Assalamualaikum..
Its not too late to say selamat tahun baru blog.. i never thought aku akan kekal blog sampai sekarang walaupun tahap blog dah tak serancak dulu kan.. zaman muda-muda dulu gigih kot ajak ila pergi tasik sebab nak amik gambar OOTD.. hahaha.. i ve past through that phase of my life.. now, blog tempat aku abadikan memori berjalan aku, walaupun masih tahap sendu juga.. but abadi tetap kena abadi.. abadi tau, bukan badi..
Daripada aku pergi Hatyai lagi i thought that will be my last travel untuk tahun 2018.. tetiba dapat pergi Korea, pun aku ingat last travel untuk 2018.. but Allah definitely is a great planner.. how blessed i am.. hes definitely the Great planner.. Alhamdulillah Allah rezekikan aku ke Iran pulak.. bandar yang berbeza dari yang aku pergi untuk tahun 2017.. Iran have special memory juga untuk aku.. 1st trip aku dengan Kak yati.. Kak yati is definitely one of my great buddy to travel with.. kira geng masuk kepala jugala.. bonus plus ialah kak yati terer bab-bab angle gambar.. aku dah train asri dah, lepas iza plak aku nak train.. tripod biasa aku bawa je, tapi take time sikit nak pasang.. lagi-lagi kalau time kursus, masa berjalan kan kejap.. takdenya sekretariat nak tunggu kita setup kan..
Cerita Iran aku plan nak cerita per event.. nak buat per hari takde yang special sangat.. kita hold dulu sebab cerita Iran exitednya sikit-sikit je.. Lets start with Doha..
Time nak beli tiket, aku cakap dekat akak office aku boleh tak ambil yang transit Doha sebab transit Dubai aku dah pernah pergi.. eh cerita Dubai dah habis kan.. lupa pulak.. aku cakap juga, time pergi transit kejap je, time balik aku minta dia pilih yang transit lama.. boleh keluar jalan.. Doha pun ada Visa On Arrival.. so bestla kan kalau dapat keluar.. Bila dapat tiket, kami transit dalam 5 jam tak salah aku..
Flight to Doha ialah malam ahad pukul 8 malam.. 7 hours flight, tapi sebab ada movie kan.. so tak rasa letih sangatla.. aku paksa juga diri untuk tidur sebab kami akan sampai pagi event.. takut tak sempat nak rehat kan.. oh ye, belakang aku tu ex top boss UPM.. depa pergi Capetown.. sempat borak juga dengan dia sebab Iza rajin tegur.. kalau aku sorang, aku buat tak tahu je.. aku kan kejung..
keluar je flight.. aku terjerit korang.. habis perempuan depan aku pandang.. tu la, dah biasa sangat menjerit dekat office.. ex boss tu pun gelak je.. hahaha, aku jerit sebab sejuk gile weh.. angin dia tak boleh tahan.. padahal baru kat Qatar.. sebab sebab awal pagi kan..
ruangan solat di Airport Doha untuk perempuan hanya ada di tempat transit je.. aku kan time balik tak pergi transit, so bila dah lepas imegresen, aku carilah prayer room.. petugas tu cakap ada untuk lelaki je.. serius rasa tak patut, negara muslim kan.. kalau budaya negara tu ialah perempuan solat di rumah, but dekat airport kan ramai foreigner.. jadi untuk perempuan yang transit, better cari surau dekat kawasan transit sebelum keluar ke imegresen..
siap ada sabun..
waktu solat.. Qatar lambat 4 jam dari Malaysia
------
Next, travel trip from Iran to Doha.. cantik kan awan..
rasa nak terjun atas awan kan.. it so fluffy
Subhanallah.. cantik gile kan laut.. Qatar ni memang dikelilingi laut ke.. fail betul aku ni..
first time pergi airport sebelah laut.. MasyaAllah lagi rasa.. lepak tepi airport pun cara juga kan..
nampak signage mosque.. for Men only..
aku solat dekat sini.. cari space tersorok sikit.. aku rasa kan cleaner airport sekarang garang weh.. 1st toilet aku masuk tu dia baru mop lantai dia.. dia stress tengok kasut aku.. takut tinggal mark la tu.. haihh, sabar je la.. takkan aku nak jalan buka kasut.. eh emo plak aku.. aku ambil wuduk dekat 2nd toilet aku singgah.. ada cleaner tapi cool.. tapi common sense la kan, lepas wuduk lap balik kalau lantai basah.. sebab dah tau diorang sensitif lantai basah.. boleh je basuh kaki halakan air ke toilet bowl.. so lantai minimum basah.. aku lupa nak buat Quf..
aku tak taula ni emas betul ke tak.. tapi menarik kan.. benda ni depan maney changer..
money changer ni lepas keluar imegresen belok kanan.. then dekat hujung-hujung tu belok kanan lagi.. iza google ada 2 currency exchange.. oh ye, dekat airport ada wifi.. masukkan je booking number flight tiket..
currency rate.. 1 Qatar Riyal - RM1.14 sen kalau aku google.. so senangla nak kira kan time membeli
keluar je imegresen, belah kiri akan nampak sign cab.. aku ada baca, orang kata airport cab mahal sebab bila kita naik je, dia terus caj 25 QAR.. aku refer blog ni untuk tempat to go semasa transit.. ni pun google time dekat Iran.. apsal tah semangat jalan tu segan-segan je..
driver teksi dari filipina
dah nampak dah tempat aku nak pergi, Souq Qaqif.. aku cakap dekat iza, sebab masa kita singkat, kita pergi satu tempat je.. walaupun transit aku 5 jam, tu tak termasuk masa dekat imegresen dan perjalanan.. aku sampai Doha, 2 petang.. solat, imegresen, tukar duit.. dalam pukul 3 petang baru kami keluar.. taxi driver offer untuk ambil time balik.. taxi driver cakap kalau flight 7.30, pukul 6 pun sempat lagi.. but kami cuak, kami cakap pukul 5.30 petang.. walaupun amik airport cab mahal, konsep aku dengan iza ialah janji keselamatan kami terjamin.. sebab dua-dua perempuan kan..
langit cantik yang amat.. antara tempat lain yang orang cakap a must place to visit in Doha ialah the Corniche.. dia area sini la.. and aku teringin juga nak ambil gambar dengan skyscraper tu.. kalau ada masa.. tempat ni dekat je dengan Souq Waqif.. aku ada baca juga, kita boleh naik bas kalau nak round area Doha.. boleh refer dekat sini.. oh ye, driver taxi kata sebab hari ni hari cuti, ramai gile orang lepak area sini..
yang bangunan putih kanan tu ialah Islamic Museum Art something.. driver to kata free admission je.. antara tempat aku aim juga.. tapi masa singkat kan.. so Souq Waqif yang menang antara semua tempat..
awesome view.. magnificent
almost sampai
kami janji nak jumpa dekat tempat dia drop.. aku ambil nombor kereta dia.. tapi sebab kami takde nombor Qatar kan.. pasrah je la time ni.. Iza nak tinggal beg dia mula-mula dalam kereta tapi aku cuak kalau kitorang tak dapat naik cab ni.. jadi kami decide bawa semua barang..
time turun tu serius rasa nak menangis.. indah gile weh bangunan dia.. honestly, aku jatuh cinta dekat architecture Doha lagi compared to Dubai.. mungkin expectation aku untuk Doha is not so high, tu yang bila tengok cantik macam gini rasa speechless.. serius rasa berbaloi keluar time transit..
buka tripod sebab nak bagi berbaloi usung ke hulu hilir.. time travel sendiri best je guna tripod..
tripod aku..
nampak tak belakang kitorang macam ada segerombolan.. tak nampak kan.. hahaha
geng-geng ni menyanyi
kebetulan kami pergi ni diorang tengah ada pesta budaya something.. rezeki kami.. Alhamdulillah.. so nampak macam-macam show ada
aku ambil gambar ni as reference untuk patah balik nanti..
tapi gambar ni paling berguna.. diorang terus cam ni kat mana.. iza lagi terer weh cari arah dari aku.. aku lagi fail.. hahaha.. nasib iza ada..
gambar ni paling win.. aku set tripod.. ada mamat tumpang bergambar sekali pulak.. bawa anak-anak pulak tu.. menimbulkan fitnah ni hahaha.. aku rasa dia duk tenung apa benda yang aku tengok kot.. tu yang termasuk gambar sekali tu hahahaha
barang-barang antik.. iza kata mahal kot sebab nampak ada orang bid bagai.. atai, suami iza tanya kenapa tak beli tarbus untuk ayah iza.. haha.. aku rasa macam tengok bazar karat je..
pakcik yang pegang tongkat tu pegang buah tasbih kot.. hebat betul
mahal gilo.. barang diorang takde yang made in Qatar.. or mungkin kalau ada pun sikit kot.. sebab aku tanya orang kedai, apa souvenir made in Qatar sebab diorang asik tunjuk yang turki dan india punya.. dia kata takde, sebab Qatar takde kilang..
kamera iza best weh.. terang dalam bangunan.. aku usha dah harga.. RM1,500.. geram je rasa tapi hp aku pun tak sampai setahun lagi.. sabar na sabar.. setiap kali travel kan mesti aku rasa nak beli kamera.. tamak haloba betul.. semua nak
suasana Souq.. oh ye, kalau aku google hari jumaat souq ni buka pukul 4 petang.. aku pun cakap dekat iza, takpela iza.. kita pergi je la.. at least boleh tengok bangunan dia.. sebab cantik kan.. kami sampai dalam 3.20 petang gitu, alhamdulillah.. meriah.. lega sangat.. sebab hari Jumaat kan hari cuti.. Iran dan Dubai pun sama juga.. thank you Allah bagi kami rezeki jalan dekat sini..
iza paling terer menawar.. aku dapat kurang 1 QAR pun dah happy.. hahaha.. ada satu kedai, pak arab ni stress je aku duk minta size.. and dia tunjuk dia stressed.. aku sound la, "i want to buy your things, why are you angry at me.." nak keluar kedai takut, kang dia kejar ke apa kan bila tak beli.. pak arab plak.. tapi memang mahal la kedai dia.. stress aku..
teko jamuan untuk 20 orang
gigih gile nak boleh ambil gambar ni sebab orang ramai lalu lalang.. sampai ada videographer yang shooting pun gelak tengok kitorang..
gangguan yang ada.. nampak macam aku nak tumbuk dia kan hahaha
bye iza..
show lagi
paling seronok yang belakang tu.. bukan main riang ria lagi berjoget.. pinjam boleh, nampak tinggi sikit.. obses betul aku nak jadi tinggi..
Amazing architecture kan..
beg tu aku beli dekat Iran.. hehehe, berkenan plak beg yang bulat-bulat sekarang.. Doha takde beg yang made in sana..
aku beli teh susu ni.. ada rasa herba juga tapi sedap..
pakcik ni coloring something sambil menyanyi.. hebat mu pakcik
ni geng marhaban lain.. sikit punya besar trompet dia
yang ni belah kawasan luar.. dekat kawasan dalam pun meriah juga tapi busy shoping kan.. mana dan nak ambil banyak gambar or video..
Suansana almost malam.. shisha everywhere..
Kami plan pukul 5 petang nak pergi yang belah laut tu sebab nak ambil gambar dengan bangunan tinggi-tinggi.. cari punya cari tak jumpa.. masa pun dah suntuk, so kami terus nak cari tempat turun teksi tadi.. sesat weh.. aduhai
movie theatre.. tempat yang kami jumpa time sesat
ada konsert dekat area sini..
ramai betul orang shooting..
aku beli air lagi sekali..
simple je dia buat.. tapi sedap..
Last show before balik..
Sebab sesat, kami sampai dekat tempat janji teksi dalam 5.45 petang.. takde nampak pulak dia dekat mana-mana.. kami decide ambil teksi lain.. sebab masa dah suntuk kan.. total teksi untuk balik ialah 28 QAR.. murah kan.. teksi pergi 50 QAR.. tapi sebab kami rushing, pemandu teksi ni gigih nak tukar duit dekat cab lain.. semua takde.. so kami cakap takpela, tak payah baki.. rezeki dia.. Dia dari Ghana.. aku cakap dekat Iza, entah-entah dia lagi kaya dari kita.. hehe.. iza kata mungkin dekat Ghana dia lagi susah dari kita.. betul juga kan
Traffic smooth je..
Oh ye, cerita tentang transit.. time ke Iran, kami dapat dua-dua tiket terus.. KL-Doha, Doha-Iran.. but time nak balik KL, kami dapat tiket Iran to Doha je.. untuk Doha to KL, mereka minta ambil boarding pass di kaunter transit.. so aku and iza plan memang nak ambil tiket dulu.. tapi kaedahnya, bila kami menuju ke arrival, tak jumpala kaunter transit.. Iza ada cakap, ke kita nak pergi kaunter transit dulu.. tapi time tu kitorang dah beratur lama dekat imigresen.. rasa rugi plak masa.. so kami gamble je keluar dulu.. sekali bila sampai airport, petugas tu kata kami punya tiket on hold.. boleh pulak kan, padahal dah confirm beli kot..
time tu pukul 6.00 petang.. lama juga nak boleh settle.. kebetulan petugas Qatar tu orang malaysia, baru 3 bulan kerja.. kalau kami tak dapat naik flight 7.30 malam, next flight ialah pukul 2.00 pagi.. dia akan bagi kita 250USD.. aku time tu dah exited juga.. sebab banyak tu.. lepas tu dapat stay lagi kan.. tapi iza macam cuak tak dapat contact atai kalau in case tak dapat naik flight 7.30 malam.. so aku nak exited lebih-lebih pun macam tak sesuai.. aku sempat tanya dia kalau 250usd tu boleh ke dapat hotel.. elok aku habis tanya, dia kata boleh naik flight 7.30 malam pulak.. haha kecewa aku.. iza kata dia yakin ada flight sebab dia tak rasa risau.. bila balik Malaysia iza kata menyesal pulak tak cakap takpela kami naik next flight.. haha tu namanya bukan rezeki kan..
Berlari juga kitorang sebab boarding time dah.. Alhamdulillah sempat.. everything smooth.. arrival time malaysia ialah pukul 8 pagi.. aku naik erl dan cab, sampai rumah dalam 10 pagi.. pukul 3 petang baru aku hidup kembali setelah tidur.. ngantuk gile.. iza boleh beraktiviti terus kot lepas sampai.. hebat-hebat..
So kalau tanya aku, nak pergi Doha lagi tak.. aku nak pergi but untuk transit je.. nak ambil transit hour panjang sikit.. sebab aku rasa kalau stay sini mahal kan.. plus macam tak tau nak pergi mana sangat.. Alhamdulillah, great experience.. puas hati.. sila la explore kalau transit lama di Doha.. worth it..
Total Spend in QAR:
- 4 tshirt = 130 (kedai mahal). Tshirt boleh dapat dalam range 20-25 QAR
- shawl tebal = 25
- teksi to Souq Waqif = 50 (share 2 orang)
- Serban ayah = 20
- 3 keychain = 25
- gelang kakak iman = 5 (iza dapat 2 = 7.. jadi sila tawar.. aku dengar 5 dah rasa murah dah.. haha)
- 2 teh susu = 4
- jus lemon mint = 4
- tshirt = 25 (kedai lain)
1 comment:
waahh., bestnyer transit doha tuuh., ;p
Post a Comment