May 16, 2017

Dash Box Cyberjaya: Pool Time

Assalamualaikum..

 

Birthday Iman ialah 14/5.. Aku takde apa-apa plan spesifik pun mula-mula untuk celebrate birthday Iman.. Hari Jumaat lepas, tibe-tibe aku terfikir nak survey aktiviti untuk celebrate birthday Iman.. aku macam tingin nak pergi wetworld.. nampak tak ayatnya.. ‘aku’ yang teringin.. hehehe, tapi bila fikir balik kalau pergi wetworld iman dadek bukan boleh main banyak benda pun kan.. kitorang yang lebih enjoynya.. budak-budak tu memang suka main kolam.. ride dekat wrwolrd confirm takde yang diorang boleh naik.. 2nd option aku terbayang tidur dekat hotel dash box cyberjaya.. dekat pun dekat.. takdela rush nak drive jauh dan save part minyak dan tol.. yang penting ada kolam.. aku nampak blogger mrs kay dan ibuayahdamia share dekat IG diorang.. tempatnya nampak cantik dan baru.. aku usha dekat IG hotel tu, bulan 4 yang lepas diorang baru buka.. Macam biasa, aku book melalui booking.com.. try buka traveloka macam yang Mrs K cadang tapi mungkin sebab last minute,  harganya lagi tinggi dari booking..

 

Aku dapat book bilik dash Twin.. dash studio dan dash deluxe dah habis.. Aku rasa deluxe ialah bilik yang mengadap pool.. Kalau dapat yang ni memang syok habisla kan.. harga yang ni dalam 200 lebih.. Untuk dash twin, aku dapat rate RM155, dengan tax jadi RM165.. Rate yang Mrs K dapat RM105, jadi kena pandai survey dan guna coupon yang ada.. aku malas fikir, hehehehe.. sebab book pun sehari sebelum kan.. mungkin kalau book awal ada rezeki lagi murah..

 

Time aku check in takde pula patung hijau tu..

 

Tempat letak beg dan toilet.. bilik dash twin ni macam dalam kontena.. Biliknya memang agak sempit, tapi aku dah suka dah.. aku alih almari besi yang hitam tu mengadap pintu toilet.. jadi ruang antara katil dan toilet jadi lebih luas.. bolehla tidur dalam 3 orang dekat bawah.. Untuk info lebih bilik, boleh refer website.. Gambar ni pun aku ambil dari website

 

WhatsApp Image 2017-05-13 at 15.37.07

Macam biasa barang kitorang memang banyak sokmo.. padahal 10 minit je dari rumah hotelnya..

 

WhatsApp Image 2017-05-13 at 15.40.20

Selfie sebelum kitorang alih almari tutup cermin..

 

WhatsApp Image 2017-05-13 at 15.38.15

WhatsApp Image 2017-05-13 at 15.38.19

Eh aku baru perasan ada gambar aku sikit.. time ni adik-adik aku tak sampai lagi.. jadi kitorang ambil gambar teaser nak bagi diorang sampai cepat.. time aku book hotel, aku tengok waktu check in pukul 12 tengahari.. agak awal la kan, tapi kitorang banyak urusan pula hari Sabtu tu.. pukul 3 lebih baru masuk bilik.. tunggu punya tunggu adik-adik sampai, tak sampai-sampai.. last-last kitorang turun dulu.. dekat pukul 6 juga baru kitorang turun..

 

WhatsApp Image 2017-05-13 at 17.58.08

Aku ada perasan dekat IG hotel unicorn ni.. aku ingat sempena pembukaan dia je ada.. exited sangat aku nak naik tapi segan sebab kanak-kanak ramai sangat.. jatuh air muka pula kalau berebut dengan diorang kan.. kalau anak saudara aku dah sampai memang aku akan fight unicorn ni untuk aku.. hahahaha, konon-konon diorang yang nak naik.. tapi kitorang pelik jugala sebab dalam 6 lebih macam tu ada orang baw a unicorn ni keluar pergi simpan kot.. aku tak pasti sebenarnya unicorn ni kena pinjam dengan reception ke atau macam mana.. sebab yang bawa keluar tu pun parents dekat situ.. oh ye, ada banyak bola juga dekat pool ni.. warna- warni macam unicorn.. pistol air pun ada tapi banyak yang dah tak elok..

 

WhatsApp Image 2017-05-13 at 19.17.59

Dalam 6.30 petang baru iman dadek sampai.. Iman mamai-mamai bangun tidur.. nampak kolam suka bukan main.. kakak iman dah berani naik slide dah, tapi dengan orang dewasa la.. dulu dia tak nak langsung.. good job kakak iman.. adik memang suka kolam juga.. suka bebenor kalau dapat main tepuk-tepuk air..

 

WhatsApp Image 2017-05-13 at 19.18.00

WhatsApp Image 2017-05-13 at 19.18.01

Dalam pukul 7 kami naik dah.. oh ye, dekat sini ada juga disediakan bilik air dan surau.. incase kalau bilik cramp ramai orang kan.. tak salah aku adik aku cakap macam ada azan juga.. eh ke tu dari luar ek.. aku pun tak sure..

 

Untuk aktiviti malam, aku plan kitorang akan dinner di Dpulze.. 5 minit pun tak sampai dari hotel.. Aku boleh dikatakan jatuh hati jugala dengan dpulze sebab ada tempat mainan budak dan kedai-kedai dalam dia boleh tahan best.. Plannya nak dinner dan bawa iman dan dadek main.. tapi sebab dah malam kan, masanya macam suntuk.. iman dan dadek macam tak puas lagi main dekat playgorund dalam tu.. kelebihan pergi malam pula ialah orang tak ramai.. jadi playground tu macam private playgound untuk Iman sempena birthday dia esoknya.. hahahaha, kitorang siap naik gelongsor angin tu.. macam biasa, konon-konon teman iman..

 

WhatsApp Image 2017-05-13 at 20.55.55

WhatsApp Image 2017-05-14 at 00.32.42 (1)

Mula-mula beria tanya sorang-sorang nak berapa mangkuk dan jenis apa, tapi last-last pening tak tahu mana satu yang aku order.. bedal je la, janji habis kan.. mak aku makan nasi..

 

WhatsApp Image 2017-05-14 at 14.40.19

WhatsApp Image 2017-05-14 at 14.40.20

baju iman dadek aku beli dekat jualan UPM.. murah sangat.. ada yangRM12, ada yang RM15.. kain pun best..

 

WhatsApp Image 2017-05-14 at 14.41.25

WhatsApp Image 2017-05-14 at 14.41.26

Adik being boy.. beza sungguh la dengan kakak imannya.. asik nak gelak je tengok ragam dia.. dia p panjat duduk atas meja lego.. adik adik..

 

Kisah birthday insyaallah aku share next entry.. Sikit lagi nak edit gambar..

No comments: