Jan 15, 2018

YaYa Take Iran ~ Second Day: Perasmian program

Assalamualaikum

Lepas aku tidur dengan jayanya malam semalam, aku bangun balik dalam pukul 4 pagi tak salah aku.. terus marathon gosok baju untuk sepanjang training.. aku dan kak yati macam kagum kenapa kitorang senang sangat bangun awal sebelum subuh, dan tak tidur balik.. aku punya kesimpulan ialah sebab kami ke sana untuk training je… takde fikir kan masalah/ cabaran/ rutin hidup yang lain.. kalau dekat sini kan macam-macam benda nak kena settle, jadi susah nak rasa rileks.. kak yati cakap juga patutla orang-orang arab senang tahajud, sebab subuh mereka awal.. hari pun cerah awal kan.. jadi ada banyak masa untuk sarapan dekat rumah, exercise dan buat macam-macam aktiviti.. tapi aku rasa kalau aku duk sini tak jalan juga, terutama part exercise tu.. hehe, exercise tu kan satu attitude juga

Lama gila aku stop entry ni.. aku cuba cari mood balik untuk sambung..

Kalau ikut schedule yang mereka bagi, hari ini ada majlis pembukaan dan then petang start kelas.. aku ingat majlis pembukaan kejap la kan.. sekali boleh tahan lama juga.. oh ye, untuk majlis pembukaan mereka buat dekat technopark dekat sana.. nanti aku cuba recall balik namanya.. ada dalam 30 ke 45 minit untuk sampai dari hotel.. training hari lain semua buat dekat hotel..

IMG_6195
Macam tak percaya lagi bila buka tingkap terus nampak ladang teh..

IMG_6201
Kitorang turun breakfast dalam pukul 7 tak salah.. hari tu matahari cantik sangat.. aku dah gian nak ajak kak yati pergi bergambar tapi kak yati kata releks dulu na, breakfast dulu.. lagipun pun ni baru hari kedua.. hehe, aku macam biasalah.. gelojoh kan..

IMG_6203
IMG_6204
IMG_6202
IMG_6207
Menu hari kedua.. semalam breakfast dekat luar, hari ini dekat hotel pula.. memang betul la kata bos aku, hari-hari sarapan dan makanan diorang lebih kurang.. tapi aku semangat je lagi kan.. sebab first time.. dah hujung-hujung tu baru selera lebih dekatt roti..

IMG_6206
Ni antara fevret aku dekat situ.. dia mcam ala-ala fish cake texture dia, tapi ayam.. dalam dia ada cheese.. memang yang ni antara menu yang aku duk repeat.. Kitorang sarapan agak lama, jadi tak sempat ambil gambar banyak sangat time ni.. cantik weh gambar.. bukit tu, geram je tengok kan..

IMG_7262
Muka teruja..berlari juga kitorang p amik gambar.. sebab bas dah nak gerak tak salah aku..

IMG_7264
IMG_7265
IMG_7267

Pemandangan sepanjang perjalanan pun sangat awesome.. tapi susah nak capture sebab tengah gerak kan..

IMG_6209
IMG_7268
tak, aku tak tidur.. muka layan perasaan.. dapat pula duk seat sorang satu kan hehehe.. time g Masoleh memang aku tidur lena, sampai kawan aku risau terumbang ambing kepala aku hehehe

IMG_6212
IMG_6213
Awan cantik sangat sepanjang perjalanan

IMG_6214
Bandar apa ek.. hilang terus ingatan aku..

IMG_6216
Nampak tak benda bulat warna kuning tu.. tu kuih tradisi dekat sana.. nama macam biasala dah hilang dari ingatan.. aku ada rasa juga dekat hotel.. dia mcm roti garing inti manis sikit lepas tu macam ada kelapa.. boleh bayang ke..


IMG_6219
IMG_6224
Sport Complex

IMG_6226
Teksi depa

IMG_6227
Bomba diorang.. kalau korang tenung nanti nampak gambar orang duduk tunduk pegang bendera.. hehe, gambar tak cukup cahaya..


IMG_6229
Sampai dekat sini bas dah tak boleh masuk.. moh jalanla kite..

IMG_6230
Haa.. nama park tu ialah gilan technopark.. time mula-mula nampak signage ni aku baca kailan hahaha.. lepas tu bos aku betulkan..

IMG_6232
Ok, cerita pembukaan aku sambung ek.. kira ni entry nak pickup semangat habiskan cerita Iran.. hehehe

No comments: