Nov 2, 2017

YaYa Take Iran ~ First Day: Sneak Peak of the Hotel

Assalamualaikum..

Ok, selepas selesai perjalanan 6 jam dalam bas, Alhamdulillah kami tiba di hotel.. cuaca agak sejuk-sejuk manja, sebab dah tengahari kan.. kawasan hotel yang kami pergi ni boleh dikatakan kawasan yang agak desa.. jadi udara memang fresh habis.. aku, kak yati dan bos dapat bilik tingkat yang sama..

IMG_6102
Check in.. orang dekat kaunter terer English.. layan je time kitorang minta bilik dekat-dekat.. mula-mula aku ingat diorang mesti rasa kitorang banyak songeh, tapi setiap kali kitorang turun makan rajin je deme menegur.. nampak tak na, jangan judge dan bersangka tak baik dengan orang.. cantik-cantik orangnya..

IMG_6103
Harga bilik.. bos nombor dua aku cakap dengan sini kitorang jadi jutawan.. kalau bilik double room dalam RM500 satu malam.. kawan aku kata hotel ni 5 star.. tapi memang cantik pun.. ok, mari kita tengok bilik

IMG_6104
View dari pintu masuk..

IMG_6105
Toilet.. aku punya bilik takde bath tub/ jakuzi.. ada bilik yang ada.. aku pun tak berapa jelas sangat apa kategori bilik diorang..

IMG_6107
Full view bilik.. sorryla korang gambar tak berapa cantik #nakkamerabaru.. bilik aku agak luas.. bilik kak yati lain pula saiznya.. oh, bilik kak yati ada balkoni.. bilik den ada tingkap je.. pelik sikitla awat tak sama kan padahal satu row.. itu semua rezeki masing-masing kan.. masalahnya kitorang tak sempat ambil gambar dekat bilik kak yati yang ada balkoni.. Nanti aku sambung cerita kenapa..

IMG_6108
Kenapa aku kata rezeki orang yang ada balkoni.. sebab belakang hotel ni ada ladang teh.. terkejut kitorang time mula-mula tengok.. macam whatt? 1st time aku jumpa hotel yang cenggini.. mungkin dekat cameron ada kot tapi ialah.. belum rezeki nak duduk hotel gitu kan.. confirm mahal kan harganya.. so setiap pagi aku mesti akan termenung dekat sini.. yang ada balkoni lagi syok sebab boleh lepak dekat luar terus kan.. bahagia betul, thank you Allah.. you definitely are the greatest..

IMG_6109
IMG_6110
Muka comot pun takpe sebab ladang teh cantik.. watak utama of the day kan..

IMG_6113
TV cerita iran.. aku tutup lepas tu dan tak buka-buka sampai hari akhir.. hehehe, aku bawa laptop.. jadi aku pasang radio online.. sempat melalak juga la layan nyanyi..

IMG_6115
ada heater dan coffee maker.. oh ye, hotel sini takde iron.. bos aku ada bagitau, dia cakap dia bawa steam iron.. aku dah plan nak pinjam.. tapi kak yati kata dia nak bawa iron juga, dia memang nak cari iron yang boleh bawa travel.. aku lagi suka kan.. hari first tu terus aku iron semua baju siap-siap..

IMG_6117
Tingkap memang selalu buka kalau aku ada dekat bilik kecuali waktu malam.. hotel ni takde aircond, heater je ada.. tapi malam aku tak pasang pun heater sebab rasa panas bebeno.. sejuk malam tu masih boleh diterima.. aku dah ubah kerusi depan tingkap.. ganggu den nak layan perasaan tepi tingkap.. nak duduk dekat kerusi tak nampak pula tehnya..

IMG_6123
Toiletries hotel.. 2 set sebab bilik tu bilik double kan.. bilik aku time ni takde towel.. aku nak minta towel dekat housekeeping.. aku try call 0, tak berjaya.. aku cuba cari directory hotel, sekali directory dalam bahasa parsi.. ah sudah.. Alhamdulillah Allah bagi ilham suruh google translate.. time tu juga aku baru tahu bahasa iran ialah parsi..  tiup kuku sikit hehehehe..

IMG_6130
Ni directory nya.. bahasa inggeris yilek.. aku try yang nombor mula-mula tapi tak angkat.. bila google translate house keeping, yang nombor 4 tu ialah housekeeping..

IMG_6128
IMG_6129
Lagi 1 masalah ialah aku tak faham nombor diorang.. yang macam nombor arab tu bolehla kita faham kan.. sekali keluar nombor macam hamzah.. dah nombor apa pula tu.. google lagi la kita.. tu nombor 6 ye kawan-kawan.. bila dah call, housekeepingnya tak berapa terer english.. tapi aku sebut towel tu dia faham.. dia bagi towel sekali dengan bathrobe.. rasa orang kaya sungguh la kita kan hehehe

IMG_6131
IMG_6132
Terus google siap-siap perkataan yang aku nak tahu..

Lepas dah unpack semua, kitorang rehat-rehat je.. aku tak tidur pun, tengah exited lagi dah sampai iran.. hantar gambar dah kat family semua.. pukul 4 kami janji nak turun lunch.. agak lambat jugala sebab biasa lunch mereka pukul 12 lebih.. pukul 12 tu dah masuk waktu zuhur ye..

IMG_6134
Menunya.. kitorang minta receptionist yang cantik tu suggest mana yang best.. kebetulan dia ada dekat cafe.. eh ke sebab dia nak tolong cakap english kot untuk kitorang, sebab tu dia ada dekat cafe.. ada appertizer you alls.. syoknyeeee aku rasa time ni hehehehe

IMG_6136
Diorang panggil ni sup.. rasa dia macam ala-ala dah sikit tapi tak pekat macam dal.. rasa berempah sikit.. ada lentil dalam tu.. tak berapa nak boleh terima di tekak aku..

IMG_6137
Air must try dekat sana.. Must try tak bermakna must like it hehehehe.. air yogurt.. aku dah try yogurt atas flight, jadi dah dapat agak sikit-sikit rasanya.. yogurt diorang pure.. takde mix gula ke hape.. takde takde.. yogourt kita kalau yang perisa original kan masih manis.. sini takde, susah nak describe rasa dia.. tak semua orang boleh terima.. kak yati hujung-hujung trip dah start suka air ni.. aku? ini yang pertama dan terakhir aku try.. tapi kalau ko tak sedap perut, elok minum air ni.. makanan sunnah kan

IMG_6138
Appertizer kedua.. salad apa tah nama dia.. pun aku biasa-biasa je.. takkan bertukar sekelip mata kan fevret dekat malaysia bila dekat iran.. orang yang suka salad mungkin enjoy.. orang cafe tu pun pelik bila kitorang kata tak nak dah sebab banyak lagi kan..

IMG_6143
aku dan kak yati amik special chef kebab dengan fish kebab.. aku suka yang fish tu.. yang special chef tu mix ayam dan kambing.. ke daging tah.. cili api tu penambah selera.. cili dia tak pedas sangat.. time ni je pun dia letak cili api, bila makan next time dekat sini or tempat lain, depa tak bagi dah cili tu

IMG_6145
Nasi diorang memang banyak.. yang kuning tu safron.. bos kitorang kata campur butter sedap nasi ni.. macam ala-ala nasi arab.. sedap juga bila kitorang try.. rasa lemak-lemak.. butter tu terus cair sebab nasi panas kan..

IMG_6146
Bos kitorang order ikan.. ikan dia memang fresh.. ikan trout kot ni.. dekat sini 2x je kitorang jumpa menu ada ikan.. lain semua menu kebab ayam or daging.. something new untuk kami yang tak pernah sampai kan

IMG_6149
Licin licau you alls.. lapar kot tak lunch lagi kan..

Lepas settle lunch, aku saje jalan keluar.. hujan plak time ni.. memang sejuk bangat.. kak yati naik bilik kejap nak tukar baju.. aku apa lagi, layan gambar sorang-sorang la.. memang dah standby mini tripod dengan timer..

IMG_6152
IMG_6157
Belakang aku tu ladang teh

IMG_6158
IMG_6159
IMG_6162
IMG_6169
IMG_6179
IMG_6180
IMG_6181
Aku pelik juga awat kak yati tak turun kan.. sebab dah tahan sejuk, aku pun naik.. rupanya kak yati kena tukar bilik.. kisahnya begini, bilik kak yati yang ada balkoni awesome tu tak boleh kunci pintu balkoninya.. suruh orang hotel tengokkan tapi memang tak boleh.. demi keselamatan, kak yati tukar bilik lain.. sebab tu la kami takde gambar di balkoni.. ingatnya nak hijacked bilik bos untuk ambil gambar, tapi tak sempat.. ke kitorang malas tah time tu.. hehehe

IMG_6188
Bilik baru kak yati ada jakuzi you alls.. ni pun pelan yang tak berkesmpaian.. hehe, konon-konon aku nak cuba tapi sebab dah penat bila kelas habis.. terus takde rasa nak explore.. kak yati pun tak try tak salah aku..

IMG_6189

Balik bilik, aku explore apa yang ada dalam peti ais.. tadi bos aku tanya receptionist, yang dalam peti ais tu boleh makan tak.. dia kata penganjur memang book hotel sekali dengan barang-barang tu.. apa lagi, excited la explore..

IMG_6185
ada yang aku bawa balik malaysia juga..

IMG_6186
Alhamdulillah, ada juga rezeki nak rasa air made in iran kan.. oh ye, air dekat iran memang takde yang style bancuh ye.. minum pagi je ada jus, susu dan lain-lain.. waktu lunch dan dinner air diorang semua dalam tin dan air gas.. air yang tak gas ialah air yogurt je.. hehehe, satu benda baru juga untuk aku

IMG_6187
Aku bedal 2 benda ni.. coklat tu rasa pisang.. sedap juga.. tak tahu kenapa ada gambar baby.. air tu pun best.. tapi aku tak habis juga minum..

IMG_6190
Kak yati share jadual solat dekat sana..

IMG_6192
Baru nak berkecimpung dengan #teamwhite

IMG_6193
Tengah try function tilt gambar.. ok juga kan.. batu ni aku jumpa dalam sejadah.. kecik je.. aku tak terkejut sangat sebab bos aku dah pernah bagitau..

Lepas makan tu, aku lepak-lepak baca buku yang aku beli tu.. time ni la sebenarnya aku hajat nak update blog.. tapi tak boleh buka kan.. dalam baca-baca buku tu, sekali aku tertidur korang.. tertidur baca buku tu takdela terkejut sangat kan.. aku rasa aku lelap pukul 6 petang kot, sekali aku terjaga tengok jam pukul 1 pagi.. melompat jugala aku.. konon-konon cuba nak tenangkan diri, eh mungkin pukul 1 pagi malaysia kot.. salah weh, memang pukul 1 pagi waktu semasa.. jadi aku tidur dekat 7 jam macam tu.. mungkin sebab tu waktu tidur malaysia aku.. tapi still awalla sebab baru pukul 10 lebih malam pun kalau waktu malaysia kan.. hehehe, kawan aku kata dia call bilik aku dan wasap, aku memang tak sedar langsung.. orang hotel pun ada call tanya nak dinner tak.. penganjur pun call nak bagitahu pukul 8 pagi dah nena naik bas esok.. hehehe, 1 pun aku tak sedar.. bila tengah menaip ni rugi pula rasa tak pergi dinner kan.. hehehe, memang qada habis tidur betul aku.. Nikmat juga tu dapat tidur kan.. Ok, habis cerita hari pertama.. memang rileks sikitla hari pertama.. sebab kelas belum start lagi kan.. Alhamdulillah

No comments: