Assalamualaikum..
Hajat dihati nak update blog malam tadi, tapi aku berebut laptop dengan iman.. Berebut dengan iman siapa yang boleh menang kan.. Alhamdulillah raya kali ini kami beraya di sini.. tak pulang ke kampung sebab umi tak berapa kuat lagi nak travel jauh.. doa aku syawal ni ialah moga umi diberi kekuatan untuk travel oversea dengan aku.. haha, oversea terus.. over sangat..
Adik aku, aki dan diah raya Melaka tahun ni.. Diorang kebetulan plan nak balik Melaka pagi raya, jadi ada lah geng kami beraya bersama... Dapat raya dengan Iman lagi.. Iman malam raya tu tidur lambat, orang dah letih dia punya energy macam malam tu dah hari raya.. hehehe, pagi raya tu dia ngantuk lagi sebenarnya.. Kitorang pujuk mandi dengan Amber poli, terus bangun.. time nak pakai baju pun dia ngantuk, kitorang cakap pakai kasut raya dan spek hitam terus bangun nak pakai baju.. hahaha, kaki bergaya dah iman sekarang..
Kisahnya malam 30 Ramadhan masjid memang dah announce solat raya pukul 8.30 pagi.. dan keadaanya kami semua dah bangun awal, tapi part bersiap tu tetiba semua jadi lemah gemalai.. hahaha, umi aku dah risau dah.. sudahnya kami sampai masjid pukul 8.40 pagi diiringi dengan suara salam dari imam.. haha, masbuk pun tak sempat.. macam mimpi je time dengan imam bagi salam hehehe... takde rezeki kami nak jemaah.. aku cerita dekat kawan aku, dia kata memang standard la orang solat raya 8.30 pagi.. haha, kenapa aku tak ingat.. raya setahun sekali kan..
1st gambar lepas solat raya.. nampak tak diva kecik tu.. lepas setel solat aku baringkan dia.. melepek kejap..
Seronok sangat dia pakai baju macam princess.. pandai pula tu angkat kain time jalan.. bajunya panjang sikit.. manalah dia blaja kan..
Baba iman jumpa cari kitorang.. lama juga kitorang duduk masjid.. ila sedekah duit raya kat budak-budak.. iman sempat main taman 2 trip
Aku syok pergi masjid time raya.. celebrate syawal tu dah tentu.. sebab tambahan seronok ialah seronok usha baju orang.. oh ye, ada geng yang pakai bagu melayu lengkap siap dengan tengkolok.. aku cakap dekat ila kalau kita kata nak ambil gambar dia, dia marah tak.. ila kata takla, mesti dia bangga.. seronok aku tengok
Mama iman dan ibtisam dekat rumah.. ibtisam ialah nama panggilan aku nak bagi kat adik hanzolah sebab suka sangat senyum.. nama panggilan iman ialah Sabariah, hahahaha... sebab kitorang nak suruh dia banyak sabar.. hehehe
Time iman beli spek ni ila kata dia siap berangan depan cermin.. sampai sudah tak nak buka spek.. time raya pun sama.. habis kena gelak dengan sedara.. hehe, iman iman.. pandai pula tu tolak spek naik atas kepala.. observer sungguh budak-budak sekarang
Dekat pukul 10 baru kami beransur pulang.. kat rumah takde port cantik amik gambar.. rindu nak amik gambar kat tangga kampung.. rindu nak bergambar dengan geng gegirl dekat kampung.. =( Baca dekat status IG kak Inachik, Raya ialah dimana mak kita ada, terus terpujuk rasa rindu kampung.. Macam biasa rutin salam-salam mohon maaf tetap diteruskan juga..
cantikkan baju umi.. tudung umi adik aku maryam beli.. adi pilih color.. cantik juga.. dari dulu lagi aku rasa muka umi aku pakai tudung apa pun cantik.. ke aku bias hehehe.. mak sendiri kan.. of course lah yang paling cantik di mata kita..
Gambar tuan tanah salam-salam haruslah lebih sikit kan hehehe
Dah jadi lock skrin hp aku dah.. hehe.. lighting baik betul dekat area sini
Moga Allah terus rahmati umi.. Moga umi terus kuat semangat.. Jaga dia untuk aku Allah, engkau sebaik-baik penjaga.. rezekikan kami adik beradik untuk buat baik pada umi.. Terima kasih umi selalu buka hati untuk maafkan yana..
Aki salam lama gila.. adik aku kata dah macam salam time akad nikah.. hahahaha, over sangat semata nak bergambar..
aku cakap kat aki hensem plak dia raya tahun ni haha.. duit raya aku mana ki hehe..
Ila cantik dan baju cantik.. kena hilang 4-5kg baru boleh pinjam baju ila hehehe
Diah cantik macam Izzah.. hehe, umi aku pun cakap diah cantik.. diah punya baju sama konsep dengan ila.. warna lain, aku pun berkenan baju macam ni.. sebab bagi ilusi tinggi which is key component paling penting time aku pilih baju hehehe.. kalau jumpa baju macam tu hari-hari pakai pun aku suka..
Salam adik beradik pula.. Ila kata muka aki bercahaya.. hehehe
Diva tak nak salam raya.. dia tak tahu lagi nikmat duit raya agaknya.. hehehe
Family photo.. sini je port paling ok.. iman dah ok sikit mood, nak buat peace juga..
Zolah kena paksa bangun nak amik gambar.. hahaha, sian dia.. muka diah sebijik muka izzah dekat sini.. aku cakap dekat aki, untung kau dapat izzah.. aku kata diah yang rugi dapat aki.. aku cakap balik, bukan sama ke.. dia cakap tak.. haha, malas nak layan.. aku ingat soalan math je ko tak suka ki..
Adi dan maryam.. geng kajang.. adik aku mai tak raya lagi.. nanti aku update gambar raya dia bila dah ada..
Dah dapat gambar raya dari Mai.. Mai yang kanan tu
Food diorang lagi meriah dari food kat Malaysia daa..
Alkisahnya, time balik solat raya tetiba umi cakap jom kita raya Melaka nak, ikut raya kampung diah.. aku n ila of course on je kan.. takut umi penat, umi cakap umi ok je.. kalau tak nanti duk rumah tak buat apa tidur je plak.. impromptu plan sangat kan..
cik yong ikut diva balik kampung nenek..
Iman sekarang dah mahal senyum nak bergambar..
Adik zolah juga suka senyumm.. Ibtisam cik yong ni..
Umi dan ibu diah.. mak-mak lagi kecik dari aku.. malas nak heart feeling.. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami selamat dari jem.. seronok aku rasa perasaan balik kampung dekat.. hehehe, ibu diah ingat kitorang nak tidur sini.. best juga idea tu tapi sebab kitorang tak ready apa-apa kan.. insyaallah next time ibu..
Sebab kampung diah dekat dengan pantai, aku ajak aki singgah kejap.. lama tak jumpa pantai.. pantai ialah buah hati aku kot hehehehe
Diva dak tukar baju.. belengas dah dia.. tapi dia tahan je aku rasa kalau bagi pakai sampai petang pun.. feeling princess kan.. aku rasa iman dah faham maksud beauty is pain hehehe
aku pakai kasut tinggi pun tetap rendah dar ila.. ila pun pakai kasut tinggi juga.. berzaman dah aku tinggalkan heels.. gayat pun ada juga..
oh oh tudung aku beli dekat ck rahim.. kak yati yang kenalkan... kak yati yang nak cari tudung raya last-last aku yang lebih haha.. strategi kehendak ke keperluan tak berjaya lagi aku amalkan.. 10 hinggit je kot.. boleh beli lagi sebab best bentuk.. aku sekarang tiba-tiba masuk fasa gian shopping secara tiba-tiba.. shopping tudung pula tu.. aku pun tak faham.. adik aku cakap baik aku beli baju raya dari beli tudung.. aku cakap beli tudung baru boleh bagi effect macam pakai baju baru hehehehe.. aku siap terserempak dengan adik kawan aku.. terror betul aku cam orang sekarang..
Lepas balik dari Melaka hajatnya memang takde nak ke mana.. ayah aku kebetulan raya sini juga.. kitorang plan nak g time raya kedua.. time ila call, ila cakap ayah macam kecewa je kitorang tak pergi time 1st raya.. tukar plan, balik tu terus kami singgah rumah ayah pula..
Ayah dah siap pakai jersi dah hehe.. kitorang suruh tukar baju, ayah kata ni memang baju raya ayah.. hehe, tapi akhirnya ayah tukar juga.. bila dah tukar tu umangaihh.. macam pakai baju nak pergi umrah dah hahaha.. comel sangat, ayah sapela tu..
jadi home screen hp aku.. sorry la ak crop gambar ila hehehe
iman dah jadi strawberi bila malam.. adik zolah maintain cool... baik sangat zolah.. zolah soleh sampai dewasa ye.. Amin
geng single
geng couple.. hanzolah juga yang masuk semua geng hehehehe
gambar ni kelakar.. time nak amik gambar tetibe ayah cakap hai.. hahahahaha, ila dah almost nak tersembur dah hahaha ingat dulu time kitorang amik gambar lepas makan, ayah siap pegang perut cakap kenyangg.. hahaha ayah ayah
geng artis hehe
Alhamdulillah kami sampai rumah pukul 9.15 macam tu.. penat juga.. tapi happy.. aku rasa beraya kat kl lagi banyak tempat plak kitorang jalan.. mungkin sebab kalau dekat kampung kita lebih tunggu orang datang rumah kan.. hari raya kedua setakat ni takde plan yang sure lagi.. kita tengok kalau ada entry ke tak kan hehehe
No comments:
Post a Comment