Jan 30, 2018

I'm in love Islamabad: Day 1~ The journey begin, transit in Dubai

Assalamualaikum

Akhirnya aku tak berjaya habiskan entry Iran lagi.. Hajatnya nak habiskan sebelum aku buka kisah baru.. Tapi planning dah lari, maka mari kita teruskan dengan apa yang kita ada.. manfaatkan masa yang ada..

aku ada apply kursus di Islamabad paksiistan.. Aku dapat tau aku diterima untuk kursus ni ialah 2 minggu sebelum.. agak suntuk dan nak cuak lama pun tak sempat.. bila tau dapat, benda first yang nak kena settle ialah visa.. aku cek dekat website high commision of pakistan, isi borang dan sedia dokumen, pergi ambil gambar.. pertama kali submit, borang kena reject atas dua sebab: 1-aku buat payment online, jadi kena dapatkan pengesahan bank.. akain bank high commsion tu ialah affin bank, which is agak limited kan, jadi konon-konon nak senang aku transfer online sebab susah nak g bsnk tu.. sekali jadi dua kali kerja.. jadi nasihat aku buat je la bayaran dekat kaunter.. 2-surat pengesahan bos aku takde cop.. pelik sikitla sebab biasa dekat surat mana kita copkan, dah taip nama siap-siap and then sign je kan.. but itu prosedur mereka, jadi kita respect.. untuk visa submisson, kaunter tutup pukul 11.30 pagi.. jadi memang tak sempatla nak patah balik office dan resubmit.. jadi kita pergi next day..

sebab dah tau submission tu kejap, kitorang gerak pukul 9.30 pagi.. agaknya memang rezeki kami untuk diuji, kaunter maklumkan kami kena mohon visa bisnes, bukan tourist.. confuse juga la sebab hari mula-mula dia cek takde pula dia bagitau salah.. aku cakap juga, kami takde any transaction duit untuk bisnes but then dia kata still bisnes.. jadi kami kena buat 2 perkara iaitu pergi affin untuk tambah RM20 sebab visa bisnes ialah RM50 compared to tourist visa which is 30.. second kami kena pergi cimb untuk ambil bank statement sebab visa bisnes kena ada bank statement.. time tu dah pujul 10.30, alhamdulillah Allah mudahkan.. kami sempat submit dan interview terus.. and the next day dah boleh collect.. waktu collection ialah pukul 4 petang..

settle visa, kami perlu uruskan tiket, alhamdulillah yang ni pun smooth.. kami request untuk sampai siang so that ada masa rest kan..alhamdulillah rezeki kami dapat terbang dengan emirates dan transit dubai.. memang kitorang melompat sokmo bila fikir dubai hehehe..

untuk perjalanan pergi, kami transit 2 jam, jadi tak sempat keluar.. planning kami nak keluar bila balik Malaysia nanti sebab transit 10 jam.. tazabarrr

kami naik erl sebab senang.. plus travel malam kan, kesian pula orang nak hantar.. malam ahad kan semua takde mood sebab rsok kerja.. aku personally pun suka naik train..rasa traveller sangat hehehe


cats everywhere.. aku memang dah berkenan seluar ni time rayyan hayya mula-mula keluar design ni tapi sebab preorder tak sanggup nak tunggu.. ibarat macam tunggu bila barang poslaju nak sampai hehe.. bila dah ada ready stock baru pergi test kat kedai.. kain dia best, aku jatuh hati ganda 27


 tak sangka aku ada rezeki training.. lagi tak sangka sebab dapat pergi dengan kak yati, my partner in crime..



dua-dua lapar jadi nak makan heavy, klia tak banyak sangat kedai makan.. kitorang try paparich..memang rasa kaya sangatla sebab nasi lemak ayam RM25, kalau tambah sotong atau udang RM30.. aku rasa kalau kat luar mungkin tak mahal cenggini kan.. tapi berbaloila sebab dalam flight pagi baru jumpa nasi


 dalam train pun takde orang



merah I olls


macam biasa selongkar kit dekat poket depan.. seronok sebab suka tengok tulisan bukan bahasa melayu


2-tingkat uolls.. aku tau bila tengok viseo safety instruction depa..padahal kak yati dah ada bagitau.. seat atas ialah seat bisnes class.. walaupun kitorang pergi urusan bisnes katanya, idokla dapat duduk bisnes hehe hambar plak rasa


safety guideline..susha plak nak rotate guna blogger dari hp


cantik kan pandangan atas kapal terbang... teringat plak aku baca novel yang dia kata bila baring nampak bintang..ingatkan dia tipu 


aku sempat layan dua cerita.. the circle dengan family man.. the circle ending tak best.. aku tido sejam je atas flight.. tak berjaya nak tidur


bengalur.. lupa nak say hi dekat mai 


nasi goreng cina,dengan ayam..semua,aku bedal.. kek je aku simpan


akhamdulillah landed safely in dubai..oh ye, kita boleh request dekat kaunter untuk terus check in luggage sampai tempat dituju.. jadi tak perlu nak ambil time transit.. kak yati yang terer bab-bab tu


bukti den naik emirates mak


video on arrival in dubai.. ada aku story hp aku jatuh dalam toilet.. menangis tak berlagu gue



kami terus pergi ke connecting flight.. sebab kejap je transit.. aku ada jumpa juga lecturer pergi konferens di Amsterdam


aku berkenan betul tengok design booth dia


banyak kot board iklan huawei.. den tumpang banggo


strolley budak.. aku tak tahu kena,bayar sewa ke tak



tinggi lampai jadi kak yati


air fevret kak shira.. lain macam bunyi yang tulisan jawi.. aku usha juga harga, dekat 30 ringgit.. dah macam harga nasi lemak.. tak habis bangga lagi makan nasi lemak 30 ringgit hehe


nak ke connecting area banyak naik lift gini.. direction clear dan ramai staf yang bantu.. banyak juga pekerja yang bukan orang dubai


aku dengan kak yati leka duk mengusha kedai ni.. ok jugala aku rasa price dia.. dia terima juga duit usd



comel sangat souvenir diorang.. tengok pen ni tingat adik n iman..12 dirham tak salah aku.. kak yati kata 1 dirham lebih kurang singgit.. tingat pula cite p ramlee bila sebut dirham


yang botol air ni 30 dirham.. tapi takde bpa


keychain tu comel kan.. yang sheikh tu comel kan.. yang keychain hp tu pun murah.. 15 dirham ada 3..


15 dirham.. yang ni cantik sebab ada 3 set champ


yang cawan ni 25 dirham..ada unta juga.. kak yati macam cadang nak beli untuk ain




cantik kan lampu genie


yang ni pun cantik tapi tak tengok harga sebab nampak mahal


ada juga jual gold dekat sini.. kedai-kedai ni semua ialah otw aku nak naik flight.. punyala besar kan.. kala yang dekat luar mesti lagi banyak kedai


yang ni tak tengok harga.. macam dah biasa je kan soft toy

akhirnya tak boleh tahan.. aku minta tolong kak yati amikkan gambar


umi apa kabar.. salam sayang dari yana di perantauan



data plan dubai..aku asik nak sebut wefi je


naik tren nak p gate B2


kitorang tak naik lif dah sebab ada nampak eskelator signage to B2


panjang panduan eskslator


ni yang lemah iman nampak duty free ni


luas dan besaq habis.. tinggi kot bumbung dia


yang baju biru tu pemain kriket tapi tak tau negara mana.. muda tapi tinggi #jodohtakkesampaian


mula-mula aku ingat perkataan feragamo tu terengganu.. time aku mula-mula tengok tu selvato tak nampak lagi.. design corak pula dah macam batik kan



atm sebelah coffee machine



kids zone.. yang tak best sikit tempat smoking betul-betul sebelah sini.. kesian budak


starbucks




ok, dah tak larat nak taip.. kita sambung nanti insyaallah


No comments: