Jan 19, 2015

Current addiction: hias planner!!

Assalamualaikum..

Lama tak ke udara disini..baru-baru ni aku addicted dengan satu hobi baru.. Semuanya sebab aku follow ig myplannerbabes.. Ig combination idea 2 doktor perubatan untuk planner.. Aku rasa kalau siapa2 suka dengan craft memang sangat senang untuk terjebak sama.. Aku akan bercerita dengan gambar fresh dari rumah: 

Perkara pertama untuk buat planner of coz kena ada buku/planner.. Aku cuba cari planner yang ada ring dan boleh refill macam2, aku cari dekat popular equin tapi takde.. Mungkin sebab aku cari pun dah tengah januari.. Hehe, maybe next year boleh cari yg tu.. Aku tengok harga boleh tahan, tapi takpe sebab boleh recycle.. So aku beli buku ni, saiz dia besar pada b5..aku cari buku yang takde line iaitu buku kosong tapi sangat susah nak jumpa.. Biasa aku beli dekat mph.. Jadi aku grab 4 terus hehe, macam biasa hilang kawalan.. Time tu plak baru bonus.. Fuhh,

Ini adalah antara yang aku deco.. Buku 1st ni aku bahagikan untuk 2 section, seksyen 1st untuk minit mesyuarat.. Sebab part ni aku akan tulis dalam meeting jadi tak boleh nak cartoon2 sangat

Seksyen 2 adalah things to do (ttd).. Aku admit aku selalu lupa nak buat benda-benda yang kena follow up.. Biasa buku notes aku bercampur antara minit dan ttd .. Jadi bila seperate macam ni senang pada aku nak keep track.. Tapi aku rasa untuk tugasan yang tak sempat buat hari yang aku plan, akan ada juga yang aku miss bila masuk hari baru.. Alhamdulillah Allah bagi ilham untuk guna post it notes saiz kecil

Jadi bila buat post it macam ni insyaallah kita boleh bawa ke hari berikutnya dan chances untuk terlepas pandang juga dapat dikurangkan

Okeh, best kan best kan hehe, buku dua plak ialah buku duit dan travel.. Wink wink

Ni ialah part duit masuk keluar.. Mula2 aku bahagikan duit masuk satu side duit keluar satu side.. Tapi duit masuk adalah sebulan sekali hahaha jadi tak praktikal bunyinye

Jadi aku buat konsep sama dengan ttd.. Guna post it note, dan aku kategorikan ikut apa major yang ak spend.. Antaranya of coz planner hehe, makan, shoping, kehidupan, family dan opis.. Dan aku 1 page ialah untuk 1 minggu.. And thank you again Allah for the ideas

2nd part buku kedua ialah cuti cuti cuti hehe.. Ni aku plan untuk cuti adik aku balik nanti..aku listkan tempat-tempat menarik dan kos total untuk semua

Lepas pilih tempat kira total dan macam mana atau dari mana sumber ongkosnye.. Cuti ni sebab dah dekat memang tak sempat nak nyimpan sangat..

Masih part buku yang sama.. Tapi aku exited nak tunjuk yang belah kanan tu.. Hehe aku beli kad coklat tu dekat s&j alamanda, frame polaroid dekat popular cheras selatan.. Suka sangattt.. Hehe maaf saya obses

Bahagian ketiga untuk buku dua adalah planning kewangan untuk cara-cara nak simpan.. Yang ni aku lemah gila, kena banyak study lagi

Buku terakhir.. Buku ilmu, 1st part ialah tentang kekasih muhammad rasulullah dan 2nd part ialah buku taman-taman syurga.. Part ni masih kosong lagi.. Doakan aku istiqamah.. Aku sedang planning nak buat jurnal ibadah untuk buku keempat.. Insyaallah aku share lagi.. Aku suka ayat Dr zahilah dari myplannerbabes.. Planning memang kita kena buat.. Why not jadikan dia fun.. Kan kan kan.. Sape nak join angkat tangann ☝️☝️☝️

2 comments:

MissNadia said...

N baru nak berjinak jinak dengan planner deco ni :)

Suliana Yusof said...

Cantik la sis. Nak jugak la