Jan 8, 2017

Januari 2017

Assalamualaikum..

Aku gagahkan juga menaip sebab dengan 100% aku yakin kalau aku tak terus kongsi cerita, pasti selamanya cerita itu takkan tertulis di blog. Selamanya cerita tau, bukan selamanya cinta lagu suri hati Mr Pilot tu hehehehe.

Alhamdulillah, Allah rezekikan Januari jadi bulan ukhwah. Aku tak pasti korang, tapi aku ada kawan yang aku tau memang akan ada ketika aku susah, tapi jarang sangat-sangat nak dapat tenung muka masing-masing secara live. Faktor standard, masing-masing ada komitmen keluarga. Aku kira mungkin ada sesuatu yang kurang tepat dalam cara kami merancang nak jumpa, mungkin kurang usaha dan kesungguhan. Kadnag-kadang kita rasa tak sempat nak jumpa kawan-kawan kita, tetapi bila fikir balik semua orang ada 24 jam yang sama. Jadi, kalau nak kata kita tak cukup masa kenapa ada je geng-geng yang berjaya hang out dengan jayanya kan.. hmm, things to ponder kan..

Ok, kisah 1.. alkisahnya sejak tahun baru ni aku punya mood update IG menggeletis betul.. hahaha, seronok pula aku kongsi menaip dekat situ.. dekat FB, macam kawan aku, Yu cakap feel dah kurang sikit nak share dekat situ.. Aku prefer tulis dekat blog untuk lebih sampai maksud dan lebih privasi sebab blog berapa kerat je kan orang tau.. but then, tulis blog pun tak berapa nak menjadi, itu yang aku fikir salah satu faktor penggalak aku update IG dengan lebih kerap hehehe, gigihkan aku explain.. biasalah tahun baru hehehehe

Yus, kawan UTM aku ialah antara yang aktif IG juga. Bila saling berbalas komen, Yus seru untuk jumpa dan aku sahut seruan Yus itu... haha, kalau tulis ayat ni dekat Fb mahu pengsan kawan-kawan aku.. mungkin aku belum ikhlas dalam menulis lagi, masih kisah lagi apa yang orang akan cakap kan hmmm..

Kami p makan dengan Bangi.. oh ye, kitorang pergi sekali dengan Mimiko.. ni semua geng-geng blok S09 dekat KTC dulu..cuma sorang lagi, Cikro dekat Kelantan.. tak cukup korum.. aku personally selalu rasa cuak bila nak jumpa kawan yang lama tak jumpa, sebab aku fikir alamak-alamak, mula-mula nak cakap apa.. penat-penat aku fikir nak cakap apa, akhirnya mula-mula sekali yang aku buat ialah aku gelak besar bila nampak diorang hahaha.. terus hancur lebur ais pecah.. faham tak? ice breaking..


Ni tahun 2015.. raya rumah Yus, ni geng blok S09 aku.. semua budak kimia.. semua masih bergelumang dengan unsur kimia kecuali aku.. aku elergik kimia sekarang hahaha


Ini gambar hingusan lagi, zaman baru nak up kata Gen Y sekarang.. masa pergi air terjun tak salah aku..


Kami makan di The Caravan House.. eh ada ke perkataan House ek? aku lupa.. ok aku dah cek wsap balik.. Nama tempat ni The Caravan Cafe.. hehehe, Mimi yang terer tempat-tempat makan sedap.. aku memang failed.. tempat makan sedap yang aku tahu ialah Lestari Cafe.. tu pun buka pagi je hehehehe

Syok sangat dapat jumpa, dalam aku konon-konon kelu lidah tu entah apa-apa cerita yang keluar. Insyaallah kami plan nak jumpa minggu pertama setiap bulan. Bulan depan minggu pertama tu birthday yus.. alaa, kenapala aku tak terfikir nak cadangkan untuk jumpa minggu ketiga setiap bulan? silap percaturan betul.. haha, birthday iolss 19hb.. agak-agak aku boleh runding lagi ke untuk nak tukar? Hehehehe

Next time kalau cikro dapat join sekali lagi ok dan seronok kan.. Alhamdulillah geng-geng blok ni semua lecturer tapi chill je.. Kawan sampai syurga ye korang. Kalau ada entry bulan Februari nanti maksudnya berjayalah kami pelan nak jumpa bulan kedua..

Kisah 2 next entry sebab nak bagi pecah rekod sikit bagi tahun 2017 tahun terbanyak aku menulis di blog.. hehehehe, cita-cita biar menggunung tinggi.. tak dapat capai gunung, insyaallah bukit masih ada kan..

No comments: