Assalamualaikum
Lemau sangat aku hari ni.. sikit lagi na, sikit lagi gear Ramadhan nak habis.. sayang sangat kalau malam-malam akhir ni aku sia-siakan..
Aku perasan akhir-akhir ni aku selalu emo pasal family.. faktor umur mungkin.. dulu-dulu, aku sangat kaki memberontak.. kalau ada yang sekat, confirm aku tak puas hati.. jiwa muda, jiwa tengah kacau.. aku pula duduk dengan famili, lagila rasa disekat-sekat time. tu.. buat adik-adik dekat luar sana especially adik-adik aku, jiwa memberontak tu normal.. jiwa remaja kan.. lagi disekat lagi kita nak buat, tapi ingat kena control.. family sahaja yang kita ada tanpa judge kita (of course we have Allah, yang aku maksudkan dari kalangan manusia), kita baik diorang terima kita buruk pun diorang terima.. saat kita sedih diorang tak pernah tinggalkan kita.. ingat tau, appreciate them.. Aku bersyukur sekarang bila fikir hikmah aku duduk dengan famili, kalau duduk sendiri agaknye tak jadi orang dah haha..
Aritu ayah aku cerita dia tengah exited menanam pokok dekat area rumah dia.. Depan rumah ayah aku macam ada tanah lapang, sebelum ni aku perasan memang ayah aku ada tanam sikit-sikit.. sekali dengan bela ayam.. ayah aku cakap ni dia dah bersihkan habis kawasan situ.. wah semangat betul ayah aku hehe.. weekend lepas beria ayah aku cerita dia racun rumput-rumput semua.. siap guna spray dan pakai tong macam beg tu haha.. ayah-ayah.. ayah aku cerita, time dia pergi buka puasa dekat rumah siapa tah, ada buah pulasan.. besar-besar.. ayah aku kata orang tu beli anak pokok dekat MARDI.. ayah aku tanya dekat tak na.. Dekat je MARDI dengan tempat aku kerja, tapi aku beli anak pokok? Aku? haha.. aku bukan tau sangat pasal pokok kan.. tapi eden torai je la.. tak sampai hati nak cakap tak reti.. bukan selalu ayah aku minta tolong kan..
Kedai anak pokok mardi nama BB Shoppe kot, nak pergi dia kena masuk lalu kawasan pintu MAEPS.. lepas tu korang terus je, memang ada signage, insyaallah tak sesat.. bila sampai orang MARDI kata dah takde stok dah pulasan, anak pokok tu dia amik dari stesen lain, dan mungkin makan tahun juga katanya nak ada stok hehehe, takde rezeki ayah aku.. aku dah tulis nama, bila ada stok insyaallah dia call katanya.. sudahnya ayah aku kirim pokok quinin, mangga harum manis dan rambutan anak sekolah.. 3,3 dan 2 pokok.. haha, banyak sangat ayah aku nak beli.. ayah aku kata memang luas kawasan situ.. Dia dah clearkan, tinggal nak tanam je.. Aku cakap kat orang jual tu macam mana saya nak pilih, last-last dia yang tolong pilihkan.. haha, aku rasa anak-anak ayah aku takde menurun suka menanam.. suka bela binatang.. ayah aku bela ayam dan burung, ikan pun ada.. kalau tengok national geographic tu umangaihh memang ayah aku semangat.. siap dengan bunyi-bunyi lagi hehehe
Aku cari juga dekat UPM, tapi takde juga pulasan.. Dekat UPM aku beli pokok durian D168.. musang king ada juga tapi ayah aku kata dia da ada.. Time aku hantar anak pokok dekat ayah aku, ayah aku cakap tak sabarnya ayah nak balik, gali lubang nak tanam hahaha.. dah tau dah sifat exited aku menurun dari siapa.. hehe, bila ayah aku cakap macam tu aku rasa sayu sangat kot.. aku rasa aku bukan anak yang baik.. banyak kebajikan ayah yang aku tak jaga.. Perasaan aku time tengok ayah aku seronok ialah priceless.. Terima kasih Allah buat ayah happy, moga Allah terus rezekikan kita semua untuk terus buat baik pada mak ayah kita selagi diorang ada kan..
Aku macam ada rasa nak g kebun ayah aku juga, kalau aku pergi insyaallah aku share gambar..
Cerita umi aku pula.. Sejak umi aku tak berapa sihat, umi aku agak cool dan rilex rilex je kalau bercerita.. satu petang, adik aku mai call.. diorang borak pasal cari calon pasangan apa semua, time tu beria-ria umi aku gelak.. Subhanallah, seronok sangat aku rasa.. habis semua cerita lelaki tua la hapela keluar.. yang klakar bila mai cerita, umi aku cakap kesian mai.. hahahaha, comel kot.. sama juga dengan situasi ayah aku, mula-mula aku rasa seronok.. lepas tu aku mula rasa sayu.. hahahaha, nampak tak aku ni jenis drama air mata sangat.. hahaha, sayu sebab dah lama tak dengar umi aku gelak macam tu.. Rindu untuk tengok umi aku happy macam dulu.. yela, umi aku pun mungkin tengah struggle untuk nak adjust dengan keadaan dia kan.. hehe, sama juga macam yang aku harapkan untuk ayah aku.. moga aku dan adik-adik direzekikan untuk buat baik kepada umi aku..
Thank you Allah selalu bagi aku peluang.. Thank you Allah selalu baik dengan aku.. Thank you Allah sebab tak pernah tinggalkan aku sendiri.. Alhamdulillah
Kasihanilah mereka Ya Allah sebagaimana mereka mengasihaniku semasa aku kecil.. bahagiakan mereka, kurniakan mereka kelapangan hati.. Mereka sangat baik dengan aku.. terima kasih atas priceless gift ini Allah
Ehem.. comel kan aku.. haha, 1st birthsday aku kira.. tak sangka aku celebrate birthday time kecik-kecik dulu..
No comments:
Post a Comment