May 25, 2011

SIMPATI

Assalamualaikum..

 

Perghh kenyang gile aku makan nasi dagang semalam petang..alhamdulillah atas rezeki kurnian-Nya..aku pergi pasar tani petang semalam..alahai..jam betul..jadi stuck sebab sambutan sejuta belia kat putrajaya weekend ni..awal gile pasang khemah..time aku kat pasar tani, aku nampak seorang budak lelaki,kira remaja dalam belasan tahun macam jual kismis..kenapa tah aku rasa sayu bila tengok budak besar tu cari rezeki..aku ada dengar kadang-kadang budak-budak digunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab untuk cari keuntungan..tapi tak tahu kenapa rasa sayu tengok dia berusaha nak cari rezeki..tanpa rasa malu jual kat orang..bila tengok muka dia nampak sangat dia kepenatan..aku pusing kat ares situ hampir 3x..eh bukan sebab nak tengok dia..aku duk pusing cari tempat nasi kerabu tak jumpa..

 

Bila tengok dia,aku terbayang kan adik aku..sedih..aku pon pergi beli jugak kat dia..time aku datang, ada seorang budak..ayah dia suruh beli jugak daripada adik penjual kismis tu..2 insan yang sama baya tapi cara kehidupan yang berbeza..aku ni lemah betul bila tengok keadaan macam tu..takpela dik,awak mungkin susah sekarang tapi tentu Allah da tetapkan sesuatu yang indah untk awak nanti..

 

Okeh,change mood

Aku sempat jugak ambil suasana sekitar Putrajaya semalam..banyak no khemahnya..mak aku cakap dewan MOF pon diorang guna untuk aktiviti sejuta belia tu nanti..tapi aku macam ‘alaa’ sketla sebab time hari belia tu aku balik kampung..takdo can nak pergi..tingin jugak nak join sebab nampak macam sangat hebat je..hmm next year la yo!

                                               24052011686

 24052011685

24052011687

                       Khemah yang merata-rata..baru hari selasa..confirm weekend ni lagi meriah

Yana Sayang Kamu!

No comments: