May 23, 2020

Japan Solo Exploration: Day 4- Riding a bike around Kyoto

Assalamualaikum,

Finale Ramadhan hari ni kan.. aku ada macam-macam rasa dalam hati.. aku personally rasa hikmah pkp terbesar bagi aku adalah adanya banyak masa untuk raikan Ramadhan.. walaupun banyak juga buang masa, terasala kebebasan masa Ramadhan kali ni berbanding sebelum ni.. moga kita keluar dari Ramadhan dengan mendapat rahmat dan pengampunan dari Allah.. moga kita semua berjodoh dengan Ramadhan yang akan datang, Amin..

ok, hajat di hati aku nak buat entry snow NZ.. back to back cerita salji kononnya.. tapi malas betul nak upload gambar yang dari kamera kak neen sebab dalam hard disk.. kalau tak masukkan rugi.. jadi marilah kita sambung mengarang entry japan.. 

selepas settle hajat main salji dan sampai di guesthouse aku, aku terus sewa basikal.. kekdahnya basikal tu tinggi betul.. alaa lupa dah nama wife owner..nasib dia kata boleh adjust sebab dia boleh je naik basikal tu.. so aku lega, maklumla.. den tinggi hehe.. murah je sewa dengan hotel or hostel korang duduk.. 500 yen untuk sehari..  aku refresh kejap dekat bilik, tulis poskad then terus keluar..



jumpa.. alhamdulillah selamat dah sampai poskadnya.. dah siap tepek dekat dinding..


basikal yang aku sewa.. kalau ikutkan aku sewa dah petang, so tak cukup sehari pun.. kalau korang pandai deal aku rasa boleh je adjust kasi kurang


kasut baru beli semalam.. putih lagi.. la ni da comot sikit


aku tak sure ni apa.. besarla tapinya.. mesti ada reason kenapa aku amikkan.. under construction time ni


cubaan amibil gambar letak atas peti pos.. aku bawa tripod tapi biasala malas nak setting sebab naik basikal kan..



ni yang sukses sikit la.. aku sebenarnya takde tujuan pun petang ni nak ke mana.. aku tanya owner kalau ada any shrine buka yang dekat dengan rumah.. owner maklumkan kalau petang banyak dah tutup.. so aku pun main bawa je basikal.. nampak signage yang macam tourist attraction aku follow.. sebolehnya aku pilih tempat yang jalan straight je.. kalau belok pun 1 2 je.. sebab aku fail bab ingat jalan.. aku bawa je portable wifi.. tapi tak nak amik risiko.. ingat aku merapu time dekat korea.. yang tu teruk betul sebab takde internet..


aku syak aku amik gambar ni sebab ada word patent


korang boleh ikut je sign ni kalau tak tahu nak ke mana.. remember aku balik dah pukul 3 petang.. nak pusing real attraction kyoto memang tak sempat.. so ni just nak chill around.. maybe sebab ni aku jatuh hati dengan kyoto.. aku tak rushing..


tenang.. tapi ada itik


jumpa pintu gerbang shrine.. besar juga.. aku tak masuk pun.. dari luar aje.. pintu ni trademark shrine jepun kan..



aku lupa ni apa.. library ke ek.. aku cuba nak ambil gambar.. tapi tak cantik



sudahnya basikal yang banyak represent aku dalam gambar hehe.. #bukangambargoogle


ini ialah dekat kawasan shrine.. baru habis waktu melawat rasanya.. kedai-kedai tepi jalan banyak dah tutup.. bukan rejeki aku nak p tengok depa jual apa.. hehe.. aim asik nak membeli je kejenya



dekat kawasan shrine tadi, aku jumpa area taman.. duduk lepak situ kejap.. tengok orang..


nampak kan basikal banyak-banyak tu.. ada budak lelaki main bola.. hebat betul.. aku ketaq sejuk dah.. depa boleh exercise.. dia sama macam konsep kita pakai baju lengan panjang tebal dekat malaysia.. kita tak panas, orang yang tengok rasa panas.. eh lain macam pulak kan bunyinye hehe


aku tak pasti ni kawasan apa.. theatre kan dia tulis.. aku masuk dalam bangunan tu.. ada kedai buku, ada starbucks.. aku tak explore ke belah dalam lagi




disebabkan aku nak masuk dalam bangunan, basikal wajib parking.. owner dah warning tak boleh tinggal merata.. dia dah ajar siap-siap cara kunci.. 


lebih kurang RM18.. sama kan dengan harga Malaysia..


aku bukan orang starbucks.. tapi sebab ni je yang aku yakin minum, dan teringin nak air panas.. aku redah.. plus dah belajar minum dekat NZ.. amboi na.. hehe.. ceq budak kampung.. tak pandai minum air mahal.. kekdahnya aku ingat air aku order tu panas, sekali ice blended uols.. memang kejungla rasa minum sejuk-sejuk lepas tu feeling duduk luar.. hehe.. tapi seronok tengok view.. kalau duduk dalam kedai rasa terkurung.. bila dah mula malam, aku gerak menuju ke guesthouse den.. 


next mission aku ialah explore mart.. macam-macam jenis aku masuk.. nak cari benda yang nak bawa balik.. dan cari bekalan makan malam aku.. nampak tak botol hijau tu, aku minum green tea dia yang serbuk punya.. syok jumpa yang botol gini


antara tempat duduk belah luar.. terus teringat selalu tengok dalam cite korea.. tak tau jepun pun ada juga


dulu ada ashtray dekat sini agaknya kan




suasana malam.. #nakupgradehp #semuapunnak


time aku hunting mart tu, aku saje bawa basikal jauh.. then sampai ke kawasan sini.. meriah uols.. aku syak sinila Gion Strict tu.. aku tak surela tapinya.. aku tak explore ke dalam pun sebab aku dengan basikal.. situ ramai gile orang.. basikal pun aku banyak sorong je.. malam ahad time ni..


lepak makan dalam mart.. aku suka aktiviti leisure gini.. walaupun nampak simple, pada aku bermakna la..


aku sampai guesthouse dalam 7.30 malam.. nampak cerah kan.. tu lampu dekat alley kawasan kedai.. kalau dalam bilik aku pun nampak terang.. ada je blind, tapi aku suka cerah (aka penakut).. aku kena kemas baju malam ni.. esok nak jalan kyoto dan balik malaysia.. rushingla kan bunyinya.. takpe, pengalaman mengajar kita..


struggle weh nak kemas barang.. time kemas ni aku perasan beg biru yang aku angkut biskut kapal koyak dah.. aku kan banyak seret.. alhamdulillah tak terburai.. last day story to be continue.. Salam syawal uolls.. 

May 12, 2020

Japan Solo Exploration: Day 4- Biwako Valley Snowshoe Zipline Adventure

Assalamualaikum..

Ok, sambung entry snow.. lepas badan dah cukup panas.. aku pun keluar balik dari kedai makan.. sebelum ni time pagi sikit aku ada usha satu kaunter ni.. dah survey-survey la.. mari kita tengok, yang pasti aku bukan beli barang la..


nampak tak khemah dekat hujung video.. khemah tu offer buat zipline.. harga asal 5,000 yen.. harga promo 2,500 yen.. lebih kurang RM100.. aku copy balik apa yang aku share dekat group RTJ.. benda baik kenala kongsi kan

Biwako Valley Snowshoe Zipline Adventure- Sangat berbaloi untuk cuba. Harga diskaun dari 5,000 yen kepada 2,500 yen untuk tiga track zipline (harga mungkin semasa snow sahaja) termasuk kelengkapan. Macam saya tadi,kasut dan seluar tak kalis air, depa bagi pakai depa punya free of charge. Ada 3 stage, bermula dengan stage senang untuk hilangkan geli-geli gayat. Bila dah lepas stage 1, bertambah teruja untuk stage seterusnya. Stage terakhir paling panjang, 160m kalau tak salah.

Serius rasa berbaloi dengan pemandangan yang menusuk kalbu betul. Guide bagitahu kalau time summer cantik sebab nampak tasik dan cerah, saya personally of course suka snow. Guide 2 orang, sangat baik dan faham kita yang penat mendaki. Boleh bawa kamera handphone dan mereka akan tolong ambilkan gambar dan video. Macam tak percaya dapat enjoy dengan harga yang murah sangat.


Total perjalanan dalam sejam setengah ke 2 jam.. so lepas timbang tolak, aku decide nak cuba.. kejap je pun aku timbang tolak tu.. sebab aku fikir takde nak buat apa pun dekat luar.. lain macam aktif dia bila sorang ni.. hehe hai mi.. time ni belum pukul 12.. dia kata zipline ni setiap sejam ada.. aku takde gambar pulak bila dah dekat kaunter tu.. so dekat pukul 12 tu aku terus ke kaunter dalam.. first sekali kita kena letak semua barang dekat locker, ada bayaran tak salah aku.. then dia akan check baju kita sesuai ke tak.. macam aku, baju dah tebal (thanks kak siti.. besar jasa kak siti dekat NZ membawa ke jepun), seluar aku pakai jeans.. hehe.. apo main salji pakai jeans kan.. kasut aku pun dia kata tak cukup kalis air.. depa bagi kasut depa.. lepas attire complete, dia akan bagi briefing.. ada 2 guide, satu boleh sikit english.. satu tak boleh langsung.. dua-dua friendly.. sorang guide tu ada translator device juga.. time briefing dia explain equipment, perjalanan dan lain-lain.. aku cuak part jalan jauh tu.. we will see.. settle briefing, kitorang terus keluar mulakan perjalanan..



mula-mula jalan, kita pakai kasut snow biasa je.. bila snow makin tebal, kena pakai benda alah ni.. aku tak tahu nama.. kasut besar yang mudahkan kita jalan dalam snow.. mula aku jalan secara kaki angkat.. berat weh.. bila jalan macam biasa baru beban tu kurang.. bila time tak perlu pakai, diorang yang tolong pegangkan.. baikkan..



sebelah tu orang main snowboard.. syok betul sebab dapat lalu dekat tempat orang yang naik lift.. zipline ni akan lalu area orang main ski.. diorang pun pelik tengok kitorang sebab attire pelik.. bila aku tanya guide ni trip diorang keberapa, katanya yang pertama untuk hari ni.. hehe aku tak tahu adakah aku bagi extra kerja pada diorang.. diorang baik gile weh.. ikut je pace aku.. aku panjang tangga sikit pun semput, ini pulak naik bukit tinggi dengan kasut berat, dengan sejuk lagi.. so no worries kalau korang kaki pancit macam aku juga..



gambar kelabu sebab dari dalam hp case.. oh ye, hp case pun guna dia punya.. memang tebal.. 

tadi aku kata ada 3 track kan.. so track first ni paling senang.. aku cuba rekod video macam aku buat dekat NZ.. alkisahnya aku pergi setting terbalik.. hp case tu kan kita gantung dekat leher.. so bila aku letak bawah, aku salah bajet posisi hp tu.. dah jadi kamera hp mengadap badan aku.. susah plak nak explain.. aku up la videonya.. mula-mula draft entry tadi macam malas nak upload..


ni la videonya.. kecewa juga aku time tengok balik.. rasa nak gelak pun ada haha.. apooo.. kenangan betul


kitorang gerak terus ke track kedua.. view ni time nak masuk track kedua.. aku rasa Allah banyak tolong aku time ni.. aku tak sangka boleh masuk kawasan sini sebab nak p sini kena bayar lift charge dalam 3,000 yen.. thank you so much Allah, alhamdulillah


dah start kawasan takde orang.. snow makin dalam


kisahnya aku nak ambil view pokok belakang tu.. guide tu amik gambar snow je.. haha.. jadila kan.. nampak kan snow tu dalam.. gigih nak berjalan




another stunnig view.. topi senget pun ada ade hal


ni diorang la suh pose gini.. aku ikut je.. time 2nd track, diorang akan suruh kita pasang sendiri perkakas kuning.. gile ke hape aku rasa time tu.. eh bulan puasa kan.. hehe.. maksudnya seriusla suh aku buat.. nyawa aku kot.. tapi bagus jugala sebenarnya.. takdela kita tak tahu apa-apa kan.. yang penting lepas kita buat, dia akan check balik


untuk sesi ketiga, nasib baik guide tu dia offer nak rekod.. kalau tak semua video aku turun zipline dengar suara je hahahaha.. oh ye, time kita turun ni, biasa 1 guide akan turun dulu, then aku, then guide kedua.. how safe is that kan.. track 3 ni ada 2 tali zipline, so aku dan guide kedua turun sekali.. kalau pakwe dah boleh suwit-suwit dah time ni haha 

alhamdulillah, seronok gile weh.. memang rasa berbaloi-baloi la naik ni.. dengar mamat tu sebut yana yana.. haha.. aku macam biasa tak pandai control badan.. nak tergelongsor balik.. ada dekat hujung video sebelum aku potong tu dia membebel dekat kawan dia.. tapi bebel jepun kan sounds so comel.. eh haha.. tapi betulla..


ni ialah dekat kawasan lepas aku turun.. speechless betul aku tengok.. ni salji tak lebat sangat.. kalau lebat ni.. masyaAllah.. super cantik.. sini kawasan summer camp.. patutla ada macam-macam mainan..



kami lepak kejap dekat area sini.. yang belah kanan tu boleh english.. pernah pergi malaysia.. bila fikir balik, sebenarnya cuak juga naik ni sorang.. bukan cuak part naik, cuak part perjalanan tu.. sebab kawasan aku lalu memang banyak yang sunyi.. alhamdulillah all is well.. hi mi.. eh umi aku macam dah tak baca blog je sekarang.. hehe 

settle track 3 ni, nak balik ke pangkal jalan.. oh mak aihh, gile tinggi kena daki weh.. hoihh tahap penat dia tu.. orang tu siap tolak aku dari belakang haha.. aku minta rehat, dia kata depan sikit.. sebab cerun dia boleh tahan jugala tinggi.. gambar takde.. penat nak mati dah time ni aku.. 


Alhamdulillah settle journey ride aku.. serius aku recommend sangat.. kalau cukup bajet tryla, lagi-lagi time salji.. asia kan suka salji..settle pulang barang semua, aku nak g minum air lagi.. itu je yang boleh.. jumpa cafe lain yang mengadap tasik.. aku ingat tutup sebab tengok dari luar macam tutup.. rupanya nak masuk dia tu ialah dekat area nak main zipline tadi.. cafe ni yang bestnya air ialah free refill.. seronok gile rasa.. air panas semua sama harga


alhamdulillah aku dapat view mengadap tingkap.. cafe first tu tingkap juga.. tapi tak nampak apa.. yang ni dah tengahari, cerah banyak dah



how i miss this moment and view.. feeling habis..insyaAllah, i will be back.. abang aritu ada cakap kalau pergi salji abang tak nangis dah.. hehe.. kesian dia tak sempat menikmati.. nanti cik yong kumpul duit ye abang.. aku dah suruh dia doa selalu.. aku main zombi pun dia doakan bagi menang.. aduh rindu betul si kecik tu




layan kan.. aduhh.. jepun feels homey.. serius weh..



guide naik zipline tadi..


siap ada buat snowman lagi budak-budak ni



mesin pilih menu.. nampak kan air panas free refill


ni kawasan aku buat zipline tadi.. kalau dia ada official photog pun best kan.. confirm aku beli gambar


settle minum, aku keluar dekat area lakeview.. area ni aku tak pernah pergi lagi.. mula-mula rasa macam malas nak keluar sini.. alhamdulillah Allah gerakkan hati.. sini view dia stunning juga weh.. kalau orang tak amik lift, boleh pergi sini.. dapat view gegunung yang cantik



biwako terrace namanya.. 






belakang aku tu tak salah cafe


overall view.. laju pulak aku gerakkkan kamera.. cantikkan..




banyak gile selfie aku amik.. ni aku guna tripod yang boleh jadi monopod tu.. macam biasa, aku tak suka gambar aku nampak besi.. tu yang mengidam insta 360 tu.. hee


strolling turun ke view lain.. antara penyebab aku rasa bersyukur sangat aku keluar pintu dekat lake view cafe ni.. apa dia, nantikan dalam next video.. gitu haha


cantik kan cantik kan.. dalam video macam biasa nampak kurang sikit, real life dia masyaAllah.. serius aku teringat geng toba.. terbayang mesti exited gile kalau diorang tengok ni.. macam kitorang speechless tengok gunung yang macam teletubbies tu


biru lelangit bergabung dengan biru air..




kita potong signage itu..



macam biasa aku set timer.. angin gile kuat.. aku tindih tripod dengan ais.. jatuh menyambam bumi juga..


hahaha kasi potong ini orang


aku rasa time summer mungkin boleh turun bawah lagi.. ni gambar terakhir aku dekat atas.. bateri habis.. kalau ada bateri mau banyak lagi gambar aku.. apa-apa pun aku puas hati alhamdulillah.. aku gerak balik lebih kurang pukul 2.. agak awal aku rasa.. kalau nak spend lama lagi pun boleh.. aku dah puas.. 


ready to board back to kyoto


babai shiga.. till we meet again and again and again..


macam biasa aku sempat lelap bila train lama..


aku sempat singgah 7E time balik tu.. lapar gile.. cari makanan boleh makan.. aku beli pisang dengan roti tak salah.. aku cucuk juga dekat sini.. hehe


ada merpati berkerumun..



pakcik baik hati bagi makanan.. geng ayah sangat ni.. aku cerita dekat ayah, ayah aku kata mana-mana tempat ada je orang sayang binatang.. oh ye, time dekat sini aku search mana nak beli stem.. tak nak kejadian poskad india tak dapat pos berulang.. ada dekat 7e.. korang search la international setem kena berapa.. tak salah aku 82 yen.. lain tau caj domestik dengan international.. takut orang tu bagi domestik.. aku tunjuk ke stem dalam bahasa jepun dekat orang tu.. aku sebut dia tak faham hehe



lets lintas..


alhamdulillah sampai hotel balik dalam pukul 3 lebih.. ini ialah alley ke hotel aku.. aku ni belasah je sebut hotel la, hostel, inn.. redah je la kan



aku tak sempat membeli sangat pun.. ada aku masuk 1 kedai beli pisau.. orang kata pisau jepun bagus kan.. eh tapi bukan kedai pisau yang dalam video.. yang tu nampak mahal.. aku lepak bilik sat je.. next agenda on next entry..