Sep 8, 2017

Kenal Melayu @ UPM

Assalamualaikum,

Aku adalah generasi yang suka pergi Muzium. Faktor usia juga mungkin. Kadang-kadang seronok baca fakta-fakta yang ada dekat artifak. Pernah juga sekali, time aku bosan tak tah nak buat apa, aku drive pergi Muzium Negara. Baik mengaku siapa tak pernah sampai? Hehehe, sekarang lagi senang kan kalau nak pergi sebab dah ada MRT bagai. Bagi orang yang tak suka nak sesak-sesak ke KL, dekat area Belah bangi/ kajang/ putrajaya pun ada muzium yang dekat untuk korang pergi. Time mula-mula aku tahu UPM ada muzium, aku terkejut sangat kot.. dan expectation aku pun mesti muzium yang biasa-biasa je.. Bila aku dapat peluang sekali untuk masuk, terus kagum.. Orang kata don’t judge book by its cover, betul sangatlah yang orang kata tu.. kagum sangat kot bila dah masuk.. yang aku ingat ada dalam tu ialah 1)hikayar Hang Tuah- tulisan jawi. Gigih aku cuba baca sebab tulisan dia kan klasik 2)Kain cindai- kain ygang ditenun sekali dengan ubat/ herba. Jadi kalau orang sakit, balut terus pada luka. Hebat kan orang dulu-dulu 3)Keris Berdiri. Ini tentang precission, bukan pakai jin.. betapa seimbangnya teknologi orang Melayu.. Bila tengok semua ni, aku serius respect dengan orang terdahulu.. Ramai orang kita yang tak tahu.. termasuklah aku..

 

Hadi, inilah peluang untuk kenalkan dekat anak-anak, pelajar-pelajar kita tentang apa yang kita patut banggakan dengan Malaysia.. Tiket pun murah je..

 

Muzium Warisan Melayu

 

Macam-macam ada pakej belajar dan melancong lagi menarik terutamanya untuk anak -anak yang nak belajar alam semulajadi sambil beraktiviti.

 

Kunjungi pelbagai lokasi menarik edu-pelancongan yang ada di UPM

Saksikan video lokasi-lokasi yang menarik Edupark di Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor..Video Pengenalan Edupark


-->Maklumat pakej dan harga

Sumber : http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/edupark-6222

 

Semoga perkongsian ini dapat berikan manfaat

3 comments:

Yusai said...

adakah blog cik adik ni link ke web PSP?? wow!!! heheh

riz76 said...

Kena paksa ni..

riz76 said...

Dah g sini??
http://www.artgallery.gov.my