Assalamualaikum..
Disebabkan hujan lebat, aku cuba cari mood Korea.. aku serius tak sangka aku tak exited nak habiskan entry Korea.. dia kalau dah malas, Korea punya cerita pun tak jalan.. aku nak suruh Asri karang dulu memang tak la mamat tu.. eh entry Singapore aku pun tak habis lagi sebenarnya.. photobook pun tak buat.. tak produktif betul tahun ni.. sekejap je kan nak habis tahun.. bye 32.. oh my God..
kami tunggu teksi, plan nak naik bas tak jadi.. kitorang kan ambil air kopi dari hotel, struggle weh nak jalan sambil pegang payung.. dia tambah struggle bila aku gigih nak ambil gambar.. mak aih, betul-betul tak cukup tangan ni
kenapa ek Asri nak ambil gambar dekat sini.. sebab pig ke ek.. tunggula dia update entry ni nanti
bila lagi kan nak boleh tengok view Korea.. akak office aku pergi Jeju tahun depan.. jelesnyeee.. sebut Jeju je aku terbayang ketenangan..
paper dispenser..
baguskan.. tak sabar nak tunggu tak boleh merokok dekat kedai makan
Korean Flag.. Lama juga baru kitorang dapat naik teksi.. teksi tu sesat..
risau aku pakcik teksi ni bising kereta dia basah sebab payung.. tapi tengok Sarah cool je.. okla tu
pintu gerbang masuk..
kami turun dekat area muzium rasanya.. nampak budak-budak sekolah turun.. tak taula ada visit ke apa.. terbayang cerita korea sangat.. oh sekarang aku tengah layan encounter dengan Sky Villa.. Encounter ni cerita tentang wanita 30-an dengan lelaki 20an.. mula-mula aku layan tak menarik, tapi lama-lama best pulak.. jalan cerita dia simple la.. tak konflik melampau.. Korea kan taboo kalau couple dengan lelaki mudah even though beza setahun dua.. Sky Villa ni cerita pasal mak ayah kaya gigih lengkapkan anak untuk masuk top universiti.. menarik gile.. aku kan dah bukan fasa layan cerita cliche.. cepat bosan..
eeh ada jari pulak.. dah macam iman amik gambar.. mula-mula kitorang ingat tak boleh masuk.. rupanya sign ni untuk kereta je
nampak ni dari kejauhan.. gigih aku berlari weh.. sebab time ni dekat pukul 10 dah.. semangat aku nak tengok official ceremony guard changing.. sekali takde weh sebab hujan.. tapi dapat tengok guard pun dah happy dah.. konsep dia macam tak dapat tengok pakwe, tengok rumah pun dah bahagia.. boleh kan analogi tu.. ada video sebenarnya tapi malas gile weh nak upload..
time ni dia announce ceremony takde.. yang baju putih tu pekerja dia.. dia tukang susun guard ni..
kalau asri pakai baju guard ni confirm orang percaya dia korea.. muka sepesen.. boleh buat part time keje guard ni
orang tak ramai sangat time ni.. tapi beratur jugala nak ambil gambar.. mungkin sebab hujan kot.. nampak tak aku tiru gaya guard tu.. macam dekat muzium melaka plak rasa
korang ada pedang, kami ada payung.. eh asri pun tiru guard juga.. come on kak yus.. hehehe, kak yus didnt get the notice
aku terbayang muka adik plak bila tengok gambar ni.. muka adik time dia merancang perkara pelik.. haha..
gigig perati nak tiru gaya
aksi minta nak kena libas
guard ni jeling aku weh.. hahahaha.. sorry bro, sis exited terlebih.. terer Sarah ambil gambar, sempat dia capture
bro ni pun dah berani cari pasal
sis ni je yang terus kekal sopan..
Settle ambil gambar, kami exited nak cari tempat sewa hanbok.. terhutang budi betul aku dengan Sarah.. kalau takde dia, berpusing juga aku rasa nak cari kedai.. yang exited hanbok sebenarnya aku sorang je.. aku jarang nak try traditional costume negara lain.. tapi hanbok ni lain macam tarikan dia.. yang aku google, ke yang kak yus bagitau, sewa hanbok ni 10,000 won.. = RM40.. memang nampak murah kan value dia kalau convert tapi 10,000w tu macam-macam boleh dapat kot..
aku dah exited gile time ni..
sama pulak color baju aku dengan pekerja kedai ni.. saje amik color pink sebab nak gambar cantik.. aku kan model blog aku.. hehehehe.. suka gile time ni.. kami dapat sewa 10,000w untuk 2 jam.. antara yang murah jugala.. yang ni baju golongan marhein je kan.. aku tak kisah, janji aku suka..
video ni aku rajinkan diri untuk letak sebab nak bagi gambaran cara pakai dia.. senang kan..
taraaa... dah siap.. senang gile weh.. sarung je.. kak yus pun bila tengok senang, join juga.. Asri pun join.. barulah feeling korea kan
rasa pwetty sangat.. dah yang bestnye dia ada kain yang saiz aku.. omooo, boleh survive ni hidup dekat Korea..
turn kak yus pula memilih
Asri pun dah bertukar
Taraaa.. kak yus jadi Queen
Asri golongan diraja juga.. kak yus kata ni baju adik beradik raja.. kak yus terer cerita history korea
free aksesori.. beg pun free juga patutnya tapi orang tu tak offer.. sampai hati kan
dah pakai headpiece
dekat mana-mana pun kaki sembang.. padahal Sarah dah tunggu nak ambil gambar
aku nak tiru kak yus tapi takde sempat pulak nak sorokkan tangan.. ko tengok Asri, dia nak buka spek.. mai God..
hahaha aku tengah tak boleh terima muka Asri tanpa spek.. Cina gile
Settle ambil gambar dekat dalam.. to the palace we go!
sanggup campak payung demi nak gambar cantik.. aku dah tak pedulik basah dah time ni.. eh tapi kitorang tanya orang kedai takpe ke baju basah.. dia ok je.. kang tak pasal-pasal kena ganti rugi plak kang
apsal macam nak solat kan
rasa kurus weh pakai hanbok.. aku cakap dekat adik aku, buat baju kawin ni best ni.. dah la fluffy, cover aurat plak.. eh geramla..
upacara campak payung..
haha aku tak puas hati nampak payung dalam gambar
Payung aku rosak.. aku, apa yang tak rosak.. Next entry, gambar dalam Palace.. banyak gile weh gambar pakai hanbok.. aku rasa entry bakal jadi bersiri-siri
No comments:
Post a Comment