Jan 18, 2017

Umi

Assalamualaikum..

 

Alhamdulillah aku baru siap teman umi pergi check up follow up.. Alhamdulillah keputusan darah umi ok, hari ini antara hari yang lama aku rasa kami tunggu untuk check.. Kitorang sampai pukul 8 pagi, pukul 12.30 baru siap.. Kebetulan ramai pula yang follow up susulan untuk penyakit adik beradik, darah tinggi + kencing manis. Umi aku borak dengan ramai geng-geng dia (baca: pesakit lain).. nak tenangkan hati mungkin, aku cakaplah dekat seorang akak ini, darah tinggi, kencing manis dan kolestrol memang 1 pakej..  akak tu betulkan, ‘eh tak, kalau pakej termasuk dengan jantung sekali. Kalau darah tinggi kencing manis tu baru tahap adik-beradik’. Haha gelak-gelak kitorang dekat situ.

 

Yang lagi best, time kami habis check up, umi aku salam dengan geng-geng umi yang masih belum masuk check up, aku pun join sekali salam.. hahahaha, aku cakap dekat umi aku, umi punya seronok macam nak hari raya dah.. hahahaha, mak aku sungguh-sungguh seronok dia.. Alhamdulillah, good job umi.. Next check up bulan 7 nanti.. Insyaallah semuanya ok..

 

Aku nak share 1 perkara yang sangat membuatkan aku rasa sayu.. bila nak ingat balik ni pun aku dah rasa sedih.. ada seorang makcik ni, aku kira umur dia dalam 60-70 tahun, atau mungkin lebih.. memang nampak dah uzur, naik kerusi roda. Ada lah seorang akak ni jadi peneman.. mula-mula aku ingat itu anak dia, tapi bila dengar slang dia, dia orang indonesia. Dan time kami borak-borak, dia bagitahu dia maid. Entah kenapa aku rasa sayu, kesiannya makcik ni.. siapalah aku nak judge anak dia, aku pun tak tahu cerita sebenar dari sudut pandang anak dia, mungkin dia ada hal kecemasan.. yang buat aku rasa lagi sayu, makcik ni tanya, ‘bila nak siap’.. akak yang teman tu cakap, ‘sabarlah’ dengan nada yang pada aku agak tak sesuai untuk makcik itu.. but again, aku tak patut judge akak tu.. aku cuma terfikir, mungkin kalau anak dia yang teman, cara layanan boleh jadi berbeza.. Allah lebih tahu..

 

Di sudut hati aku, aku berdoa supaya Allah rezekikan aku untuk teman mak aku hingga akhir hayatnya untuk setiap kali temujanji Dr. Walaupun umur mak aku setua makcik itu. Tak tergamak rasa bila bayangkan umi aku pergi dengan ditemani orang yang bukan ada pertalian saudara. Aku rasa sayu. Aku kan anak, takkan aku tak mampu nak jaga umi aku.. umi aku sorang je Na, insyaallah ko boleh Na.. tadi aku nak minta umi aku doakan, ‘umi doakan Yana suoaya Allah rezekikan Yana untuk teman umi pergi jumpa Dr walaupun usia umi macam makcik tu’, tapi tak terkeluar sebab aku confirm aku akan nangis kalau aku cakap terus tadi.. Allah, kasihani kami Ya Allah.. Jadikan ibu bapa kami asbab untuk engkau reda dengan kami kerana reda-Mu adalah dengan keredaan ibu bapa..

 

WhatsApp Image 2017-01-18 at 13.23.02

Umi aku test sekali lagi check BP dekat luar lepas dah kurang rasa berdebar. Kitorang siap ambil gambar nak tunjuk dekat Dr yang BP umi aku ok bila aku yang ambil. Mai, cepat-cepat habis belajar. Munkgkin bila Mai amik lagi rendah BP umi hehehehe

No comments: