Saturday, August 3, 2013

Last entry di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

 

Tengah hang sebenarnya ni..ambil masa untuk release di blog konon-kononnya..hehe, insyaallah esok malam kami sekeluarga akan gerak balik kampung..nak share info yg aku dapat time bukak puasa hari tu..10 malam terakhir Ramadhan = mencari malam lailatul Qadar.  Opis aku jemput Dr Sukki untuk bagi tazkirah before bukak puasa.

 

Ustaz share, kalo ikut calculation Imam Shafii berdasarkan kebiasaan beliau, Kalau 1st puasa hari Rabu, pengiraan beliau malam lailatul qadar jatuh pada 29 ramadhan. Ada lagi satu calculation, dalam surah Al-Qadr, perkataan lailatul qadar disebut 3x, huruf lailatul qadar ada 9, jadinya 9*3= malam 27..ini simple calculation. Ustaz bagitau tak kesahlah malam keberapa, yang penting kita kejar..

 

oh ye, malam ke-27 jatuh pada malam aku balik kampung..hehe, ustaz cakap orang dulu-dulu kalau malam 27 tu macam ada pesta dekat masjid/ surau..siap sembelih lembu bagai..kita sekarang je macam tak kesah kan..jadinya, siapa yang sama-sama plan nak balik kampung malam esok, marilah kita berhenti untuk solat sekejap..boleh buat hilang ngantuk nak drive jugak kan..peluang yang datang sekali sekala kita ikhtiarkan jugak untuk nak kejar..1000 bulan= 83 tahun..masih adakah nyawa kita sampai 83 tahun..

 

Okeh, nak share lagi satu..aku ada problem cakap laju..memang kalau ada speed trap dalam halaju percakapan aku rasa akulah orang yang kerap sekali kena saman..haha, aku perasan jugak aku memang cakap laju..tapi akhir-akhir ni makin menjadi-jadi..problem aku ialah bila aku try cakap slow automatik suara aku jadik slow jugak..hahaha susah mahu reset…patutlah Allah belum rezekikan aku untuk jadik cikgu..kalau tak tercengang anak murid aku tak faham sepatah apa aku cakap..hehe, alkisahnya semalam aku duk explain dekat bos aku pasal keje, 2 3x diorang stopkan aku sebab aku cakap laju sangat…maluuuu..hehe, any tips korang?

 

Ok, itu sahaja dari aku..untuk yg nak balik kampung jauh, drive safely..semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan yang akan datang..Amin

 

191949_4037002136402_1015814804_o

Gambar raya tahun lepas..kerinduan

No comments: