Assalamualaikum..
Aku ingat nak update entry ni awal lagi, tapi tunggu gambar dari kak seha dulu.. sebab kalau dah up entry, mesti aku dah malas nak masukkan gambar cantik.. so here we are.. alhamdulillah, tahun ni aku dan team dapat sekali lagi masuk KIK peringkat universiti.. kalau ikut normal timeline, jarang sebenarnya orang masuk 2 tahun berturut.. group aku kali ni skip 1 step dari skytider tahun lepas.. biasanya kita akan masuk KIK peringkat dalaman universiti dulu, then baru la wakil universiti.. rezeki kami untuk masuk awal..
Time asri tanya kitorang untuk decide masuk ke tak, aku admit aku tak fikir habis.. fikir nak jalan Melaka je.. hehehe.. plus ada sedikit rasa confidence sebab dah masuk last year.. acah-acah dah tahu selok belok.. sekali, bila dah makin dekat dengan tarikh submission, makin rasa tak cukup masa dan stress weh.. bayangkan tahun lepas kami ada lebih kurang setahun lebih nak prepare, this time dalam 5-6 bulan je.. dengan rasa nak marah dekat orangla, sebab dah stress kan.. so lesson learnt for us.. buat benda tak perlu rushing..
Di melaka, kami berkampung 4 hari.. seronok jugala dapat jalan.. walaupun dekat, jalan tetap jalan kan..
Waktu pembukaan.. sehari sebelum hari pembentangan
lepas pembukaan, setiap kumpulan diberi masa untuk rehearsal.. time ni bolehla test laptop ok ke tak.. sound, gimik dan lain-lain
cantikkan baju kitorang.. kenangan terakhir untuk LP.. terakhir untuk setakat ni la
settle setup, kami check in hotel.. bilik kitorang bertiga, tapi lin ahli kumpulan aku tak berapa sihat.. so aku berdua je dengan kak seha
malamnya, cari asam pedas.. driver mula-mula nak pergi claypot apa tah yang femes, tapi tutup pulak hari isnin.. so google tempat yang terdekat ialah Pak Man asam pedas.. aku pernah makan sebelum ni dengan adik-adik aku.. sedap jugala.. malam tu kami berlatih 2 3 round juga.. dekat hotel aku siap ada kumpulan berlatih dekat courtyard.. ingat pula asrama bila sebut courtyard
The Day.. pagi tu kami kalut sikit.. boleh pulak ada data salah.. kelam kabut betulkan cari printer.. asri dah tak sedap hati dah.. runsing data tukar.. asri pulak present ganti lin, lagila dia cuak.. banyak pulak halangan rintangan berduri..
kebetulan group kami present lepas break.. rezeki kami.. sempatla ambil gambar.. muka time ni masih mau senyum.. ko tengok nanti time aku present.. kami buat tema pilot dan airlines.. LP Asia uolls.. haha time mula-mula nak buat theme ni, asri a.k.a bos risau kitorang nampak macam guard.. hahaha.. tapi alhamdulillah, at the end nampakla rupa pilot..
bacaan doa sebelum flight berlepas..
nampak kamera terus senyum.. senyum ni dah start nampak cuak dah..
ada juga gambar kitorang bertiga.. lin datang hari present je.. tag nama dan airlines tu kami buat sendiri tau.. terer designer kitorang
yang dekat bahu tu pun handmade juga.. topi sham tu pun asri yang buat.. tampal-tampal nak bagi nampak pilot.. berbakat orang-orang opis aku
pembentangan dah nak mula time ni
patut zoom kan markah juri tu.. hehehe..padahal mana ada markah lagi, baru present..
gimik bendera tu pun baru tambah malam sebelum present.. gigih Salam pergi beli pagi presentation kami
nampak kan nampak kan tema airlines.. bila lagi nak merasa jadi kapten kan.. hehehe
cuak gile dah muka aku time ni.. gambar aku sorang je ada yang zoom.. hehe terer kak seha, tau aku bising kalau takde gambar.. teks tu aku yang buat.. bagi sama semua dengan slide.. barula nampak macam cue card MC event besar
gimik pengenalan alat.. syok pula banyak gambar present.. tak sia-sia bawa kak seha
alat kami
video demo kami.. kalau tengok dari awal lagi smart.. sama diorang buat.. video keselamatan ni pun banyak kali tukar.. mula-mula nak buat sebijik macam dalam flight.. tapi bincang punya bincang, inilah final versionnya
Q&A session
time video kan, bila asri jawab aku beria pandang bagi tumpuan.. dah macam panda dah aku tengok diri sendiri.. haihh
time ijat jawab, semua fokus pandang dia.. ada 1 gambar aku screenshot.. comel gile.. ijat kami dah dewasa.. ijat ni dulu pemalu macam upin ipin punya ijat.. sekarang dah lain betul.. anak pun dah dua
haa.. ni pun gambarnya.. sayang betul kitorang dekat ijat
Alhamdulillah settle present.. lega gile.. next is photo session..
belah kanan elok je behave.. belah kiri hilang kawalan dah semua.. korang fokus dekat yang kiri sekali tu..
nampak.. hahaha
bersama dengan urusetia upm..
bangga pulak rasa tengok kumpulan aku.. tiap hujung minggu datang, balik lambat.. antara pengalaman yang sangat aku hargai sepanjang karier aku.. bunyi macam dah berpuluh tahun punya karier kan hehe
malam tu, budak-budak laki g mancing.. gigih betul diorang..
kitorang yang perempuan pergi makan.. En Mat ajak pergi kedai warung hijau rojak sotong.. viral katanya.. kitorang on je..
signature dish.. sedap weh.. portion banyak untuk food lain.. yang ni kami kongsi 4.. kak seha order char kueh tiaw biasa udang dapat 5 ekor, kerang lagi.. iza mee udang special, lagila beratur udang.. takyah g mancing hehe.. berbaloi la untuk cuba.. time kami dalam perjalanan balik, kak seha nampak kedai ni.. kitorang perasan orang Melaka banyak beno rumah warna hijau..
The next day, 2nd day pertandingan.. kami dah rilex sikit.. dalam tengahari sikit, ada poster presentation.. antara hadiah yang kami target selain persembahan ialah poster.. tahun lepas kecundang, moga tahun ni adalah rezeki melekat
Sesi penjurian.. Fasi kami terangkan..
next kami ready untuk gambar rasmi.. time ni tunggu official photog..
renung suami nampak iza.. hehe
missing lin in here.. but she always in our heart.. sampai adik aku pun perasan bila lin tak present hari kitorang rehersal.. mana taknya, asik sebut nama diorang.. asri iza tu family aku kenal juga.. sebab biasa time mak aku tanya, siapa ada dekat office, nama-nama diorangla aku selalu sebut
Dan malam yang ditungu-tunggu.. closing ceremony dan dinner buat khemah style.. dah macam wedding dah.. cantik betul khemah dia..
seat kami alhamdulillah dekat juga dengan stage.. kumpulan yang jauh tu kesian sikitla
kitorang makan dulu baru tau keputusan.. rasa aku ada selera ke.. memang tak la.. makan sebab nak alas perut je.. bila makin dekat makin tak mampu nak makan.. aiskrim aku pun tak habis.. ada few awards dah announce.. kami kecundang lagi untuk poster.. so next harapan ialah persembahan terbaik.. tak tau jugala tu..
alhamdulillahhh kemenangan milik kami.. sedih jugala sebenarnya kalau tak menang.. sebab berharap kot.. ni bahaya ni kik kali ni.. kami punya harapan tu menggunung.. bila tak dapat, kecewa hati tak payah nak cakapla..
tahun ni kami takde rezeki untuk dapat nombor.. macam aku cakap tadi, kecewa jugala sebab berharap.. macam jatuh gaung sakit dia.. eh ke lebih-lebih hehe.. aku personally rasa mungkin teknologi kami kali ni simple sedikit dari segi spesifikasi dan complexity.. yang menang tu semua alat guna untuk hospital.. canggih.. asri plak cakap impak yang ni lagi besar dari inovasi kami tahun lepas.. takpe, pengalaman tu yang mahal kan.. tapi persembahan tu aku rasa pengubat juga.. dapat kekalkan dua tahun berturut..
gambar dengan iza dekat hotel sebab dekat sana tu aku ralit borak dengan urusetia upm.. macam-macam pandangan dibincangkan..
The next day, hari kami pulang.. gerak dari hotel dalam pukul 11 pagi.. sempat meronda bandar melaka
cendol menara jam
failed nak bajet timer..
kami sempat singgah kedai bundle.. takde gambar plak.. aku sempat beli 2 jaket.. nak ronda lagi tapi diorang semua dah siap beli.. time nak ke sana, abang zhahir cakap sinila tempat keria sedap tu.. terus aku suruh abang zhahir berhenti.. time aku pergi sebelum ni dah habis..
lepas jalan sikit lagi, dia cakap pulak sini coconut shake sedap.. lagi sekali aku suruh dia berhenti.. haha.. punyala teruja.. orang lain takde rasa kot nak try.. aku dah pernah try, suka sebab dia tak manis sangat.. terus lepas tu en man tanya, kejap lagi nak berhenti mana.. nasib aku tak jawap berhenti dalam hati awak.. haha.. dari kedai bundle, kitorang menuju ke pengkalan balak.. geng laki lepak sana.. rupanya lepak ada makna.. diorang sambung mancing.. gigih sungguhla.. tengahari kot.. asri cakap diorang ni asal ada air jalan je..
mancing dari gigi pantai pulak tu.. tak faham aku..
cantik sungguhla iza ni..
Lepas lepak pantai, kami cari lunch.. dah pukul 4 time ni.. makan ngarut-ngarut..
kami lunch dekat sini.. kedai ni kata en mus femes.. aku dah tak mampu nak try air.. perut kembung dengan coconut shake..
aku beli dodol tarik ni.. dodol ni dimasak separuh je dari masa dodol sebenar masak.. ah sudah.. faham kan.. dia lembutla.. makan cicah dengan roti.. ok ok la.. boleh untuk nak rasa
kedai dodol ni dekat simpang empat nak keluar highway..
Alhamdulillah, all went well.. dapat free vacation dengan geng sekepala.. ada rezeki, boleh lagi LP bereunion.. setakat ni nampaknya macam ni projek terakhir kami.. tapi who knows kan.. doa yang baik-baik..
video kami present dalam 2 jam 2 minit.. boleh scroll..
1 comment:
tahniah....
Post a Comment