May 18, 2015

Bercuti di Bangkok- Day 5: MBK, Siam Discovery dan kawasan sekitar

Assalamualaikum..

Bersambung lagi entry Bangkok.. untuk hari kelima, memang kami plan nak santai-santai.. untuk hari kelima dan seterusnya memang asing-asing aktiviti kitorang dengan geng lelaki.. Nak tau apa aktiviti diorang? tengok wayang.. hahaha kat malayisa masing-masing busy jadi tak sempat.. kami plan hari kelima nak pusing MBK.. sebab kak yam masih belum dapat cari untuk family perempuan dan anak suadara.. aku plak nak cari untuk officemate je.. hajatnye nak beli makanan kering je.. serius rasa senang je nak ke MBK.. tak rasa macam dekat foreign country.. hari ni juga bermula Songkran Festival.. jadi kitorang da standby siap-siap benda-benda yang perlu dilindungi.. tapi alhamdulillah, sepanjang dekat sana kitorang memang tak kena siram dengan dahsyat.. yang berani simbah dekat kitorang ialah budak dan makcik-makcik.. Magic kan bila bertudung? Subhanallah, sebaik-baik pelindung Allah dah bagi pada kita.. siapa sangka dalam situasi macam ni tudung boleh jadi pelindung.. Sungguh Allah Maha Kaya dan Mengetahui hikmah setiap perintahNya.. korang bayangkan, orang depan kitorang yang tak bersenjata pistol air kena tembak, elok dekat kitorang dia hands down.. Subhanallah..

Ok, sambung cite MBK balik.. kami gerak agak awal.. sebelum pukul 10 dah sampai.. jadi tukang buka kedai plak.. hehe.. kak yam ajak berjalan-jalan ke shopping complex dekat area MBK.. situ ada Siam Discovery dan yang serangkai iaitu Siam paragon dan Siam Center.. sini ialah shopping complex mewah.. memang mewah sangat.. cuci mata je kitorang.. kalau korang memang dah khaskan satu hari nak ke MBK, boleh jalan-jalan dekat area Siam Paragon juga sebab dia ada attraction lain yang best macam Madame Tussauds, Underwater world.. Madame Tussauds tak salah aku kosnya 1000 baht++, boleh rujuk dekat sini untuk info.. Underwater world, 900 baht ++.. Detail boleh rujuk sini.. kalau untuk tiket combo pula, boleh rujuk sini.. aku dan kak yam memang takde plan nak masuk sebab bajet ngam-ngam.. kitorang sekadar lawat kawasan.. berbaloi sangat aku rasa sebab dapat jumpa patung lilin juga, dan dekat underwater world kitorang sempat ambil gambar dengan karekter dekat situ.. diorang ada buat show tapi terlepas..

IMG_3969
MBK.. kalau nak ke siam discovery, korang ikut je jejantas tu.. signage insyaalah lengkap ada.. kalau nak pergi sini direct, boleh turun dekat stesen siam sebenarnya.. lagi dekat, kitroang ialah unplan nak pergi.. tu yang turun dekat national stadium..



IMG_3974
Tunggu kedai buka..



IMG_3980
Kaunter tiket untuk masuk madame tussauds.. kalau ada duit lebih memang teringin nak masuk.. Insyaallah next time.. tak salah aku madame tussauds di tingkat 5.. tempat beli tiket aras 4.. boleh cek signage juga..


IMG_3987
IMG_3989
Brad Pit tunggu dekat luar.. jadila kan dapat gambar dengan sepatung dua.. Orang Indonesia tolong ambilkan gambar.. next kami berjalan ke arah Siam Center dan Siam Paragon..



IMG_4005
IMG_4012
Ambil gambar bukti da pernah sampai.. nak buat balik bukti shopping tak terdaya..


IMG_4018
yang ni siam paragon kalau tak salah aku.. siap ada pokok hidup tinggi menggunung dan air terjun cantik.. kagum kagum



IMG_4029
Ok salah nama.. ingatkan underwater world.. nama sebenar adalah Bangkok Sealife Ocean World


IMG_4037
View yang best.. dekat luar pun aku dah kagum.. kalau masuk dalam mesti best lagi..


IMG_4041
Gambar gelap sikit sebab dalam bangunan aku kira.. ni karekter yang aku cakap tu.. gambar free je, tak perlu bayar..



IMG_4044
Diorang sporting.. selfie dengan mereka.. diorang siap tolong ambilkan gambar.. sah-sah tangan diorang lagi panjang kan..



IMG_4047
Ada patung juga dekat sealife ni.. Tony jaa kata kak yam namanya.. aku memang tak kenal.. jadi total patung lilin yang kami jumpa untuk bergambar ialah tiga.. termasuk dekat tempat beli tiket



IMG_4057
Beg merah untuk hp tu aku beli dekat chatuchak.. merata orang jual.. mula-mula aku tak faham kenapa banyak orang jual beg ni dan pistol air.. rupanya untuk songkran hehe



IMG_4059
Lepas dah setel tour, kami ke MBK.. aku kira dekat pukul 11 lebih baru kitorang patah balik ke MBK.. penat jugala berjalan.. banyak kali berhenti rehat.. lunch pun makan dekat sini.. aku makan menu yang sama time 1st day dulu..



IMG_4060
Aiskrim kelapa sedappp.. ada jeli yang macam kita makan dengan bubur caca tu dan jagung.. sedap sangattt… ingat nak repeat makan sebelum balik tapi tekak tak berapa sedap.. dekat family mart dekat dengan hostel kitorang ada juga jual.. ada perisa keladi.. yang tu hajat tak kesampaian nak try..



IMG_4062
Kitorang gerak balik dalam pukul 4 lebih.. ini ialah pemandangan dekat BTS sala deng.. terkejut gila aku orang ramai gile.. nak turun train pun susah.. orang yang belah kanan tu semua ialah geng yang memang nak menyembur air.. kira macam diorang ni berarak untuk menyembur dan disembur air.. fuhh, dahsyat betull.. of coz ramai foreigner.. serius aku yang first time rasa ala-ala culture shock juga tengok gini ramai orang.. ada lagi dua hari dekat bangkok.. tak sabar nak habiskan semua.. kalau berjaya habis alhamdulillah sangat.. dah lama tak menulis berentry entry kan hehe..

  1. Transport dan makan: 500 baht
  2. Sorvenir Office: 1000 baht
  3. Sabun kelapa awesome gile: 50 baht
Total kos hari kelima: 1550 baht ~ RM166

May 7, 2015

Bercuti di Bangkok- Day 4: Maeklong Railway Market dan Amphawa Floating Market

Assalamualaikum..

Mencabar sungguh nak sambung cerita hari keempat.. lepas buka tutup balik draft entry.. Bismillah, untuk hari keempat iaitu hari Ahad, kami aim untuk ke Maeklong Railway Market dan Amphawa Floating Market.. En Adil awal-awal lagi dah pesan hari ni akan gerak awal..pukul 8 pagi kami gerak untuk naik BTS ke Victory Monument.. Sebenarnya, kalau korang memang aim nak tengok keretapi lalu dekat maeklong, better gerak lagi awal sebab 1st trip keretapi dalam pukul 9 lebih pagi.. jadi bila kitorang gerak pukul 8 pagi, sampai dekat maeklong dalam pukul 10 lebih.. jadi dah terlepas 1st trip.. kitorang tunggu yang pukul 1 plak.. tapi kalau korang memang aim keretapi yang tengahari, takde masalah untuk gerak lambat

Dari victory monument, korang ambil exit no 4, cari bangunan Suzuki, depan sikit nanti akan nampak van park banyak-banyak.. aku ialah baca dekat blog ni cara-cara nak ke maeklong..memang sangat membantu.. rupanya en adil pun print dari blog yang sama juga.. macam yang pernah aku cakap sebelum ni, di Bangkok tempat-tempat sangat mudah nak cari dan capai.. Insyaallah tak sesat

IMG_3824
Aku rasa ni satu-satunya gambar kami berempat, tu pun kawan en adil nampak separuh je haha.. dekat sini adalah tempat menunggu van nak ke maeklong, ada kaunter yang tulis signboard maeklong.. tiket harga 70 baht.. banyak trip van yang ke maeklong, jadi tunggu pun tak lama sangat


IMG_3830
Van yang boleh muat dalam 15 orang, aku rasa sama besar macam van dekat langkawi.. jenis van persiaran.. driver van ni bawa omangaihh, memang mengucap panjang.. sangat terror mencilok.. walaupun dia bawa ganas, aku tetap sempat tidur juga.. hehe.. perjalanan makan masa dalam sejam setengah..


IMG_3834
Alamak, aku tak ambil pula gambar jadual masa train.. tak salah aku yang tengah tu ialah waktu train sampai.. 9.45 am, 1.45 pm dan 6.22 pm.. oh ye, bila korang turun dari van, kita tak sampai terus ke tempat keretapi..tapi jangan risau, dekat tempat turun tu ada map kawasan.. boleh ambil gambar dan simpan.. aku ambil gambar, lepas tu sebab memory phone penuh aku delete.. sadis betul.. train akan lalu dalam pukul 1.45 petang.. jadi kalau korang sampai awal macam kitorang, ada 2 options. boleh pusing-pusing jalan area situ, atau korang boleh pergi ke amphawa floating market.. kalau nak pergi amphawa, boleh refer dekat blog yang aku link kan dekat atas.. korang cari 7 eleven, dekat situ nanti akan ada kawasan parking untuk van biru.. dia bukan van betul, belakangnye jenis terbuka.. ada namanya tapi aku lupa.. macam aku aritu, tanya penjual dekat situ, dia suruh tunggu dekat parking no.1.. nak ke sini murah je, 7 baht je kalo tak salah aku.. murahkan, nak pengsan rasa hahaha

Aku ialah g jalan-jalan area maeklong sebab tak tahu amphawa dekat belah mana.. ada orang german tu dia ke amphawa dulu dan sempat sampai maeklong.. jadi boleh pilih ikut kesesuaian hati..


IMG_3840
IMG_3845
Dekat area stesen, yang dekat sini kedai dia takdemain tutup-tutup payung.. train akan berhenti dekat sini.. beg yang aku beli tu sangat awesome aku rasa.. sebab boleh gantung spek juga.. insyaallah next trip bejalan aku akan bawa juga


IMG_3855
IMG_3857
Di tengah-tengah pasar maeklong.. ada yang panggil folding umbrella market.. ada juga jual tshirt sorvenir.. macam en adil, dia minat tulis poskad.. dekat sini ada jual, fridge magnet pun ada juga.. tapi banrang-barang ni jual dekat luar pasar.. Dekat pasar sini banyak jual barang-barang basah, sorvenir ada tapi kena cari dekat luar.. oh ye, korang wajib beli mangga dekat sini.. kitorang beli dalam 7 biji, dapat 70 bath.. manis gila, besar-besar plak tu..


IMG_3866
Sementara menunggu train lalu, aku dan kak yam jalan-jalan di sekitar kawasan.. janji dengan en adil nak jumpa pukul dua dekat kawasan train berhenti nanti.. belakang aku ialah kuil.. bak kata kak yam kita ambil je yana gambar kuil ni.. at least dah cukup syarat nak cakap dah jumpa kuil dekat thailand hehehe


IMG_3870
Nampak tak tong biru belakang aku.. itu ialah bekalan air untuk songkran nanti.. siap ada yang jual air untuk refill.. ada juga yang jual ais.. umangaihh.. dahsyat betul


IMG_3878
Jumpa jeti naik bot kecil.. tak tahu ke mana arahnye..



IMG_3885
Menu wajib cuba di thailand.. teh susu.. maveles juga yang ni.. harga 20-30 baht tak salah aku.. sedap juga, tapi yang ni jenis bubuh ais hancur penuh, lepas tu letak airnye..


IMG_3887
Dalam kertas tu, ada airnye.. konsep air ini ialah pekedai tu akan ikat dan ada ruang udara dekat atas plastik.. diorang cucuk straw tembus plastik dekat atas platik tu.. kagum dah aku, dekat sini kan kita akan masukkan straw dulu baru ikat, pastu ada masalah nak pegang air dan bagi air duduk tegak.. air pun susah nak sedut.. pada aku dah sangat inovasi dah ni.. mudahkan pembeli untuk minum air dengan selesa


IMG_3896
Ok, lepas puas jalan-jalan dan minum air (kitorang minum air kelapa juga..cari kedai yang jual murah.. 20 baht dah dapat dah), kami standby dekat sini.. Alhamdulillah dapat port baik..


IMG_3900
Taraaa.. da tertutup da semua payung/ khemah.. gila cepat akak-akak dan abang-abang kedai ni tutup


IMG_3904
Keretapi sampai.. Macam mimpi je rasa aku tengok keretapi lalu celah-celah kedai.. subhanallah, macam mana diorang boleh terfikir nak buat pasar tengah-tengah ni.. no wonder boleh jadi pasar paling bahaya di dunia.. oh ye, aku rasa dari segi aspek keselamatan insyallah ok, memang dia akan announce bila keretapi nak sampai.. even pekedai tu akan marah kalau kita duduk dekat sangat dengan rel.. insyaallah selamat, dan jangan berani berani nak standby depan keretapi.. kalau jauh lagi takpe..


IMG_3907
Nampak tak dulang-dulang tu.. aku kagum bila diorang tak angkat, sebab memang tak kena bila keretapi lalu.. dah bertahun-tahun diorang meniaga.. jadi memang dah boleh agak jarak keretapi tu


IMG_3908
Keretapi sebelah aku.. cuak juga time ni, rasa keretapi tu gerak lambat tapi boleh tahan laju juga sebenarnya


IMG_3910
See.. makanan tu masih elok je terbiar sebelah rel..


IMG_3911
Payung dipasang balik.. bila keretapi sampai stesen, dalam 20 hingga 30 minit baru diorang akan gerak patah balik..


IMG_3912
Dapat gambar dengan belakang keretapi pun dah seronok sangat dah..


Next destination, kami menuju ke amphawa floating market.. aku pernah baca orang pergi ke Damnoen Saduak Floating market.. aku kira tempatnye dekat-dekat sini juga sebab dalam perjalanan aku nampak juga signboard Damnoen.. yang aku baca dekat review blog, pasar damnoen ni kena pergi pagi.. pukul 11 macam tu dah tutup.. mungkin dekat bangkok banyak floating market yang ada.. pada aku amphawa ni pun dah ok kalau nak tengok cane orang jual atas air.. terpulang pada pengalaman dan perancangan perjalanan masing-masing



IMG_3913
Dalam van biru yang aku cakap.. muat dalam 10 orang juga..


IMG_3918
Pemandangan di Amphawa Floating market.. Exited bila sampai sini.. dekat sini ramai yang jual makanan, tak berani nak try.. eh tapi en adil ada jumpa kedai mee sup halal, 30 baht je kalau tak salah.. ada juga yang jual sorvenir tapi mahal supo bedil.. hehe


IMG_3920
Kalau korang berminat nak naik bot ni, boleh naik dengan bayar 50 baht.. aku tak naik sebab konsep aku dan kak yam ialah kita touch down je.. asal sampai tempat best sudah, hehehe.. honestly, aku rasa dekat sini banyak tempat-tempat best yang wajib cuaba.. cuma ongkos tak mengizinkan.. banyak membeli aku kira..


IMG_3927
IMG_3932
Antara deco kedai yang menarik.. kitorang berhenti dekat tengah-tengah tu untuk hilang penat.. ada disediakan tempat duduk, tandas pun ada juga.. kitorang sempat makan roti dan minum air.. aku rasa dekat sini kitorang duduk sampai pukul 4 petang juga.. tapi tak lapar sangat, bila berjalan yang kita lapar adalah lapar air.. jadi memang sangat jimat perbelanjaan aku dari segi makanan


IMG_3933
Adik cantik.. tak puas aku tengok, dah la lawa, lembutplak .. haihh, aku dan kak yam beli jam tangan murah dekat sini..harga 50 baht..


IMG_3936
IMG_3937
IMG_3938
IMG_3939
Sangat berbaloi untuk singgah sini..kosnye pun memang murah.. kalau korang aim nak pergi ke maeklong railway market, wajib singgah sini sekali.. sebab tempatnya dekat-dekat dan alang-alang dah pergi jauh dari Bangkok.. dari sini, nak balik ke victory monument, korang boleh ambil van terus dari sini..tak perlu patah balik ke maeklong.. tak salah aku sejam sekali tripnye sampai pukul 8 malam, tapi time aku tunggu tak sampai sejam dah sampai van.. kat mana nak cari van? dari tempat korang turun time van biru hantar tu, korang jalan terus dan jumpa simpang tiga.. dekat belah kiri akan nampak jambatan putih.. susur tepi jambatan tu, dan dekat belah kanan nanti akan nampak ada kaunter.. memang ada tulis victory monument.. tiket balik tak salah aku 80 baht..

Untuk solat, dekat tempat korang turun  dari van biru, ada surau sebelah jalan kanan yang bertentangan dengan entrance amphawa market.. ada signboard tapi bila masuk dalam dah takde signboard.. korang ambil wuduk di tandas.. surau betul-betul depan tandas.. boleh tanya pekedai dekat situ.. selesa tempat solat dia.. pandangan aku better solat dulu sebelum pergi naik van sebab perjalanan sejam lebih.. dari victory monument nak kena naik train lagi.. dekat bangkok 6.30 petang dah nak maghrib.. kalau dah solat tak kelam kabut sangat nanti


IMG_3947
Untuk dinner, kitorang beli kebab dekat anatolia kebab.. kedai ni otw ke jalan dari bts sala deng nak ke hostel kitorang.. harga 60 baht.. ayam penuh dan kenyang.. 2x juga kitorang makan kebab.. Alhamdulillah setel hari keempat.. sekarang aku tengah pening nak ingat bajet.. insyaallah lebih kurang kosnye

  1. Makan dan perjalanan = 500 baht (termasuk tiket pergi balik naik van)
  2. baju iman (anak sedara)= 150 baht
  3. jam tangan = 50 baht
Total kos hari keempat: 700 baht ~ RM75

May 4, 2015

Being here: My hometown

Assalamualaikum..

Skip entry bangkok sat.. Balik kampung sentiasa jadi agenda yang menyeronokkan.. Tempat untuk lari sebentar dari lelah bandar.. Tempat untuk berhubung dengan manusia sebenar.. Dengan kata lain, gadgetless.. Terkadang rasa takut dengan teknologi, sampai rasa kosong bila takde internet.. Scary sungguh dunia hari ini.. Ke aku je yang berperasaan begitu

Sempat singgah sat ke pantai pulau kambing.. Area bachok, dekat dengan tok bali.. Cantik sungguh, subhanallah.. 1st time kami singgah area sini.. Pantai sangat bersih.. Ikut hati rasa nak terjun, tapi masa sekejap sangat dan kami pergi pun tak bawa baju lebih.. Yang tiga muda remaja tu sepupu aku.. Dah besar sangat semua.. Petang semalam aku hantar diorang masuk asrama.. Yang tudung hijau ungu tu adik ina namanya.. Baru masuk form 1.. Entah kenapa aku rasa sayu je time hantar dia.. Rasa macam dia dah besar sangat.. Hehe, emosional.. Mak adik ina pun cool je


Pemandangan yang takkan pernah jemu.. Bak kata umi aku, tak puas duduk lagi.. Mana taknye, umi aku baru siap potong buah kitorang da nak gerak balik.. Hehe, sampai dekat sini dalam 6.30 petang.. Dah nak magrib sangat

 
Thank you Allah for everything

Bulan sayup-sayup dibalik awan