Jul 12, 2016

Ceritera Syawal bersambung..

Assalamualaikum..

Hari ni aku dah mula rasa bosan.. mungkin sebab takde plan apa-apa hari ni.. ok, aku nak sambung cerita raya.. gabung-gabung je sebab raya 2 dan seterusnya tak semeriah raya 1 kan.. ziarah tetap ziarah.. gigih aku nak recall rumah siapa yang kami boleh ziarah hehehe.. habis semua adik-adik aku, aku tanya korang takde kawan ke dekat area sini hehehe

2 Syawal

Kami ke Olak Lempit, rumah mak kak ros.. sebelum raya hari tu aku duk cakap dekat kak ros raya ketiga aku kerja dah kot sebab tak tau nak kemana kan.. duduk rumah je pun bosan juga.. time tu sebelum diumumkan raya ketiga sebagai cuti peristiwa.. kak ros kata mehla datang rumah dia, kalau datang hari 1 dapat rasa pecal mak kak ros.. kak ros masak pun maveles, mak kak ros mesti maveles ganda 27 hehehehe.. lepas zuhur kami gerak ke rumah kak ros




Diva muslimah sikit hari ni.. tapi kejap je pakai tudung,susah agaknya nak pakai spek dan tudung.. dah pandai dah minta spek kalau nak keluar.. dia duk sebut mata mata.. hehehe



Port wajib gambar.. gegaq pulak dah tangan aku






Alhamdulillah mudah juga nak cari rumah kak ros walaupun aku ada salah masuk lorong hehe.. sesat dengan aku kan sinonim.. aku cakap dekat iman kita nak pergi rumah kak ros.. iman kan fanatik upin.. dah dua malam dia ngigau sebut upin haha tak ayu langsung tau iman ngigau upin


Cantik-cantik area rumah kak ros.. rumah melayu klasik.. mak kak ros kata umur rumah ni sama dengan umur kak ros.. aku cakap kat mak kak ros, ooo baru 30 tahun la rumah ni hehehe nampak tak cara nak pau nasi goreng kak ros isnin nanti hehe



Bukan main seronok lagi iman berjalan pusing-pusing dalam rumah.. aku pun rasa terlebih selesa plak dekat rumah kak ros.. hehehe, rasa macam mak sendiri agaknya..


Adik tak yah cakap, memang baik sokmo time raya..



Alhamdulillah food semua maveles.. rendang daging tu maveles, mak kak ros buat.. mi sup pun sedap.. lemang pun lembut.. adik kak ros jual.. tahun depan insyaallah rasa macam nak order.. lembut dan lemak gile.. eh boleh order time jamuan raya opis.. macam best je idea tu.. boleh ngecek kak ros ni



Kitorang duduk dengan makanan.. nampak tak konsep nak tambah hehehe aku bertambah kot makan.. mi tambah, lemang pun sama..



Elok kami habis makan, ada geng saudara kak ros sampai.. kami pun beransur sebab takut tuan rumah tak selesa plak kami lama-lama kan.. terima kasih banyak kak ros atau hospitaliti.. minta maaf datang menyusah kak ros sekeluarga


kak ros yang kanan, mak kak ros sebelah aku.. gagah sangat lagi maknye.. muka bersih.. adik-adik aku suruh minta tips


Rumah cantik kak ros


Next, kami ziarah alamanda plak.. hehe cik lang nak belanja aiskrim.. adalah juga orang kat alamanda.. banyak kedai yang tutup juga, kat toys r us ramai budak melabur hasil kutipan duit raya hehe




Baskin robin bercahaya.. tak cair ke ek aiskirim sebab tempat dia boleh tahan panas juga masuk matahari..



macam biasa, budak paling happy jumpa aiskrim.. semua pun iman punya hehehe


 3 Syawal

Raya ketiga pun kami beraya satu rumah juga.. rumah umi Mariam dekat kajang..


Geng siap awal.. hari-hari pun adik siap dulu sebab dia bangun awal.. rindu plak cik yong kat adik..


kakak iman pun siap awal juga






exited iman suruh kitorang pakai spek macam dia juga..


iman suka sangat dengan cat.. dia dah berani pegang dah sekarang.. aku cakap kat diah mesti iman suka kalau dapat pergi farm in the city.. nanti kita pergi ye iman

aku dan adik aku jumpa port letak hp untuk self timer.. apalagi, dapatlah amik gambar banyak juga..







iman kena paksa gambar




umi dan mak mertua adi a.k.a mak mariam





4 Syawal


Setakat time aku mengarang ni memang takde ke mana lagi.. pagi tadi aku keluar joging sat.. dah lain sangat dah tempat joging.. nampak sangat bertahun aku tak joging.. aku aim nak fit stamina.. aku cepat mengah, kalau dokong iman tu kejap je dah penat.. kawan aku suruh try freelatics.. nanti nak google.. 





Nampak tak rumah ke pondok belah kiri gambar.. dari dulu aku misteri rumah apa la tu



nampak tak kapal terbang atas picc.. dekat belah kiri.. macam dia berlepas dari picc kan



Hajat nak jalan (jalan bukan joging, memang tak salah tulis..hehe) sampai PICC.. tapi tak larat pula..





Habis cerita syawal setakat 4 syawal.. mari kita tengok ada sambungan ke tak cerita raya aku

No comments: