku sandwich.. hehe

Ok, alkisah Melaka bermula bila adik-adik lelaki aku roger kata nak belanja jalan.. well, who cant say no to that kan.. tapi nak pilih tarikh mencabar juga.. but at the end, kami pilih 2 hingga 4 Disember.. aku risau jug bos tak lepas sebab minggu sebelum tu aku kursus seminggu.. nasib bagitau bos, bos kata ok.. aku siap-siap cakap cuti sebab family trip.. hehe, nak hidup kan.. aku selalu pakai strategi sebelum orang attack, kita serah diri dulu.. sebelum bos cakap No, kita sediakan benteng pertahanan dulu..

Kami plan gerak pukul 9 pagi dari rumah.. jumpa dekat Air Keroh.. 3 kereta semua.. aku kagum aku sampai awal.. lepas tu Adi, lepas tu baru Aki aka pengarah program.. kitorang seronok menyakat dia sebab dia cepat stress.. adi kata aki demam sebab belajar sejarah kuat sangat.. dia kan sensitif kalau belajar lebih sikit haha


Day 1-Magic Art 3D Museum Melaka

Banyak rupanya 3D Museum Melaka.. aku google tadi keluar yang illumination 3D, aku pun dah confuse mana satu.. kami ke sini sebab Adi kaki posing benda-benda pelik ni.. posing aku tak cukup pelik lagi.. tiket tak salah aku RM22 kot.. kakak dah kena bayar sebab dah lebih 90cm.. belas belas rasanya untuk kanak-kanak


macam biasa, kitorang addicted kumpul gambar print gini walaupun pricey sikit.. adik pun dah pandai bila tengok gambar.. nanti dia cakap, 'adik nak pergi sini'.. dah baik ke tak adik tu demam.. dia demam-demam pun mama kata makan on.. hebat mu dik..



superstar kami


kitorang patut pergi belakang lagi.. baru real gambar.. noob kan




tokmi pun banyak juga bergambar dekat sini..



kaki aku kuat sejak taekwando.. apa ada hal duduk kekuda sambil pegang dua budak


puzzle fevret depa


nampak aksi champ kami..


ni champ juga.. champ buat orang gelak.. dadek menurun sebijik perangai aki.. kelakar macam joker








Day 1-Asam Pedas @ Kedai Asam Pedas

Aku dah tak ingat nama kedai.. tapi kedai tepi jalan je.. kitorang makan 2x asam pedas n aku rasa kedai ni paling best.. aku bukan penggemar tapi bila kat Melaka sedap dia lain macam weh.. orang belanje juga agaknya.. hehehe.. Apsal tah adik tetiba bad mood..





aku minta tolong aki amik gambar aku, aku pesan nampak semua makanan tau ki.. and being beloved brother, here what ive got.. nasibla adik




Day 1- Stay at Hotel Link


Kami ambil 3 bilik.. just nice aku rasa bilik.. harga tak ingat.. RM100 kot per night.. okla aku rasa..


Day 1-Muzium Samudera @ TLDM

Mula-mula diorang kata nak cari Muzium Kapal Selam.. tapi yang tu dekat Klebang.. so kami decide nak singgah time pergi Klebang nanti.. Muzium dekat Melaka banyak tutup pukul 6 petang.. kami google Muzium Samudera ni tutup malam.. so konfiden je la pergi.. sekali tutup awal juga.. eh aku sempat je round.. cuma kesian dekat ada orang baru sampai.. aku seronok gile pergi Melaka weh.. ni 1st time aku pergi Melaka yang betul-betul tengah bandar.. biasa kalau pergi Melaka aku tak pernah masuk bandar sebab serabut.. tapi acceptable la time aku pergi ni.. kami naik beca sebab umi tak boleh jalan jauh sangat.. enjoy la bebudak tu.. harga beca ikut jarak.. RM10 ada, RM15 pun ada.. diorang ada offer kalau pusing round satu bandar dalam RM25..



Kapal ni replika


Muzium ni je yang aku perasan ada offer audio.. RM3.. menarik jugala.. 



belah atas kapal.. tinggi gile weh tangga dia.. menjunam.. 



Mai terer amik gambar panorama.. smart kan.. kena belajar la nanti dengan Mai.. baru nampak full view


Beca lagi to Kedai Cendol depan Jam Besar.. tapi gambar cendol takde plak dalam hp Mai.. malas nak transfer gambar hp aku.. dekat area situ ada juga jual tembikai blend.. RM10 sebijik, saje nak try.. ok2 la rasa..



gambar meja je ada.. gambar cendol yilek


Day 1-Cruise @ Melaka

Settle cendol, kami terus nak Cruise.. magrib time ni.. hajat nak naik malam lagi tapi dah alang-alang dekat sini.. nak keluar masuk then masuk balik mencabar plak kan.. aku dah pernah naik dengan office mak aku aritu.. syokla.. view cantik.. duk tepi kadang-kedang terpercik jugala.. pasrah je la



Beca poney pulak.. lepas Cruise, kami sempat jalan kejap dekat Jonker Walk.. tak sempat pusing habis sebab keadaan tak mengizinkan


Day 2- Hang Tuah Centre

Sebelum pergi sini, kami sarapan di Roti Canai Arang ek.. tak ingat dah aku nama dia.. rasa? aku tak pandai beza.. aku rasa sedap je.. rangup la.. umi pun makan 2.. so memang boleh jatuh hukum sedap la kan.. Mai sampai wonder, eh kalau umi order 2, dia kena order 3 ke.. hehehe.. aku over lagi la.. amik roti canai 2 dengan nasi lemak.. seminggu tak dapat makan nasi lemak sebab kursus.. tercabar tengok kedai ada nasi lemak

Lepas settle breakfast, hajatnya nak ke perkampungan hang tuah.. Kami ke Hang Tuah Centre dulu.. antara Muzium yang aku rasa best.. nyaman je rasa





ada baju silat.. of course la aku try kan.. masuk muzium ni RM3 kot.. ada video tutorial.. gigih kitorang bertiga follow.. Iman pun pun dah pandai weh follow.. betul plak tu.. dia siap gelakkan aku lagi time aku salah arah hehe.. tapi silat banyak betul duduk kekuda.. menggigil kaki aku





Belah luar ada tradisional game


Ada juga jual buku.. aku beli buku Hang Tuah.. mana tah aku letak..


5 brothers


gigih diorang nak try panorama tapi tak jadi sebab frame kecik.. tak muat masuk semua


ni contoh yang jadik.. smart kan.. 

Settle sini, kami balik hotel dulu untuk solat.. tak lunch pun sebab breakfast heavy dan agak lambat.. petang baru kami keluar balik.. to Klebang we go


Day 2- Muzium Kapal Selam, Klebang

Elok kami sampai, hujan weh.. nasib kereta Maryam banyak payung..



Dalam kapal selam.. 12,000 tan kot berat.. eh berapa ek.. aku lupa dah.. rasa klaustrofobia kot dalam ni.. macam manala diorang boleh keje dalam ni.. dah la sempit kan.. pastu kalau rasa-rasa nak udara segar, tengah dalam laut.. respect respect



spooky sikitla aku rasa dalam ni





Day 2- Coconut Shake @ Klebang

diorang order sorang 2 nasi lemak.. kenyang gile weh.. oh kalau nak makan keropok lekor, beli yang dekat luar gate coconut ni.. lagi terengganu n sedap kot.. time kitorang sampai tu keropok dekat sini baru habis.. tu yang aku beli dekat luar.. balik tu kitorang singgah nak cari Kuih keria.. habis dah weh.. kecewa jugala.. ingat nak singgah esok tapi lupa.. bila ingat balik, dah jauh dah time tu..


hujan baru stop time ni


Day 2- Kubu A Famosa

Mula-mula kitorang ingat petang tu nak lepak bilik je.. tapi rasa rugi plak kan.. kitorang plan nak g A famosa esok je sebab sebelah muzium kan.. tapi apsal tah kitorang pergi sini juga.. jumpa Trex depan muzium sains kot


tengah kitorang jalan nak g a famosa, adik duk tarik tangan aku sambil cakap dadaman.. aku ingat dia nampak beca.. sekali ada orang pakai costume spiderman weh.. dahsyat adik boleh nampak idola dari jauh.. bila dah dekat, tiba-tiba adik kejung.. dia malu weh.. hahahaha, comel sangat dadek ni



your reaction when you've met you crush.. haha dadek tenung je kot..



kenangan untuk dadek.. lepas kitorang pergi tu pun adik duk caricari lagi.. aku tanya adik malu ke.. adik cakap adik malu.. haha


RM5 untuk bergambar


kitorang tak naik atas pun sebab dah senja.. gambar luar sini je




amboi kakak


momen dadek tengah malu lagi dengan dadaman


Dadaman kesunyian


Settle afamosa, kami masuk area Mall situ.. nama mall pun lupa dah.. kitorang sempat jalan dekat area situ juga.. aduh lupa juga nama.. bukan Jonker Walk.. Bugis ke ek.. hahahaha.. failed.. kami amik umi dan makan seafood dekat lupa juga nama tempat.. bukan Umbai la.. tapi sebab penat lain macam arini, semua pun makan sikit je.. hajatnya lepas seafood nak pergi khatamkan Jonker Walk.. tenaga kong.. adik je yang berselera makan.. kitorang ingatkan dah habisla dia makan.. sebab dah lama juga dia berenti.. tiba-tiba ada cat dekat area kitorang.. tengah main-main tu, tiba-tiba dia nagnis sambil cakap 'cat makan nasi adik'.. ah sudah.. aku tanya dia,' adik nak nasi lagi ke'.. dia angguk weh.. MasyaAllah ini budak.. n memang dia makan kot.. punyala banyak dia makan sampai butang dan zip seluar dia terbuka kot.. hahahaha win la adik ni..

With that, berakhir journey hari kedua kami


Day 3- Muzium Melayu Melaka

Pagi ketiga kami terus check out.. pukul 10 juga baru keluar.. sarapan roti dan simple2 je.. terus shoot ke Muzium Melayu.. semalam Maryam dah survey tempat parking dekat untuk mudah umi jalan.. alhamdulillah pagi tak ramai orang.. maybe sebab hari Selasa juga..


wajib juga pergi sini.. maklumat semua negeri ada.. antara muzium yang besar juga dekat Melaka



dah macam rumah sendiri dah



Full view using Panorama


Lompat buddy cik yong


yang ni muzium merdeka kot namanya.. betul-betul sebelah a famosa tu.. free je.. yang ni pun best masuk.. cerita detik-detik macam mana kita nak merdeka sampai merdeka.. syok baca banyak tulisan jawi..

Settle sini, kami cari lunch.. Asam Pedas lagi dekat area Ayer Keroh.. Pak Long ke Pak Ngah tah nama kedainya.. okla.. tapi yang 1st day kami makan tu aku rasa lagi maveles.. settle makan, kami solat dan last pit stop ialah to Zoo Melaka.. kasi can masa untuk kanak-kanak pulak


Day 3- Zoo Melaka


kakak naik poney.. imbau kembali moment kashmir.. adik naik juga mula-mula tapi sebab sempit, dia sakit tak nak naik dah.. hehe.. adik lagi exited nak tram.. bukan main suka lagi


kami pergi dalam sejam je.. alhamdulillah, habis road to Melaka.. enjoy la aku rasa.. dengan family kan, pergi mana-mana pun enjoy je.. aku rasa Melaka lagi happening dari Hatyai.. mungkin aku lebih attracted dengan tempat-tempat yang ada signature or landmark.. hatyai aritu aku kurang ke tempat-tempat gitu.. so kecewa sikit la.. banyak lagi muzium dekat melaka aku nak explore.. boleh buat solo trip ni..


Till then

2 comments:

kak yus said...

hey..gi muzium Korea pakai hanbok..kenapa gi muzium melaka tak pakai songket yana??? hahahaha

best nya kakak iman..nampak dia enjoy betoi berjalan.. stylo plak tu

Yana Kama said...

hahahahaha.. kalau ada sewa confirm pakai punya kak