Tuesday, January 8, 2019

Iran for the Second Time: The journey~ KL - Doha - Tehran and Vice Versa

Assalamualaikum,

Honestly aku pun tak sangka aku pergi Iran kali kedua.. eh macam dah cakap je dekat entry Doha.. confuse pula buat entry tak ikut date.. maybe yang tak sangka juga tu sebab pergi iran 2nd year berturut.. macam yang aku dah cakap dekat entry Doha, rezeki Allah tiada siapa boleh menduga kan.. siapa sangka siapa menduga, kau berubah tiada ku pinta.. lagu apa tu ek.. bila sebut perkataan sangka terlintas lagu tu..

Aku gerak dari rumah pukul 4.50 petang.. aku siap kemas barang pukul 3.. nampak kan tahap exited aku.. mungkin sebab akhir tahun banyak keje kena settle kot.. time last year, aku pergi Iran hari aku habis event.. habis event petang, malam tu gerak.. tak sempat exited sangat.. mungkin itu tema journey to Iran agaknya.. hehehe.. aku terlepas train 5.20 petang.. so next train dalam 5.45 gitu kot.. cuak juga sebab flight pukul 8 malam.. tapi alhamdulillah 6.15 tu aku dah sampai dekat kaunter check in.. aku suka naik erl kalau pergi airport, feeling traveller uolls.. hehe plus malas nak susahkan adik-adik aku hantar.. aku kan kakak mithali



curi-curi amik gambar stewardess  Qatar Airlines.. menggigil gambar tengok orang cantik


pelangi dari dalam keretapi transfer..


aku solat jamak dekat area gate departure.. luas gile surau dia.. first time masuk.. siap ada view kapal terbang lagi..


partner travel di Iran.. iza touching sikit time nak berpisah dengan keluarga.. anak dia tak berapa sihat dan nak kena travel jauh kan.. aku pun tak ingat last aku nangis bila pergi travel tak sekali dengan family.. time masuk asrama dulu pun aku seronok gile kot, haha.. sindrom anak sulung agaknya.. exited duduk asrama.. exited takyah jaga adik.. hehe



airlines siap-siap letak bantal, selimut and flight kits..




inside flight kits.. siap ada lip balm, penyumpat telinga.. macam-macam la.. 


skrin dia bukan touch skrin.. aku nampak orang sebelah pakai remote.. aku hampir nak minta pinjam remote dia.. hahaha, sekali remote dia ialah dalam pemegang tangan dekat seat.. tapi flight Doha - Tehran touch screen.. tempat cucuk headphone pun lain-lain.. pengalaman



habis aku khatam cerita ni..


pilihan menu dinner



aku amik nasi ayam kot


7 jam setengah perjalanan from Kl to Doha


bas transfer to airport


airport Qatar.. luas betul.. time kami ambil gambar dekat sini tetiba petugas tu kata tak boleh ambil.. dekat sinilah aku kata kaunter transit untuk ambil tiket transit tu







gold everywhere



belakang aku kalau korang perasan macam ada benda warna kuning.. situla patung signature besar airport.. aku tak pergi pun ambil gambar depan-depan sebab masa transit kejap.. ingat nak pergi time balik nanti.. sekali time balik pun takde rezeki


Image result for teddy bear doha airport
Gambar depan teddy bear.. katanya ni sumbangan orangkaya Qatar.. #pakcikkayo



siap ada family quiet room.. tak taula bilik macam mana kan.. kalau family, mesti ada kids.. kalau kids ada, boleh quiet ke..




ada tempat internet


iza cuba nak screencap surat jemputan tapi tak berjaya buka attachment


2nd flight from Doha to Tehran.. dalam sejam setengah je


bestnye Shiraz tu..


sampai di Imam Khomeini Airport.. tak banyak beza dengan tahun lepas


cuma ada tambah playground je



Saman Bank pun still ada


Dr Saberi dengan pakcik apa tah nama dia.. kesian diorang.. kitorang sampai pukul 3 pagi.. kami tukar duit dekat sini sebab iza nak beli simcard iran.. 


Ok, nak share kisah duit.. aku tukar 100 USD.. bersamaan dengan 4,210,500 irr.. so kalau dalam ringgit ialah 10,000 riyal = RM1..  100,000 riyal = RM10.. iran suka shortcut duit dia jadi toman.. 100,000 riyal = 10,000 toman.. dulu tak salah aku 100,000 irr = RM12 ke RM14..

aku sejak pakai apps Trabee Pocket, memang rajin kira duit.. so, aku pun kira la duit riyal aku dapat.. aku dapat 9,900,000 irr korang.. oh my gooddd.. orang money changer ni salah bagi ke.. aku minta resit dia marah weh.. so nak padan muka dia ke macam mana ni.. aku suspect dia dia ingat aku bagi 200 usd kot.. aku tanya iza, iza pulak kata dia jenis tak kira duit.. so aku pun pasrah la.. ingat nak pulangkan time dekat airport..

but aku pelik la.. Dr Saberi keep cakap, 1 USD = 100,000 irr.. ok, matematiknya macam ni.. payah ni kalau aku nak cerita dekat aki.. aku pernah nak kira duit hantaran dia dulu, puas aku cerita berkali-kali.. dia tak dapat tangkap juga.. nasibla jadi cikgu agama.. risau pulak aku kalau dia salah kira markah periksa student dia hehehehe

Dr Saberi cakap: 1 USD = 100,000 irr

Kalau ikut currency exchange rate, 100,000 irr = RM10 = 2USD

jadi, duit iran memang turun 2x ganda rendah dari rate dekat currency.. sebab tu la patutnya aku dapat 4.2 juta irr je, tapi aku dapat 9.9 juta.. faham kan.. so sebenarnya barang yang aku boleh dikatakan 2x murah dari harga yang aku expected.. macam orang gile aku shopping weh.. konon cakap iran takde apa nak shopping.. hehehe


basement parking airport tehran


tempat isi minyak depa.. bayar dekat mesin ni je.. mesin ni ada dekat tengah pam minyak.. kalau kita kan setiap pam ada tempat kad.. oh iran banyak bayar guna kad.. kedai kecik-kecik pun pakai kad..

--------------------------------

Now kita masuk cerita the journey balik.. ni ada risiko tak habis ni cerita iran.. baru cerita pergi, tetiba dah masuk part cerita balik.. haha



nampak macam tol.. tapi takde plak tolnya.. oh dekat sini ada bonggol.. kalau kat Malaysia dah terkejut dah kereta-kereta bila bonggol dekat tol.. bagus jugala, at least kereta slow


pakcik driver.. dia yang request nak bergambar ok.. 


diorang minta tolong sorang orang Iran perempuan ni untuk ambilkan gambar.. tetiba pakcik ni nak bergambar dengan dia juga. amboi pakcik.. yang beg merah depan tu beg perempuan tu la.. hehe, diorang time tolong angkat beg kitorang duk gelak-gelak sambil cakap bahasa dia.. confirm mengata beg kitorang berat.. kitorang tumpang gelak je


last year aku rushing time nak balik Malaysia.. this year perjalanan balik alhamdulillah smooth.. orang tak ramai.. yang aku pergi last year bapak ramai orang.. yang ramai orang perempuan.. diorang kan seperate periksa lelaki dengan perempuan.. siap bertutup lagi


Kaunter 68 ni ialah kaunter untuk timbang berat beg.. boleh letak je atas besi antara meja.. takde orang jaga pun.. beg aku dengan iza sama je berat walaupun beg aku lagi kecik.. haha, kecik-kecik berisi.. macam dadek.. nampak je kecik, tapi berat kot.. beg besar kami dalam 22kg, beg kecik dalam 5kg.. Qatar bagi free luggage for 30kg


alkisah aku yakin dekat rate terbaru iran ialah dekat tempat nak balut beg ni.. duit iran kitorang habis weh.. aku cuba tanya, boleh ke guna usd.. dia kata boleh.. harga wrapping beg dekat sini sama je dan tak ikut saiz.. 2 USD untuk 1 beg.. so aku dengan iza total sekali, 8 usd.. gile murah kan.. nak nangis rasa.. rasa nak balut sekali backpack aku hehehehe.. over pulak..  aku bagi 20 USD.. dia kata dia takde duit kecik.. so dia bagi balance dalam riyal.. so, 20 usd - 8 usd = 12 usd kan.. dia bagi baki pada aku 1,200,000 irr.. so memang betulla terbukti kata-kata Dr Saberi 1 usd = 100,000 irr = RM5.. 4 ringgit lebih sebenarnya tapi aku bundar terus.. syok gile rasa bila tetiba tau barang kita beli 50% diskaun.. hahaha


check in kaunter






jumpa tempat fevret aku.. kedai convenience store.. habiskan duit riyal aku.. hehehe, aku bahagi dua dengan iza.. so iza spend 10 usd, aku 10 usd.. 



kacang dekat sini mahal dari yang aku beli dekat tempat event aku



time winter makan aiskrim.. sedap weh yang merah tu.. rasa macam aiskrim strawberi dekat cameron..







cantik gile toilet dia.. english style sangat.. eh yeke.. kak yus terer la style style hiasan.. aku fail..


not for asian kind of toilet.. terjengket-jengket aku



cantik kan.. ni yang museum islamic art doha



yang flight besar dia tulis A340..


yang ni tempat cucuk headphone dekat skrin..


travel with panda





berkenan betul aku dengan mamat ni.. oh ye, Qatar airways safety instruction ialah through video je.. takde demo orang


iran from the top


aku tengok cerita yang kate winslet dengan cameron diaz tukar rumah tu


makanan paling aku suka atas flight.. rasa macam popia


aku baru perasan weh dia bagi coklat ni.. yang flight Doha  ke Tehran aritu aku termiss la.. rugi-rugi.. ok, habis cerita Tehran - Doha.. details cerita Doha dalam entry sebelum ni.. 


Next, journey from Doha to KL.. us, waiting for flight lepas gigih lari.. time ni ramai orang malaysia




layan cerita Kwangsoo.. kat astro pun dah keluar



aku tak dapat menu dinner time ni sebab g toilet ambil wuduk.. aku tak sempat solat magrib isyak dekat airport sebab kes flight on waiting list.. so time makanan sampai, aku just cakap nak anything with rice je.. sebab lapar gile


Lalu India.. rindu Bengaluru.. Bengalore


Ehem.. first time jumpa movie nama aku.. nama aku sinonim dengan Afrika.. eh macam dah cerita kan yang kisah nama Yana dan Afrika.. takpela ulang balik.. aku kadang-kadang suka google nama sendiri.. yana kama la.. so selalu keluar perempuan Afrika.. time aku pergi kursus dengan orang Nigeria, baru aku tau Yana in Afrika ialah panggilan untuk anak perempuan sulung..  patutlaaaa.... ayah aku dapat ilham dari Afrika ke haha


alhamdulillah.. safely arrive in Malaysia







selesai sudah cerita Iran.. eh, hahaha.. insyaAllah sambung lagi.. next entry Iran mungkin on the room and foods kot.. tengokla mood yang mana datang nak cerita dulu.. toodles

No comments: