Feb 29, 2016

Cameron Highlands 30-31 Januari 2016

Assalamualaikum..

Aku rasa pilihan short trip untuk cameron higlands ialah tak sesuai untuk aku yang drive slow.. sebab aku rasa masa habis atas jalan lagi lama dari spend time dekat cameron.. dulu aku rasa ok pergi cameron dengan bermalam semalaman, tapi trip kali ni aku rasa better kalau dapat bermalam 2 malam.. pergi cameron ialah bersempena dengan adik aku, mai balik cuti seminggu.. tapi memang tak dapat pergi lama sebab adik-adik laki aku mengajar, jadi tak boleh nak cuti isnin.. aku kira sebab kitorang gerak lambat, tu yang rasa tak berbaloi bermalam semalaman.. enjoy tetap enjoy sebab buat benda dengan family mana ada yang tak enjoy.. picnic belakang rumah pun dah rasa best kalau dengan family..

Aku gerak dekat pukul 10 pagi, setelkan macam-macam benda dulu.. gerak ikut laluan simpang pulai, aku kira dekat 5 jam juga.. berhenti untuk pergi toilet je.. lama bebenor nak sampai.. time balik aku lalu ikut tapah.. personal opinion, walaupun simpang pulai jauh, tapi berbaloi dari lalu ikut tapah.. jalan bengkang bengkok tapah ialah sepanjang 30km.. umi aku pun asik tanya jauh lagi ke na.. paling laju aku mampu bawa ialah 40km/j.. memang ngantuk sangat, insyaallah next time kalau ada rezeki nak pergi lagi aku masih akan pilih jalan simpang pulai.. oh ye, trip ni adik kedua aku dan adik ipar aku tak dapat join.. sedih juga tak cukup korum tapi diorang dah ada event sekolah, tak boleh nak escape dah.. silap aku juga bagitau lambat..

Aku sampai hotel dalam pukul 4 lebih juga.. jauh sangat terasa cameron.. aku book di Nova Highlands Resort and Residence.. aku ambil yang jenis 2 bilik, plannya kalau adik no.2 aku ikut, 1 bilik untuk umi.. satu bilik lagi untuk adik-adik ipar aku.. yang lain camping dekat luar.. hehe.. alhamdulillah puas hati.. bilik memang sebiji dalam gambar.. Nova ni ala-ala hotel dalam shopping mall.. atau mungkin attached dengan shopping mall.. kalau banyak masa boleh ronda-ronda.. ada muzium apa tu yang macam kat PD..3D muzium kan..


Gambar dari booking.. masuk-masuk kitorang exited wahhh cantiknye.. aku jarang nak percaya gambar dalam website sebab kadang-kadang edit lebih.. tapi yang ni memang 100% sama.. yang paling seronok budak iman la.. berlari sana-sini dia.. luas kan.. rate bilik ni ialah RM480 semalam.. plus minus tax dalam RM510.. agak mahal pada aku tapi sebab nak cari yang selesa sikit sebab bercuti semalam kan.. aku mula-mula berkenan dekat tempat ni, tapi dia agak fix dari segi bilangan per pax untuk bilik..  kebetulan bilik untuk 4 orang dah full.. dia ada bilik untuk 2 dan 3 orang juga.. famili aku ramai, nak ambil banyak bilik macam tak dayo den.. hehe ,tapi bestla sebab buka-buka bilik je nampak strawberi.. rate pun murah.. next time kalau ada rezeki boleh pertimbangkan untuk duduk sini..


1
Nampak tak betapa seronoknya dia.. macam dah besar sangat je.. aku tapau makanan time dah sampai dekat caeron.. dah petang kan, lauk pun tinggal sikit tapi alhamdulillah cukup untuk kami yang tak lunch.. sempat sarapan dekat rumah je.. petang tu aku plan nak g pasar.. umi dan aki tak ikut.. kalau ikut waze pasar dalam 3km dari hotel.. tapi nak sampai ambil masa 30 minit.. macam mana la orang pergi time cuti sekolah kan.. pening aku bila jem ni..


3
Dalam lif hotel


2
4
6
Dalam kereta menharung jem.. iman sekarang suka sangat main benda-benda berstereng..


7
Kitorang decide nak parking dekat area sekolah.. jauh juga tapi dah tak sanggup nak redah duduk dalam jem.. aku bersyukur tak ambil hotel yang dekat dengan pasar.. seksa benor nak boleh keluar masuk.. tapi aku aku kira kalau duduk situ memang best sebab dekat dengan pasar.. cuma kalau kita nak keluar ke tempat lain kita terpaksa join jam geng-geng yang nak pergi pasar..


6a
6b
Jumpa strawberi comel.. baju cantik iman cikcu beli.. iman sukala bila dapat jalan.. lama juga kitorang dekat pasar.. sampai dalam pukul 6, pukul 8 baru balik.. perempuan dan membeli belah.. elok plak aki tak ikut.. hehe.. tapak pasar malam dah berubah rupanya.. punyala aku cari pasar yang dekat belah aku pergi time 2012.. tanya orang kedai guardian dia kata dah berubah tempat.. jauh juga kitorang menapak sebab ingatkan pasar yang mula-mula kitorang lalu tu bukan pasar malam yang kitorang cari..


7a
Highlight of the day.. aku tak gemar sangat strawberi.. adik-adik aku la.. coklat bawa dari rumah..


7b
Iman dapat patung belly.. tapi sekarang patung ni dah nama opah.. hehe, iman susah nak sebut belly.. iman balik dari pasar elok je masuk kete terus tidur.. penat sangatla tu jalan..


8
View dari bilik aku pagi ahad.. subhanallah.. cantik sangat.. sejuk tahap gigil time ni.. mungkin hotel tu macam atas bukit sikit.. sejuk dia lain macam dari yang aku pergi time 2012..


9
9a
View di pagi hari time cari breakfast.. aku tak perasan plak hotel ni aku book without breakfast.. aku pergi ke pekan brinchang sebab ingat nak cari topup touch n go.. sekali takde dah dekat atas.. turun bawah baru jumpa dekat RnR.. kagum aku sekarang dah ada mesin t’n go.. kalau tak nak pergi dekat sini boleh beli dekat area food court kea farm.. dah buka pukul 7.. aku plan pukul 8 nak check out.. pukul 9 baru berjaya.. plan aku benda wajib pergi ialah petik strawberi, ladang teh dan kalau sempat nak pergi lavender farm.. tapi kitorang sempat pergi 2 kebuh strawberi je.. kenapa 2? sebab kebun mula-mula tu tak boleh petik dah.. aku pergi ke taman agro almashoor..


11
12
13
Entrance.. syarat wajib masuk kebun strawberi ialah ambil gambar dengan replika strawberi..


14
15
Sebab tak boleh petik kitorang makan aiskrim je dekat sini.. cari scone pun takde juga..


16
View dekat sini cantik.. ala-ala konsep taman.. lagi 1 aku perasan dekat cameron waze susah nak baca jalan.. ke aku tak pandai set.. banyak kali aku search tempat petik strawberi yang aku nak pergi tapi tak jumpa..


17.
17a
Aiskrim sedap.. aku cari aiskrim malaysia yang dalam plastik tu tapi takde.. aku beli dekat kedai strawberi berikutnya.. beli 10 terus, puas hati dapat makan kat kl


17b
17c
17d
Paksa iman senyum.. 3 generasi.. topi aku pakai tu beli dekat iman tapi iman tak nak pakai sangat..RM10.. strandard price dekat mana-mana tempat


18
19
Antara view dekat sini..


20
382cb19befbd25a05dd063e92317854c
20a
Iman tak berapa suka sangat strawberi.. dia nak main je dekat sini..


21
Sarung tangan tu boleh pakaikan time dia tidur je.. dia jaga langsung tak nak pakai.. beli dekat pasar malam juga


22
Next misi ialah cari ladang strawberi yang boleh petik.. tertidur-tudur iman kepenatan.. kitorang kejut juga dia sebab macam sedih je kalau dia tak dapat tengok buah strawberi.. kitorang singgah ladang strawberi yang bersebelahan ladang lavender.. hajatnya nak masuk juga situ tapi sebab dah lewat kitorang skip.. kebetulan dekat kebun strawberi ni pun ada bunga.. jadila..


760e0774cddc5db6e8ea60fd05ed11af
IMG_7232
Punca utama datang cameron.. tak suka sangat pun tapi still exited bila tengok strawberi merah dengan jayanya


23
Iman bagi can dekat baba mama dan adik hehe.. baju aki pun beli dekat pasar malam juga.. aku punya sornenir yang beli dekat cameron ialah stokin kerja.. haha, takde lambang cameron langsung


51a11eb583db720775f2f6d6f111fdd0
51d88a2a4363630c3b824cb229aac8e5
0852afc627f3063ecfd643bb3841c9a4
b6d90d94294276c8a4159af1ef638064
981efc073df81e1b73badf1b4ffc1826
Trademark wajib yang kedua: pose sambil petik buah strawberi.. gambar aku ada juga tapi…



















1392b15dca17b2c2bbd4e0abb67f6521
hmm.. strawberi lagi penting dari aku..


263c1e9b1b3ad49d8953a3afbe9d6264
daba78ace77c3f9fd1d0537c7581611c
Group photo.. macam biasa ila paling expert bab-bab selfie beramai- ramai..


d96bafb8ffaa15065a279618e9b84033
IMG_7227
IMG_7233
IMG_7235Besaq- besaq kot strawberi dekat sini.. sekilo RM50.. mahal tapi pengalaman tu yang penting kan.. tak lengkap syarat sah pergi cameron kalau tak petik strawberi.. dahsyat sangat entry aku.. syarat wajib syarat sah semua keluar hehehe


IMG_7236
IMG_7239
Baja strawberi.. unik betul..


IMG_7240
Atas sikit pada tempat strawberi ada bunga-bungaan pula dalam ladang sama.. aku tak tanya pula boleh beli ke bunganya..


IMG_7241
IMG_7242
IMG_7243
IMG_7244
IMG_7247
Kawasan ros


IMG_7248
Kawasan kekwa.. eh ke crysanthimum.. eh ke dua-dua tu bunga yang sama.. haha~ batal betul.. bunga ni dulu ayah dan umi bagi time aku konvo.. cantik bangat..


IMG_7249
IMG_7250
IMG_7252
IMG_7253
IMG_7254
Sempat iman termenung..


IMG_7257
Bunga ni aki kata umi tanam time dekat rumah lama dulu.. macam biasa, aku tak ingat apa-apa.. mungkin time tu aku banyak kat asrama


IMG_7258
Setel petik, kitorang pergi timbang dan beli sikit  strawberi untuk bagi kawan-kawan..


j
j1
Pada iman mungkin kereta ni lagi best dari strawberi.. oh ye, baju iman tu beli dekat pasar juga.. RM20 tak salah aku.. overall sekali dengan tshirt.. Next destinasi kami pergi ke S Corner untuk cari sayur dan benda-benda lain.. pada aku s corner tak banyak pilihan sangat.. tapi aku baca review harga s corner lebih kurang dengan kea farm je.. kea farm orang ramai sikit.. sebab tu aku decide ke s corner.. panjang pula cerita sejarah kenapa aku pilih s corner hehehe


52e3fb7e6bed06ba505c7248e50608ad
Ni je gambar yang ada.. tu pun krna crop muka mai sebab muka dia exited lebih.. kang marah pula aku letak dekat sini hehe.. nampak tak kereta berjujuk belakang tu.. jalan balik ikut simpang pulai jam sangat..


IMG_7260
Belah kanan gambar tu ke simpang pulai.. ikut tapah stuck kejap-kejap je..


IMG_7261
rupanya pasar pagi masih sama kedudukan dengan tapak pasar malam lama yang aku cari..


IMG_7262
tapak pasar malam baru..


Alhamdulillah berjaya aku setelkan entry.. entry jepun hutang cerita 2 hari.. entah bila la nak sambung.. mungkin bila pergi jepun next time.. mungkinkah ada kali kedua.. mungkinkah.. heheehe, yang pastinya tak salah berangan kan

Entry 2012:

No comments: