Jun 8, 2020

Japan Solo Exploration: Day 5- Fushimi Inari Shrine

Assalamualaikum..

Pagi hari kelima.. hari terakhir aku.. untuk makluman, tiket air asia dari osaka ke Malaysia hanya ada 1 option sahaja iaitu malam jam 10.. lepas covid19 ni tak tahu jadual tukar ke tak.. mungkin for certain orang, hari last day ialah hari santai-santai je.. tapi since aku plan journey 5 hari 4 malam, wchich kena tolak sehari hari perjalanan, tinggal 4 hari full je di jepun.. maka setiap masa yang ada aku kena spend wisely.. memang 5 hari 4 malam tak cukup untuk trip ke negara jauh.. rugi juga sebenarnya sebab tak cost effective hehe.. tapi aku cuak bos tak lulus cuti.. tu amik pendek je cutinya.. yeah, but everything happenned must have reasons kan.. Allah beri aku 4 hari, then kita bersyukur dengan 4 hari di jepun..alhamdulillah

aku dah tanya owner, at least pukul berapa aku kena gerak ke osaka.. dia kata paling lambat 3 petang.. so aku ada 5 jam untuk sampai airport.. dekat airport aku aim cantiknya pukul 8 malam tu dah selesai la kan semua perkara.. dia advise juga keluar pagi hari.. aku bagi target tempat nak pergi.. aku aim hari ni nak ke Fushimi Inari Shrine, higashiyama bamboo forest dan Gion District.. aku minta advice mana dulu.. then dia kata better ke fushimi sebab fushimi ni awal pagi pun dah buka.. so lets start our journey.. aku keluar rumah sebelum pukul 7 pagi.. barang dah siap kemas semua, nanti dia tolong bawa turun.. eh aku tak share lagi ek video kecuraman tangga.. mana agaknya videonya.. tak jumpa pulak bila aku cari balik


alhamdulillah elok je aku keluar dari rumah aku, Allah gave me another present to be grateful.. salji uolssss masyaAllah.. betulla orang kata, when you expect the least, you got the real pleasure..  sebab aku plan nak main salji dekat Shiga je.. we plan, but Allah is definitely the best planner after all.. Subhanallah.. macam mimpi aku rasa.. rasa macam aku heroin dalam cite korea hahaha.. dalam cerita korea kan banyak scenen feeling salji turun



the moment that i amaze.. walaupun suara serak bangun tidur.. subahanallah, alhamdulillah.. 


clear view sikit part snow.. aku masih dihantui oleh ayat asri macam hujan je snow.. so mula-mula aku tengok balik video ni aku terbayang hujan.. haha bila jatuh dekat tangan,barula nampak salji.. dekat group RTJ ramai share days after aku balik malaysia salji makin lebat.. syok.. rezeki..



snow lebih jelas bila hari makin cerah.. apoo cakap korea dekat jepun.. cantik apa ek jepun.. aku tau kawaiii je hehehe.. and guess what, i chose to wear the most thin jacket dalam 4 hari aku dekat jepun.. hahaha.. nak tukar memang tak leh dah.. beg aku tu tahap apa dah kembungnya aku packing.. kalau buka nak repack balik dah ambil masa.. so iols redah



aku tak ingat amik train apa.. tapi no worries.. insyaAllah directionnya mudah.. train ni agak klasik kan.. seat dia ada heater macam biasa


nampak kan kereta diliputi salji.. aku ada beli payung dengan heat pad time dekat first station train..  aku bawa kot payung tapi last day juga yang aku tinggal dalam beg.. hahaha.. takpo, ada rejeki payung jepun.. heat pad time ni aku beli 2 je.. heat pad ada yang jenis pegang, and jenis sticker.. pandangan aku better beli yang stiker.. lebih rasa panas sebab lekat dekat baju.. habis semua tempat aku letak.. lengan, tangan, kaki, dalam poket.. aku kira aritu ada dalam 12 heat pad aku pakai hahaha.. membantu la weh sebab time ni bila salji, angin dia memang sampai ke tulang.. nak beli tu, boleh tanya kedai.. kisahnya time aku beli mula-mula, aku nak yang style pegang, tapi dapat style lekat.. the next time pulak, nak beli yang lekat, aku dapat yang style pegang hahaha.. sudahnya kali ketiga aku beli, aku tanya orang kedai mana satu yang lekat..tanya dengan gaya bdan je haha.. ada beza, boleh tengok dekat plastiknya.. aku banyak beli heat pad ni dekat convenience store yang dekat train.. insyaAllah jumpa..


arrived.. snow makin jelas kan.. nampak atas kereta tu.. dari train nak ke shrine ni alhamdulullah mudah.. ada direction.. kalau tak sure, macam biasa follow the crowds hehehe.. nampak orang dah ada kan.. tapi tak meriah lagi.. kedai pun banyak tak buka lagi



some kedai dah start setting up.. perasan tak bawah setiap kedai tu ada alas biru.. aku syak untuk kebersihan.. kalau barang tumpah or jatuh, tak kena jalan direct.. kalau itu tujuannya, salute.. good things kita ambil la kan value nya


makin dekat dengan shrine, dah ada beberapa kedai yang dah buka.. ada je food dekat sini kita boleh makan.. tapi aku tak study.. aku memang aim nak makan makanan jepun dekat airport.. hehehe aku bukan pengembara yang enjoy tasting local food.. aku punya aim dapat rasa sekali dah ok.. different preference.. itu yang make human unik kan




some of the view.. aku pakai baju paling nipis dan it snow.. reality hit me.. hehe.. baju aku ni beli dekat shopee.. kalau kot merah ila punya yang aku pakai dekat osaka castle tu tebal.. shopee ni nasib-nasib aku kira..


the map.. besar kawasan shrine


sambung jalan lagi.. aku tertarik dengan kedai souvenir yang dah buka.. bukan satu misteri lagi kan hehe


teringat anjing apa tu yang dekat crosswalk tokyo..  ok google, hachiko.. yang kertas putih tu mungkin wishes/ prayer yang orang letak


aku terus ke belah kanan.. belah kiri tak salah aku temple..


belakang aku tu kedai juga tapi tak buka lagi.. aku tumpang letak barang.. last day ni aku tak pakai backpack.. sebab rasa nak free and easy.. aku bawa beg yang pegang dekat tangan.. mostly makanan dalam tu.. 


uuu salji.. ada audio guide.. aku nak tengok scenary je.. tak dan.. next time pergi insyaAllah boleh more santai.. moga Allah rezeki lagi aku ke kyoto.. i want to really have a rilex and ample time there..sama-sama amin kan.. amin




ni kawasan entrance pintu shrine panjang-panjang gini.. besarrrr weh.. setiap gate ni ada nama donor dia.. details as below.. macam ayat paper dah aku rasa hehe

At the very back of the shrine's main grounds is the entrance to the torii gate-covered hiking trail, which starts with two dense, parallel rows of gates called Senbon Torii ("thousands of torii gates"). The torii gates along the entire trail are donations by individuals and companies, and you will find the donator's name and the date of the donation inscribed on the back of each gate. The cost starts around 400,000 yen for a small sized gate and increases to over one million yen for a large gate.


inside the shrine.. hujung-hujung tu aku baru perasan nama-nama penyumbang ialah arah bertentangan


view yang betul.. crowd tak ramai lagi.. bolehla ada masa aku setting tripod bagai.. time ni aku jumpa geng tripod yang professional.. meaning is kamera gabak tu.. depa set tripod juga tapi untuk ambil view je.. haha.. aku je yang set tripod untuk gambar aku.. nampak beno bezanya kan hehehe







best kan bila takde orang.. so pergila awal pagi.. yang bamboo tu pun orang kata cantik kalau awal pagi bila orang tak ramai.. tapi location aku lebih dekat dengan inari, kita ikut advice local..


aku jalan sampai sini je.. tak sampai 5 minit.. akan ada intersection gini.. yang bezakan jalan masuk dan keluar..




ni belah jalan keluar aku syak.. cantik kan cantik.. besar benda ni.. kalau pandai cari angle mesti lagi smart kan



aku syak bahagian sini murah sikit caj tiang dia sebab lepas kecil dan dekat-dekat compared to main entrance


going back.. aku tak spend lama masa dekat sini.. masih within planning time aku.. travel sendiri kena remind selalu tentang masa.. nampak orang pakai baju tebal-tebal tu mesti nak panjat sampai atas.. jalan actually.. rasa nak pinjam je baju dia hehe.. aku baca kalau sampai ke puncak, ambil masa 3 jam.. terus terbayang pengalaman tiger cave aku.. N.G.E.R.I .. haha


the last one inside the side walk..





mula-mula aku ingat nak beli yang ni untuk souvenir.. tapi yang ni tak boleh tegak.. plus ramai gile orang beratur.. yang ni macam guna untuk tulis doa.. aku boleh guna untuk tulis ucapan.. tapi tu la.. orang ramai.. aku terus aim kedai souvenir tadi




best kedai ni.. dapatlah aku cari souvenir lagi.. aku rasa price dia ok.. aku tak ingat aku compare dengan kedai yang mana.. kalau korang pergi naik ferris wheel tu, orang kata situ banyak souvenir murah.. aku tak dan nak pergi time dekat osaka..


last tour view sebelum bergerak ke lokasi berikutnya.. kalau tak pakai mask ni mesti banyak aku cakap.. sedangkan dekat dalam laut time di krabi pun aku gigih nak cakap juga.. hehehe..





Temizu (washing hands with water)
At shrines, impurity is the most detested thing, so it's important to first purify oneself with the temizu. The temizu water fountain is thought of as a shortened version of ablutions performed in a river or in the sea.



aku ikut je direction nak ke train.. ada 2 train tak salah aku.. aku lupa la.. tapi aku dah study la kalau nak ke bamboo tu train apa.. aku jumpa gate besar gini.. aku tak masuk dari entrance ni sebelum ni..



kebanyakan yang datang akan bawa pokok.. aku tak pasti untuk apa









yang warna oren tu JR stesen untuk inari.. cantik kan.. datang tadi aku tak naik ni.. belah kanan station tu ada convenience store.. aku topup heat pad aku dekat sini.. beli makanan juga tak salah aku.. lapaq dah.. eh ke aku tak beli.. bekal aku banyak gile.. malam sebelum tu shopping macam hape hehe


ni pintu first kita jumpa bila naik JR


Next place, please.. till then

No comments: