Jan 22, 2018

YaYa Take Iran ~ Second Day: Sambungan Perasmian program

Assalamualaikum..

Ok, lepas sampai tu kitorang terus masuk ke tempat perasmian.. Dah penuh orang weh, segan juga sebab depa semua majoriti pakai hitam.. aku dengan kak yati dengan baju bunga-bunga, kak yati siap kilat-kilat lagi.. hehehe, macam ni rupanya perasaan foreigner bila kita pandang diorang kan.. apa yang aku paling kagum dekat sini ialah apa-apa event mereka memang akan buka dengan bacaan Alquran.. baca live ok, bukan rakam-rakam.. yang baca pula semua jenis baca sedap berlagu.. lepas bacaan ayat suci Quran, terus start event.. aku pun tak pasti ada nyanyian lagu ke tak.. rasa macam takde.. inilah akibat upate cerita basi hehe

IMG_0896
Gambar-gambar cantik ni dari offcial photog diorang.. time hari last diorang bagi copy dalam bentuk CD.. menyesal tak baik-baik dengan photog diorang.. eh tapi ada je yang kitorang panggil dia minta tolong amikkan gambar.. hehe, nama pun tahu tau.. Mr Murtaza.. jodohkah hahaha

IMG_0915
Ketibaan VIP..

IMG_0997
Nampak tak kewarna-warnian kami.. eh ada juga negara lain yang warna-warni.. kiranya memang boleh bezala orang Iran dan tourist.. tourist katanya kan.. hehe

IMG_6236
IMG_6250
IMG_6267
Ni ialah MC time perasmian.. aku kagum sebab cantik tu satu hal, tapi style dia MC sangat cool.. Dia siap jalan-jalan kot time MC, macam ala-ala forum.. tapi event rasmi.. kalau event rasmi kita kan penuh protokol bagai.. nada suara dia pun memang slow and steady.. tak pernah lagi aku nampak MC event style macam ni..

IMG_6256
Photographer diorang pun ada yang perempuan juga.. sempoi je pakai jubah.. kagum dah aku.. terus teringat photog kesayangan dengan opis tu hehehe.. aku rasa perasmian tu makan masa setengah hari jugala.. tapi dia ada waktu break kejap.. aku rasa kan mana-mana tempat kita pergi semua orang ialah sangat baik-baik.. we get back what we think.. personally aku rasa time mula-mula nak pergi sini aku ialah ada macam-macam persepsi.. tapi alhamdulillah semua sangat ok.. but dekat mana-mana pun kita kena still berjaga-jaga kan.. even dekat Malaysia pun sama.. jadi, bersangka baik dan berjaga-jaga..

IMG_6269
Diorang cakap ni antara makanan signature dekat sana.. aku ambil sebab nak rasa nanti, tapi tak makan sampai sudah.. tak tahu rasa macam mana..

IMG_6270
Air epal rasanya.. antara pengubat hati bila sedih tak dapat rasa jus depa yang pelbagai.. ambil pengajaran ye, lepas ni kalau berjalan tukar siap-siap duit dekat airport mereka kalau dekat malaysia takde currency tu..

IMG_6276
Lepas settle break, diorang ada macam meeting dengan wakil delegasi setiap negara.. kami orang-orang kecil duduk belakang je sebab 1 negara sorang wakil.. berani ko nak jadi wakil bila bos ko ada hehehe.. kak yati sempat borak-borak dengan Oli, dari Iran juga.. eja nama dia aeli tapi bunyi oli.. Oli bukan dari kawasan situ.. jauh juga dia travel.. cantik sangat kan.. dah la baik.. aku rasa dia 27 kot umur.. tapi serius nampak muda.. time hari last ke atau 2 hari last kursus husband dia datang.. memang bagai pinang dibelah dibelah dibelah sangat hehe.. Lepas settle meeting, mereka bawa pergi lunch.. kami ikut aje, sebab tengah mood exited nak explore food depa kan..

IMG_6286
IMG_6287
Ni dekat luar pejabat diorang.. cuaca tengah panas, jadi cantikla gambar.. reflection tu pun awesome kan.. naik seri muka.. hehe

IMG_6294
Sebab jalan kawasan sini sempit, bas parking dekat hujung sana.. eh tapi time balik petang tu boleh pula bas masuk.. oh mungkin dia parking jauh sikit time lunch ni untuk senang gerak ke kedai makan kot.. mungkin..

IMG_6296
Kedai teh.. aku ada beli teh dekat hotel.. diorang jual juga teh, dari ladang teh dekat belakang hotel mungkin.. minum sikit je baru hehehe.. sebab teh daun kan.. malas nak tapis-tapis..

IMG_6297
Budak sekolah depa..

IMG_6298
Rilex je diorang jual-jual tepi bandar.. time balik tak salah aku dah takde dah pakcik ni jual..

IMG_6299
IMG_6300
Sape terer boleh baca no plat diorang..

IMG_6302
Abam polis.. macam lebih kurang outfit polis trafik malaysia kan..

IMG_6307
Kedai makan tu aku rasa dalam 5 minit dah sampai bila naik bas.. cantik kan deco outside dia.. aku rasa kedai ni macam kedai mahal-mahal dekat sana.. deco dalam cantik kot..

IMG_1148
yang sebelah kak yati tu Dr medical dari Iraq.. kalau ikut kata Dr ni, makanan dekat iraq dan Iran ada persamaan juga.. nampak tak item atas meja tu.. jap aku nak explain..

IMG_1150
Full view kedai makan..

IMG_6308
Tak sia-sia ambil gambar ni.. dah dapat track nama restoran kan.. dalam ni ada kutleri untuk makanan dia..

IMG_6315
Kemas kan.. tak salah aku restoran ni je yang aku jumpa packaging gini.. ada sudu, garpu, straw, wet tissue.. lengkap weh..

IMG_6314
yang paling aku kagum ialah siap ada chewing gum ok.. perisa pun best.. banana ok, berapa banyak ok daa.. aku dengan kak yati exited gile tengok ada perisa ni.. terus kami decide nak bagi sorvenir chewing gum ni dekat geng opis.. sebab kitorang rasa ni macam rare dan unik only in Iran.. eh ke ada je perisa ni dekat malaysia.. chewing gum ni ala-ala untuk hilangkan bau mulut, diorang banyak food guna bawang putih tak salah aku..

IMG_6309
Roti nipis ala-ala macam roti nan tapi lagi nipis..

IMG_6310
Air mineral brand coca cola.. dekat bangkok aritu aku jumpa brand nestle..

IMG_6321
Ni ialah macam set appetizer diorang.. yang paling bawah tu macam ala-ala kuah dal tapi lagi ringan texture dia.. yang merah tu delima tak salah aku.. rasanya sama macam soup yang kitorang order time mula-mula sampai hotel.. yang kanan atas tu macam ala-ala terung blend.. yang kiri tu olive salut something.. aku memang tak makan sangat, buat syarat wajib untuk rasa sebab itulah tujuan berjalan tempat orang kan.. to know their culture and food.. rasa tetap rasa.. tapi kalau cannot go usah dipaksa.. hah, dah macam pantun dah..

IMG_6322
IMG_6323
Air depa standard ialah air tin.. istak ni ada kan dekat malaysia..

IMG_6324
yang ni maveles.. kebab ayam, tomato grill tu sedap.. yang merah tu kobis jeruk tak salah aku.. pun sedap, agaknya kitorang memang tengah lapar tu time ni.. antara kebab yang sedap dalam banyak kedai aku pergi.. tak kering.. moist elok je..

IMG_6325
Settle makan kami patah balik ke tempat perasmian tadi.. sesi kuliah nak mula dah uolls.. macam ala-ala nak pilihanraya kan bila tengok bendera gini.. bila sebenarnya pilihanraya kita ek..

IMG_1164
Boleh tahan layu juga aku rasa time kelas.. sebab lepas lunch kan.. kagum aku dengan lecturer yang boleh mengajar lepas lunch break.. macam mana diorang boleh tak ngantuk kan.. respect..

IMG_1175
Tak pernah tak fokus kalau ada kamera.. tengah menaip tu, sanggup berhenti nak ambil gambar hehehe

IMG_1176
Team Malaysia dan Indonesia..

IMG_1196
Semua peserta kursus.. gambar cantik ni Mr Murtaza hensem yang ambil hehehe

IMG_1200
Settle kelas, kami semua dibawa untuk berjalan ke Rasht City.. memang hari first kursus ni memang pack la jadual kitorang.. nanti aku sambung lagi..

No comments: