Assalamualaikum..
Tajuk buku:Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu
Penulis:Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Muka Surat: 342
Harga: RM30
Rating: 9/10
Review buku kedua aku.. setelah yang terakhir 4 tahun lepas.. haha, lama sangat kan.. buku 1st yang aku buat review adalah penulis yang sama dengan buku kedua.. entah kenapa satu hari tu aku rasa bosan layan internet, terus belek-belek buku nak baca.. Lama dah aku beli buku ini, tapi baca separuh je hari tu.. eh ke separuh pun tak sampai..
Aku terasa lebih motivasi nak baca buku bila tengok kawan aku, Ain target seminggu satu buku.. wah menarik sangat idea tu, tapi time tu aku tak start lagi.. sekarang baru mula nak berjinak- jinak hehehe.. sebab ada geng exited maybe =D
aku baru baca balik review yang aku buat sebelum ini.. oo mak aihh, bahasa.. typo merata.. ok, start dari entry ini insyaallah aku nak try guna bahasa yang formal untuk ulasan buku.. kekok sangat dah lama tak menulis dalam bahasa Melayu yang sempurna.. teringin pula nak cari buku secangkir teh tu..
Mari kita mulakan, Bismillah..
Antara perkara yang menarik minat saya (aku tak berapa nak rasmi pula rasanya) untuk membaca buku ini ialah ketika di awal buku, penulis berkongsi bahawa ramai orang menyangka bahawa perjalanan hidup beliau adalah indah dan lancar. Sedangkan pelbagai ujian dan cabaran yang beliau hadapi tidak dikongsi kepada orang ramai. Jadi tujuan atau penceritaan buku ini adalah untuk berkongsi pengalaman hidup beliau yang penuh dengan warna-warni.. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini (oh Allah kekoknyeeee... mujahadah yana mujahahadah). Pertama kali saya mendengar atau membaca pernyataan seperti ini adalah dari blog atau instagram Vivy Yusof. Vivy menyatakan ramai orang seolah-olah menyangka hidup beliau sangat bahagia tanpa sebarang masalah, sedangkan beliau mengatakan bukan semua masalah hidup kita, kita kongsikan di laman sosial.. teringat kata-kata Ustaz Pahrol, hidup ini akan terasa hambar tanpa warna-warna ujian hidup..sejak saya membaca pernyataan dari Vivy, saya mula melihat hidup orang yang nampak bahagia sepanjang masa dengan pandangan yang lain.. Dia juga seperti saya yang punya masalah, punya ujian.. Terasa lebih berjiwa manusia.. Hidupkan memang untuk diuji..
Tauladan di penjara
Baiklah, antara perkara-perkara yang terkesan dihati saya ialah bila mana Ustaz Hasrizal menceritakan pengalaman beliau dipenjara kerana visanya tamat tempoh.. Mengikut perancangan ustaz, beliau akan pulang ke Malaysia dua hari selepas visanya tamat.. Walaubagaimanapun, beliau telah ditahan semasa bas yang beliau naiki diperiksa oleh pihak berkuasa tempatan.. Saat saya membaca beliau di penjara, saya rasa sunggu tersentak.. PENJARA? Tambahan pula di LUAR NEGARA.. Subhanallah, tak terbayang rasanya bagaimana sekiranya saya yang berada di tempat beliau.. Mungkin nanar dan hilang arah tujuan.. terasa seperti bermimpi.. Menangis juga saya bila membaca perkongisan beliau tentang perasaan beliau ketika itu.. benarlah, orang hebat-hebat lebih hebat ujian dariNya.. Terasa kerdil sungguh ujian yang saya alami.. Apa sangatlah ujian kena marah dengan majikan, apa sangatlah ujian putus bercinta, apa sangatlah wahai Norliyana.. Teringat juga kata Ustaz Pahrol (saya peminat setia beliau), cara untuk kecilkan masalah adalah dengan membesarkan hati.. Subhanaallah..
Selain dari luahan hati penulis saat di penjara, antara yang menarik perhatian saya juga adalah akhlak dan adab pegawai penjara.. Mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik yang selayaknya untuk manusia walaupun kepada seorang tahanan..Subhanallah, indah sungguh akhlak.. Malah, Ustaz Hasrizal juga menceritakan pegawai penguatkuasa yang menahan beliau semasa dalam bas telah datang berjumpa dengan beliau sebelum beliau dihantar pulang ke Malaysia.. Ya Allah, rendahnya akhlak saya jika hendak dibandingkan dengan mereka.. Saat kita merasa diri dipihak benar, saat kita merasakan kita menjalankan tugas, sanggupkah kita untuk menyantuni pihak yang salah,sanggupkah kita untuk memohon maaf kepada mereka yang salah.. Saya secara peribadi merasakan saya tidak punya kekuatan itu.. terasa jatuh ego, terasa hancur keyakinan bahawa saya telah menjalankan tugas dengan baik kononnya. Saat kita berasa kita baik dari orang lain, maka saat itu adalah saat kehancuran kita.. seperti mana iblis merasakan dirinya lebih baik dari Adam
Pengalaman beliau menjadi Minister of Religion di Belfast Islamic Centre
Ini merupakan antara bahagian menarik yang membuatkan saya untuk baca dan terus baca.. Antara yang saya ingat tentang bagaimana penulis menceritakan pengalaman menguruskan anak-anak disitu.. Anak-anak dibawa ke zoo, ada antara anak-anak disitu yang berkata kepada beruk/ gorila, "tengok itu moyang kita".. Hampir tersedak saya bila membaca.. mencabar sungguh untuk mendidik anak-anak disana.. Anak-anak yang aktif dan gemar berlari di dalam masjid.. Bagaimana beliau santuni anak-anak ini.. Terlalu keras mungkin akan menyebabkan anak-anak ini lari, terlalu lembut pula bagaiman elemen didikan dapat diserap.. Menarik, memandangkan saya juga gemar dengan anak-anak kecil..
Antara lain ialah bagaimana ustaz hasrizal boleh berkomunikasi dengan paderi kristian.. ayat beliau yang terkesan dihati ialah "titik persamaan dikembangkan, titik perbezaan dihindari".. Kursus Comparative Religion yang saya pergi sebelum ini juga turut menekankan perkara yang sama.. Antara pengalaman beliau yang lain ialah pengalaman menguruskan jenazah anak kecil yang melibatkan perkahwinan Islam dan Kristian, Beliau mensolatkan jenazah atas jemputan ibu anak kecil itu yang beragama kristian.. Banyak lagi yang lain-lain yang sangat berbaloi untuk dibaca
Cabaran menghabiskan pengajian..
Ustaz hasrizal menceritakan bagaimana cabaran yang dihadapi beliau bermula dengan ujian biasiswa ditarik sehingga kepada cabaran menghabiskan pengajian dengan hafazan sebanyak 6 juzuk Quran.. Beliau telah menamatkan kelas pengajian, hanya tinggal hafazan sahaja. Setelah tiga tahun mencuba untuk menghabiskan hafazan alhamdulillah beliau berjaya bergraduan. Beliau berjaya bergraduanselepas lapan tahun pengajian.. Sekali lagi, saya merasakan cabaran saya dahulu semasa hendak menamatkan pengajian amat kecil berbanding beliau.. Saya lewat bergraduan atas kelemahan sikap saya sendiri, sedangkan beliau menghadapi ujian-ujian yang tidak dikawal.. terasa saya semakin mengecil dan mengecil.. Benarlah kata-kata (maaf saya tidak tahu dari mana ayat ini dipetik), untuk merasa bersyukur, lihatlah orang lebih hebat diuji. Insyaallah hati akan menjadi sedikit lembut dari berkeluh kesah..
Selepas habis membaca buku ini, saya berhajat untuk mencari buku beliau yang bertajuk DATARAN SYAM: RINDU BAU POHON TIN.. jenis saya ialah apabila saya minat dengan gaya penulis,saya akan lebih cenderung untuk membaca karyanya yang lain.. kerana cara penulisannya telah masuk dengan jiwa saya.. Saya juga bercita-cita untuk hadir ke kelas/ ceramah yang dianjurkan ustaz. Moga Allah lorongkan dan rezekikan saya ke arah itu amin..
No comments:
Post a Comment