Tuesday, March 1, 2016

Kembara ke Jepun: Day 5- Asakusa, Nippori Cotton, Tokyo Tower, Hard Rock Cafe Rapongi dan Adaiba

Assalamualaikum..

Lamanyaaaaa baru dapat mood nak sambung entry jepun.. Ada 2 hari lagi tinggal nak cerita.. Maraton nak habiskan entry jepun cepat-cepat.. harap-harap bila entry habis adalah rezeki nak musafir ke tempat lain pula hahaha.. berangan..

Dihari kelima, kami aim banyak tempat nak pergi sebab esok dah nak balik.. time kami suggest pada ejen, ejen kata takut tak sempat.. tapi kami sepakat untuk redah je semua tempat.. takut nanti dah balik Malaysia rasa rugi pula.. kami mulakan perjalanan pukul 9 pagi.. kata ejen, kedai pukul 10 baru buka.. tapi sebab tak nak habis masa dalam perjalanan, kitorang decide nak gerak juga pukul 9.. nanti sampai sana dah ngam-ngam untuk beli belah..

Sambungan setelah lama terperap dalam deraf.. 

Macam biasa pagi-pagi kami sarapan siap-siap dekat hotel.. aku dan kak yus beli roti dekat area hotel.. syok betul bau roti fresh fresh kan..


Besaq kot roti dia.. besaq tapi lembut.. belah kanan tu air banana milk feveret selama-lama-lama-lamanya hehe


Kebetulan pula ada baki nasi semalam, akak- akak ni buat nasi goreng.. perghh, mula-mula aku dah tak nak makan nasi.. tu yang pergi cari roti juga pagi tu.. bila tengok nasi goreng panas di bumi tokyo siapa mampu tolakkan..


Dah penuh basikal park dekat depan hotel..



Asal ada tempat boleh bergambar.. rindunya jepun.. kitorang yang pergi semua rasa nak repeat lagi.. dapat tengok sakura pun awesome juga kan.. simpan duit yana simpan duit


Dalam tren


Terserempak dengan pelajar Jepun



Aim first kami ialah nak pergi Asakusa.. Kata ejen, sini tempat murah untuk beli sorvenir.. murah kalau compare dengan tempat lain.. murah pun still mahal pada aku kalau convert ke duit Malaysia



Trademark Asakusa.. semua dah setuju nak kumpul balik dekat area pintu sini sebelum bergerak ke next tempat.. aku dengan kak yus pun berpisah juga.. masa suntuk kan, barang nak beli lain- lain pula tu.. aku aim nak cari baju i love japan untuk adik-adik, beg umi dan sorvenir untuk adik ipar.. Tshirt I Love Japan banyak kedai jual tapi banyak range harga.. Mula- mula aku jumpa yang paling murah 1,300 yen- dekat RM40 sehelai.. kawan aku kata ada Tshirt yang 1000y tapi takde design i love yang aku nak.. design tulisan jepun.. Alhamdulillah rezeki time aku nak patah balik pergi kedai 1,300 tu aku jumpa yang harga 1,000.. terus minta saiz.. kedai ni memang tak boleh tawar dah dan siap ada sign tak boleh ambil gambar lagi.. sebab tu gambar kedai takde.. haha~padahal dah tak sempat dah nak ambil gambar..



Temple di hujung kawasan kedai Asakusa





Nampak Tokyo Skytree dari kejauhan.. Kami tak pergi pun sini, tak sempat.. dan takde dalam pakej yang kami pilih..


Berkenan tengok aiskrim adik ni beli.. cantik shapenye.. bentuk ros


Ni kedai jual barang ala-ala klasik.. aku rasa macam ada beli something dekat sini tapi tak ingat dah.. hehe nak masuk setahun punya cerita


Nampak orang pakai kimono tapi segan nak minta ambil gambar sama-sama..


Bukti sampai Asakusa.. ramai sangat student.. kadang-kadang aku confuse, waktu sekolah diorang macam mana.. mungkin lawatan dari sekolah luar tokyo agaknya.. dekat sini banyak juga jual food tapi aku tak sure macam mana nak cek halal ke tak.. jalan dah berpecah dengan ejen.. nak tanya pun tak dapek..



Next stop kami nak pergi cari kain cotton.. Aku memang takde bajet dah.. masuk kedai pun tak.. hehehe, duduk lepak kat luar.. diorang yang masuk ada jumpa orang Malaysia juga yang memang borang Japanese Cotton.. aku rasa diorang dapat beli murah juga.. untung orang ramah kan..


Gambar signboard penting bila nak cerita balik.. lagi-lagi kalau entry tertunggak kan..


Exited jumpa air mountain diew besar.. 


Geng yang tunggu luar


Geng yang tunggu dalam


Bersih sangat kawasan luar kedai.. siap ada tanaman bagai padahal kawasan sempit je


Kebetulan time aku duduk luar tu ada lalu lori sampah.. ajaibnya, takde bau langsung.. memang kagum dengan kebersihan jepun.. Sangat Islamik walaupun orangnya bukan Islam


Nama Kedai.. Amik kawan aku punya hasil shopping




Antara yang kawan den beli.. diorang kata kain yang dah potong siap-siap murah sikit.. aku tak ingat berapa harga diorang beli..


Exitednyaaaaa jumpa vendor machine pokka.. time nak g jepun aku exited nak cari variety air yakult dengan Pokka.. Yakult tu sebab dah pergi kilang dia, so tau dekat jepun memang macam- macam produk dia dia..


Coklat ni pun sedap.. beli dekat convenience stor sambil singgah toilet dalam tu..


Statue.. statue ke? hehe


Docomo.. apa ek? Telco dekat sini ke? Lupa semua benda dah aku.. Setel kain cotton, kami nak ke tokyo tower.. dalam itinerary kalau nak naik kena bayar sendiri.. aku decide untuk tak naik sebab ongkosnya enggak ada.. dahsyat sangat perbelanjaan..




Family Mart di mana-mana..



Nampak dah tokyo tower..



Taman cantik sepanjang perjalanan nak sampai Tokyo Tower.. Sukanya aku tengok.. Hijau di tengah bandar sangat..



Jumpa Temple lagi..





Ni temple yang aku ambil gambar dari pintu masuk tadi.. aku nak sangat singgah ambil gambar dekat sikit tapi time dah suntuk.. dari tepi pun jadila..



Alhamdulillah sampai.. cabaran berikutnya ialah macam mana nak ambil gambar nampak tower dan muka.. hehehe.. susah nak adjust



Shot terbaik yang aku dapat




Minta tolong kak seha ambilkan.. tapi memang tak dapat nak nampak penuh sampai puncak..




Mula- mula aku duduk berhenti rehat dekat sini.. makan bekalan dulu.. kitorang berpecah, ada yang nak naik.. jadi yang tak naik tunggu sat geng-geng yang nak naik..


Time aku duduk dekat tempat tadi, ada geng yang dah pergi area taman bertentangan dengan Tokyo Tower.. Aku pun pergi ke sini juga lepas lepak dekat tempat tadi.. Subhanallah, cantik sangat kot.. kalau dekat Malaysia ni dah jadi salah satu tempat attraction orang singgah.. Kagum lagi aku..



Feel Sakura sikit- sikit


Siap ada sungai dan air terjun kecil lagi..





Kawasan lapang bersebelan pokok- pokok tadi.. Bersih sebersih bersihnya..


Diorang solat dekat sini juga.. duduk sini lama-lama pun rasa berbaloi..




Aku pusing- pusing lagi belah kawasan pokok- pokok..




Batu- batu untuk melangkah.. macam dalam movie aku rasa




Air terjun kecil



Tokyo Tower dari sisi taman..






Sorry banyak sangat gambar taman.. aku lagi exited benda-benda hijau dari bangunan cantik aku rasa.. hehe


Nest destinasi ialah ke Hard Rock Cafe.. ada geng kitorang yang memang kumpul merchandise HRC.. aku ikut je.. boleh jalan- jalan tengok tempat..


Tokyo Tower lagi..


Time ni kitorang tengah tunggu traffic light.. aku nampak ada view cantik belakang diorang.. cepat-cepat suruh diorang pusing.. sekali bila time aku nak minta diorang tolong amikkan gambar aku traffic light dah hijau dah.. takdo rezeki namanya tu..


Ni kalau dapat bergambar dekat sini pun best..


Aku kagum dengan benda ni dekat dalam stesen tren.. aku duk dengar bunyi burung, ingatkan ada burung sesat bawah tanah.. sekali kawan aku kata bunyi burung tu guidance untuk orang buta.. Wahh, hebat sangat diorang ni jaga kebajikan rakyat..


Aku baru tahu function benda kuning ni.. guidance untuk orang buta juga, yang straight ni maknanya jalan terus, yang dot dot tu adalah simpang.. kat lrt kita pun ada kan.. dekat sini even dekat jalan raya pun ada juga track macam ni.. mula- mula aku duk tak faham apala function benda ni.. yang aku perasan dekat jalanraya ada sebab beg aku asyik stuck je time tarik dekat jalan..


TT lagi hehehe.. banyak pula gambarnya.. Time aku tengok cerita jepun baru- baru ni exited bila nampak TT ni..


Sampai dah HRC




Cantik sangat botol air mineralnya


Macam biasa cilok ambil gambar sorvenir kawan aku..


Kedai ni pun best.. banyak sorvenir murah.. aku tak masuk pastu menyesal sebab dekat sini ada jual coklat sedap.. aku cari dekat airport takde dah coklat tu..





Beli kebab dekat sini.. kedainya sebelah- sebelah.. kitoran split beli dua kedai.. cepat sikit..



Negara asal Fuji Film


Next destinasi ialah nak pergi Adaiba.. nak tengok robot besar yang gerak- gerak macam dalam cerita The Return of Superman.. aku dengan kak yus tak pergi sebab kak yus cramp.. jadi kitorang tunggu dekat stesen.. tu semua barang-barang shopping kawan-kawan aku yang lain.. banyak sangat




Kawan aku kata robot ni duk angguk-angguk geleng- geleng je hehe


View dari gambar kawan aku.. kata diorang, berpusing- pusing juga nak cari tempat ni.. Alhamdulillah kami tak ikut sebab takut kak yus makin cramp.. Memang pack aktiviti hari ni tapi Alhamdulillah puas hati.. Esok nak balik dah.. sedih campur exited nak sampai rumah

Kos hari kelima:
  1. Air tin do do do the dew: 110
  2. Payung Sorvenir adik ipar (2pax) : 1,000
  3. Stokin Panda (2pax) : 600 (kungfu panda 3 dah keluar... Exitednyee
  4. Sorvenir beg Umi: 1,300
  5. Kebab: 600
  6. Tshirt I Love Japan (4pax): 4,000
  7. Roti: 168
  8. TOTAL = 7778y = RM233

1 comment:

Yusai said...

Huhuhuh rindu sangat kat Jepun kan... kita kena repeat ni Yana... this time around kita jalan betul2...

Sian Yana kat Odaiba xdpt pusing2 sb kena temankan akak yg 'tua' ni.. thank you so much adikku...