May 23, 2020

Japan Solo Exploration: Day 4- Riding a bike around Kyoto

Assalamualaikum,

Finale Ramadhan hari ni kan.. aku ada macam-macam rasa dalam hati.. aku personally rasa hikmah pkp terbesar bagi aku adalah adanya banyak masa untuk raikan Ramadhan.. walaupun banyak juga buang masa, terasala kebebasan masa Ramadhan kali ni berbanding sebelum ni.. moga kita keluar dari Ramadhan dengan mendapat rahmat dan pengampunan dari Allah.. moga kita semua berjodoh dengan Ramadhan yang akan datang, Amin..

ok, hajat di hati aku nak buat entry snow NZ.. back to back cerita salji kononnya.. tapi malas betul nak upload gambar yang dari kamera kak neen sebab dalam hard disk.. kalau tak masukkan rugi.. jadi marilah kita sambung mengarang entry japan.. 

selepas settle hajat main salji dan sampai di guesthouse aku, aku terus sewa basikal.. kekdahnya basikal tu tinggi betul.. alaa lupa dah nama wife owner..nasib dia kata boleh adjust sebab dia boleh je naik basikal tu.. so aku lega, maklumla.. den tinggi hehe.. murah je sewa dengan hotel or hostel korang duduk.. 500 yen untuk sehari..  aku refresh kejap dekat bilik, tulis poskad then terus keluar..



jumpa.. alhamdulillah selamat dah sampai poskadnya.. dah siap tepek dekat dinding..


basikal yang aku sewa.. kalau ikutkan aku sewa dah petang, so tak cukup sehari pun.. kalau korang pandai deal aku rasa boleh je adjust kasi kurang


kasut baru beli semalam.. putih lagi.. la ni da comot sikit


aku tak sure ni apa.. besarla tapinya.. mesti ada reason kenapa aku amikkan.. under construction time ni


cubaan amibil gambar letak atas peti pos.. aku bawa tripod tapi biasala malas nak setting sebab naik basikal kan..



ni yang sukses sikit la.. aku sebenarnya takde tujuan pun petang ni nak ke mana.. aku tanya owner kalau ada any shrine buka yang dekat dengan rumah.. owner maklumkan kalau petang banyak dah tutup.. so aku pun main bawa je basikal.. nampak signage yang macam tourist attraction aku follow.. sebolehnya aku pilih tempat yang jalan straight je.. kalau belok pun 1 2 je.. sebab aku fail bab ingat jalan.. aku bawa je portable wifi.. tapi tak nak amik risiko.. ingat aku merapu time dekat korea.. yang tu teruk betul sebab takde internet..


aku syak aku amik gambar ni sebab ada word patent


korang boleh ikut je sign ni kalau tak tahu nak ke mana.. remember aku balik dah pukul 3 petang.. nak pusing real attraction kyoto memang tak sempat.. so ni just nak chill around.. maybe sebab ni aku jatuh hati dengan kyoto.. aku tak rushing..


tenang.. tapi ada itik


jumpa pintu gerbang shrine.. besar juga.. aku tak masuk pun.. dari luar aje.. pintu ni trademark shrine jepun kan..



aku lupa ni apa.. library ke ek.. aku cuba nak ambil gambar.. tapi tak cantik



sudahnya basikal yang banyak represent aku dalam gambar hehe.. #bukangambargoogle


ini ialah dekat kawasan shrine.. baru habis waktu melawat rasanya.. kedai-kedai tepi jalan banyak dah tutup.. bukan rejeki aku nak p tengok depa jual apa.. hehe.. aim asik nak membeli je kejenya



dekat kawasan shrine tadi, aku jumpa area taman.. duduk lepak situ kejap.. tengok orang..


nampak kan basikal banyak-banyak tu.. ada budak lelaki main bola.. hebat betul.. aku ketaq sejuk dah.. depa boleh exercise.. dia sama macam konsep kita pakai baju lengan panjang tebal dekat malaysia.. kita tak panas, orang yang tengok rasa panas.. eh lain macam pulak kan bunyinye hehe


aku tak pasti ni kawasan apa.. theatre kan dia tulis.. aku masuk dalam bangunan tu.. ada kedai buku, ada starbucks.. aku tak explore ke belah dalam lagi




disebabkan aku nak masuk dalam bangunan, basikal wajib parking.. owner dah warning tak boleh tinggal merata.. dia dah ajar siap-siap cara kunci.. 


lebih kurang RM18.. sama kan dengan harga Malaysia..


aku bukan orang starbucks.. tapi sebab ni je yang aku yakin minum, dan teringin nak air panas.. aku redah.. plus dah belajar minum dekat NZ.. amboi na.. hehe.. ceq budak kampung.. tak pandai minum air mahal.. kekdahnya aku ingat air aku order tu panas, sekali ice blended uols.. memang kejungla rasa minum sejuk-sejuk lepas tu feeling duduk luar.. hehe.. tapi seronok tengok view.. kalau duduk dalam kedai rasa terkurung.. bila dah mula malam, aku gerak menuju ke guesthouse den.. 


next mission aku ialah explore mart.. macam-macam jenis aku masuk.. nak cari benda yang nak bawa balik.. dan cari bekalan makan malam aku.. nampak tak botol hijau tu, aku minum green tea dia yang serbuk punya.. syok jumpa yang botol gini


antara tempat duduk belah luar.. terus teringat selalu tengok dalam cite korea.. tak tau jepun pun ada juga


dulu ada ashtray dekat sini agaknya kan




suasana malam.. #nakupgradehp #semuapunnak


time aku hunting mart tu, aku saje bawa basikal jauh.. then sampai ke kawasan sini.. meriah uols.. aku syak sinila Gion Strict tu.. aku tak surela tapinya.. aku tak explore ke dalam pun sebab aku dengan basikal.. situ ramai gile orang.. basikal pun aku banyak sorong je.. malam ahad time ni..


lepak makan dalam mart.. aku suka aktiviti leisure gini.. walaupun nampak simple, pada aku bermakna la..


aku sampai guesthouse dalam 7.30 malam.. nampak cerah kan.. tu lampu dekat alley kawasan kedai.. kalau dalam bilik aku pun nampak terang.. ada je blind, tapi aku suka cerah (aka penakut).. aku kena kemas baju malam ni.. esok nak jalan kyoto dan balik malaysia.. rushingla kan bunyinya.. takpe, pengalaman mengajar kita..


struggle weh nak kemas barang.. time kemas ni aku perasan beg biru yang aku angkut biskut kapal koyak dah.. aku kan banyak seret.. alhamdulillah tak terburai.. last day story to be continue.. Salam syawal uolls.. 

No comments: