Tuesday, March 8, 2016

Taiping: Trip 2 hari 1 malam~ Kenduri, Taman Tasik Taiping dan Bukit Larut Maxwell Hill

Assalamualaikum..

Kisah lama tapi rasa semangat nak update bila lepas sort gambar dalam hp.. Sebenarnya kan aku rasa ralat sangat bila ambil gambar dengan hp je.. sebab pixel hp aku tak tinggi sangat, lepas tu kalau dalam gelap mesti tak nampak apa.. aku pula jenis malas nak explore editing apps dekat hp.. jadi lepas ni kalau nak berjalan aku rasa kena amalkan balik bawa compact camera.. much better dari gambar hp kan..

Kisahnya kami ke Taiping sebab nak pergi kenduri kawan umi time pergi haji dulu.. umi aku pergi haji 2 tahun lepas.. kisah ke taiping ni pun dah dekat dua tahun juga aku rasa.. dulu-dulu aku ada persepsi belah utara ni dekat.. sekali bila dah drive, oo mak aihh.. boleh tahan jauh juga.. aku rasa aku drive dekat 5 jam juga baru sampai.. mungkin sebab weekend dan aku drive lemah gemalai agaknya.. hehehe, dulu pun aku ingat Perlis dekat sebab kak yus rileks je kalau balik weekend, sekali bila aku pergi grad adik aku dekat UUM, oo mak aihh lagi sekali.. boleh tahan jauh juga.. Kami gerak ke Taiping pagi sabtu, dalam pukul 3 lebih baru sampai..

IMG_3069
Jalan Sesak bila start nak masuk Perak.. eh ke ni tak masuk Perak lagi.. aku ni batal sangat bab jalan.. yang aku ingat bila start dekat 1 selekoh ni mesti jam kalau lalu sini..


IMG_3072
Aku sebenarnya dah tak ingat kenduri ni dekat mana.. hehe, tapi dekat-dekat dengan Taiping la sebab kami bermalam dekat bandar Taiping.. kawan umi ialah pengantin perempuan yang kahwin tu.. pengantin perempuan tu pergi haji dengan mak ayahnya sekali.. umi pun kawan juga dengan maknya.. untuk muda-muda dapat pergi haji dah kan.. yang 2 di sebelah kanan dalam gambar ialah geng haji umi yang pergi kenduri ni sekali.. aku rasa kawan-kawan haji dah jadi macam famili.. ye la, sebulan lebih duduk 1 bilik sama, pula tu itu geng kita sepanjang ibadah dekat sana.. memang sangat boleh jadi rapat..


IMG_3074
IMG_3075
IMG_3076
IMG_3077
Aku suka tengok stail rumah dekat area sini.. cantik dan sangat tradisional.. cita-cita aku ialah nak balik kerja dekat kampung.. rasa hidup tak terlalu terkejar-kejar.. tapi manusia kan, yang tak dapat lagi tu selalu rasa best.. bila dah dapat nanti perasaannya mungkin lain pula.. lepas setel kenduri, kami cari tempat untuk nak bermalam.. yang ni pun hotel walk in juga.. tak ingat dah hotel apa sebab takde gambar.. hehe, adik aku search tempat.. hotel ni betul- betul berdepan dengan taman tasik Taiping.. cantik tamannya.. pokok dia macam ala-ala dekat UPM pula aku rasa.. besar dan macam dah jadi kanopi..

Taman Tasik Taiping

Pagi- pagi tu kami jalan-jalan dekat area taman ni lepas breakfast dekat hotel.. sebab view cantik sangat kan.. Alhamdulillah cuaca pun cantik je..

IMG_3078
IMG_3079
Teringat pula dekat taman dekat Jepun..

IMG_3080
IMG_3082
Gambar ni bertahun jadi wallpaper wasap..

IMG_3083
IMG_3084
Kawasan sini banyak juga kereta.. besar kan pokok dekat situ punya rimbunan.. memang port joging yang best..


IMG_3085
IMG_3086
IMG_3087
IMG_3088
IMG_3090
IMG_3091
Sempat lagi umi baca surat khabar..

IMG_3093
Duduk santai- santai pun aku rasa seronok juga.. besar kot taman ni.. yang tempat aku bergambar ni memang betul-betul depan hotel..  time aku drive memang nampak luas lagi kawasan taman ni


IMG_3094
IMG_3095
Kerongsang yang aku pakai ni pun dah hilang dah.. hehe, lama sangat punya cerita

IMG_3096
IMG_3097
IMG_3098
yang bangunan putih tu hotel yang kami duduk.. pada aku selesa untuk kami sekeluarga..

Bukit Larut (Maxwell Hill)

Hasil dari google adik aku untuk tempat menarik berdekatan, kami buat keputusan untuk ke Bukit Larut.. hajatnya nak berjalan-jalan tengok tempat sejarah dan nature..


IMG_3100
IMG_3102
Satu gambar signage pun takde aku ambil.. nampak sangat time ni memang mood nak berblog tiada.. Asalnya kami plan nak naik sampai ke puncak, sekali kami dapat tahu untuk ke puncak memakan jarak berkilo-kilo juga.. terus cancel hajat tu.. hehe, aku ada nampak 4wd, tapi tak pasti boleh guna untuk naik ke atas atau tak.. sudahnya kami acah-acah bergambar dekat jalan nak naik ke puncak.. bak kata adik aku, dia siap berjubah bagai, memang sangat tak sesuai nak jalan jauh.. hehe, aku yang pakai seluar pun tak sanggup kot..


IMG_3103
IMG_3104
IMG_3106
Hebat umi aku posing

IMG_3109

Selesai di sini, kami google lagi untuk ke destinasi berikutnya.. kami decide nak ke Muzium Perak.. serius sangat berbaloi pergi sini..  Ingat nak buat 1 netry tapi banyak sangat plak gambarnya.. Insyaallah aku share next entry

3 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

rajinnya jalan... akak 2 kali kot naik atas tu. naik 4wd la dik..rugi tak naik.. cantikkk sangat. tak sure kena baya berapa skang ni

Yana Kama said...

ooo boleh la ek kak naik 4wd.. kaunter time saya pergi tu tutup, tu yang give up tak tanya hehehe.. Hari tu saya nampak akak dekat Alamanda, cam hadif mula-mula =D

Aaron Grey said...

Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

Aaron
aarongrey112 gmail.com