Assalamualaikum..
Settle pilih hanbok, kami terus menuju ke Gyeongbokgung Palace.. entry ni banyak gile gambar.. sebab aku tak sure bila nak buat photobook kan.. at least dekat blog ada.. tadi aku tengok entry Bangkok, seronok plak tengok gambar-gambar lama.. rasa teringin nak pergi balik pula.. aku cakap ke kitorang sewa dua jam hanbok.. lupa dah sebab lama bebeno dah entry korea..
yang ni dekat main gate.. tak payah tiket lagi.. incase kalau korang tak nak masuk dalam.. tapi aku rasa tiket masuk dia murah.. aku ada ambil gambar harga tiket rasanya
semua yang pakai hanbok pun kena pergi kaunter juga.. sebab dia nak check betul ke kita pakai.. pakai hanbok tak perlu bayar harga tiket dah
harga tiket 3000w.. so kiranya aku bayar hanbok 7000w je la.. berbaloi la.. at least aku rasa berbaloi pada aku yang suka korea..lebih kurang RM12 untuk harga tiket
Sarah amik gambar banyak gile.. ni pun aku dah pilih-pilih.. eh ada cona lalu.. dekat kedai yang kitorang sewa takde rasanya baju merah tu
angin kuat gile weh.. seronok aku tengok hanbok bertebaran
time asri tetiba ramai orang lalu.. sorry bro..
orang korea + china + mongolia + jepun.. semua bolehla senang kata..
ambil mood sakura.. mana tau lepas ni boleh datang time sakura plak kan.. aku dengan officemate aku tengah exited jeju.. semua sebab cerita hyori bed and breakfast.. nampak tenang gile je jeju.. kalau dah suka kan.. semua nampak best
ni share gambar ni dekat group ni pun cara juga ni..
ni bukan solat ok..
aku bising dekat asri.. ada ke patut dia ambil gambar aku separuh je.. penat aku sewa hanbok mahal-mahal.. eh takdela mahal, tapi kenala bagi berbaloi pakai kan.. aku rasa cara kita ambil gambar ialah akan follow preference kita untuk gambar kita diambil.. faham tak.. maksudnya, aku suka gambar penuh, jadi aku akan ambil gambar penuh orang lain.. asri ni aku perasan dia suka gambar close up.. untungla muka licin
jemput masuk ke rumah saya yang tak seberapa ni
ni ialah pintu masuk palace.. seronok betul aku time ni.. time pilih gambar pun rasa seronok..
ni tanda tempat official korea.. pegawai tertinggi istana.. macam menteri jugala
bilalah boleh naik 48 ni
acah-acah nak naik tangga macam tuan puteri.. serius kalau korang pergi korea tryla hanbok ni.. memang best gile kembang dia.. dia semua sebab kecik-kecik tak dapat pakai gaun kembang.. kakakman mesti suka gile kalau dapat pakai..
caption IG aku.. "tengah tunggu chona datang".. for those who knows chona tu apa kan
view dalam assembly hall depa kot.. kalau dalam cerita korea tu tempat meeting raja dan pembesar.. tempat konflik kalau dalam drama perebutan kuasa cerita zaman joseon dulu..
terus nampak ganas bila berjalan.. nasibla hanbok ni ngam-ngam.. kalau tak mesti asik terpijak je
dalam ni besar gile.. so aku rasa 2 jam tu memang just nice je.. tu pun ada tempat kitorang skip.. kalau banyak masa, sila spend satu hari dekat sini..
tak habis-habis masalah topi dia
aku pernah tengok cerita saintis korea.. apatah nama dia.. ayah triplet berlakon.. jang young shil kot namanya.. syok cite tu.. cite sejarah korea selalu best dan tak mengecewakan la.. hebatla pengarah diorang buat
mana dayang-dayang beta ni.. eh tapi baju aku kan baju rakyat biasa.. hehe, sesekali berangan kan
hari still hujan korang.. tapi biasalah demi gambar
asri dah ready nak pose.. dahsyat dia sekarang.. dia yang planning cara posing.. boleh jadi tuan director ni
aku suruh diorang pandang sana..
cerah pulak gambar yang ni kan
suruh Sarah ambil gambar penuh sebab penat ni aku pakai hanbok cecantik tak nampak full hehe.. Sarah layan je aku
oh satu lagi.. hanbok ni buat kita nampak supertinggi kan.. sebab skirt dia high waist.. tapi best kan walaupun high waist tak nampak cutting pun.. memang confirm la jadi baju wedding aku.. oppa, sarangheyo
next, kami ke belah taman.. cantik.. sarah kata pokok dekat sini ada yang pokok asal juga.. rasa tenang je.. patutla dalam syurga banyak sebut ada sungai kan..
bro ni dah bosan amik gambar.. dia tanya kitorang, ambil gambar banyak-banyak nak letak mana.. meh aku letak dekat blog aku.. aku perasan la, tabiat aku berblog ialah aku suka share conversation aku dengan travel buddy aku.. itu yang senang aku ingat kot.. hehe
ada pelancong german kot ni, nak bergambar dengan asri.. dengan kitorang dia buat tak heran je.. so kitorang memang buat assumption dia ingat asri korean.. hahahahahaha.. banggala asri.. aku dah surug dia belajar cakap korea.. boleh minta diskaun lebih sikit
kubu/ tugu peringatan rasanya..
gambar ni dia request.. nampak, dia memang suka gambar closed up.. time mula-mula entry ada 1 gambar closed up tu, dia la yang request..
kitorang berangan cakap macam dekat Nami Island kan hahaha.. sebab tak dapat pergi Nami Island..
ni asri yang bagi arahan suruh bergambar macam mana.. sebab tu aku cakap dia macam tuan director.. dia suruh buat macam poster movie..
yang ni aku pun tak sure kawasan apa.. next, kami ke museum area sini..
Angin korea dingin menggigit
Titisan hujan nan lantas membasahi bumi ini
Hembusan sejuk tega menerobos
liang kulit yang selalu tidak sejuk
Basah melingkar kaki lusuh seluar ini
Dipanjat percikan air hujan nan menitik saban hari..
Titisan hujan nan lantas membasahi bumi ini
Hembusan sejuk tega menerobos
liang kulit yang selalu tidak sejuk
Basah melingkar kaki lusuh seluar ini
Dipanjat percikan air hujan nan menitik saban hari..
No comments:
Post a Comment