Jan 7, 2024

Laid-back Langkawi: Day 1~ Underwater World

Assalamualaikum..

Dalam pukul 11, orang sewa motor sampai.. kami aim nak makan tengahari terus sebab pagi tadi makan roti je..


omar tak nak pakai helmet.. kami sewa motor sebab fikir nak elak jem.. omar sebelum ni memang selalu naik motor pusing dekat-dekat.. tapi tak pernah pakai helmet.. faiz baru beli helmet omar dekat rumah, tapi tak pernah test lagi.. ni first time dia pakai.. tak nak pakai mula-mula.. hari kedua ketiga gitu dia faham dah.. dia sendiri yang tunjuk.. ada 3x roadblock kami jumpa.. jadi kalau naik motor tu sila la pakai helmet..


muka sedih kena paksa pakai helmet.. adik sewa tu cakap biasa budak gini polis ok je tak pakai.. tapi aku yang cuak sebab perjalanan kami biasanya dalam setengah jam..


kami lunch dekat area hotel.. aku tanya adik sewa tu makan sedap mana dekat sini.. total makan berdua ialah RM30++... ikan bakar dia pun panas lagi


faiz suap omar dulu.. omar lapar dan dahaga juga.. kitorang dekat sana memang dahaga.. omar pun bantai je ais.. suka sangat dia air manis..




Lepas makan kami ke terus ke underwater world.. tengah jalan tu, aku rasa kepala dia berat.. sudah, dia tido.. tak tahan angin agaknya.. memang 2 hari pertama tu asal naik motor je, 5 minit je terus tido..




letih betul anak ibu.. aku sempat selfie sementara faiz parking motor..


sampai-sampai dalam, faiz terus kejut omar.. alhamdulillah mood dia ok.. rugila kan kalau tido.. sebab aku plan ke sini ialah untuk cover minat omar.. gitu haha.. padahal omar paling suka berenang.. oh ye, tiket aku beli dekat klook.. aku claim tiket klook dekat kaunter.. 

Aku beli Klook Pass Langkawi untuk 3 attraction.. Boleh rujuk sini.. ada banyak pilihan, minimum 2 pass.. aku aim 3 tempat, underwater wolrd, cable car dengan island hoping.. tapi aku tak perasan pula untuk cable car ada additional caj.. kena click dulu baru proceed payment.. sudahnya untuk cable car aku beli pass asing.. jadi untuk pass 3 attaction ni aku ambil underwater world, island hoping dan dream forest.. pada aku berbaloi sebab total pass untuk sorang RM100.. kalau kita first time guna apps dapat 5% lagi diskaun.. dream forest tu je kalau walk in RM68.. lagi murah sebenarnya kalau kita beli online.. style aku, mana yang boleh bayar sebelum pergi aku cuba settlekan dulu.. jadi dekat sana belanja fokus untuk makan dan shopping..


nampak kan gambar kitorang dekat cermin..


takde pulak yang buat kaki..


bukan main merah bibir aku.. ni yang auto beauty tu.. ada satu gambar tu bibir faiz yang pakai lipstik haha


tempat dalam ni ada few area yang tak stroller friendly.. kena angkat juga.. oh ye, stroller ni kami letak belah kaki faiz.. skuter kan ada ruang gitu.. alhamdulillah macam-macam kami boleh sumbat walau naik skuter..


burung merak dari belakang.. sudahnya nampak macam ayam je..


ikan keli ke sembilang ni ek.. besar 


yang ni open air.. nanti kejap lagi baru masuk ruangan aircond balik..


ikan pari banyak dekat sini.. goreng pun sodap



sea lion seronok berenang


Sea lion buat show awal untuk kami


Next kami sampai ke tempat signature sini.. penguin la kan.. sini ialah Laluan bawah untuk african penguin



yang ni african penguin.. aku baru tau ada penguin yang boleh hidup tempat sederhana.. penguin ni hidup dalam suhu 23 darjah celcius.. kira xdela sejuk sangat kan


omar khusyuk juga tengok.. tapi dia lagi exited dengan binatang yang boleh pegang aku rasa..


jinak plak penguin ni duk main dekat tingkap






seronok dia kiss cermin tengok penguin


penguin ni ngikut je arah tangan aku.. comel gile.. time awal-awal aku tak rekod tu lagi laju dia ngikut.. macam omar juga.. asal nak rekod je terus tak nak buat hehe


bukan main laju dia berenang.. tapi ada sejenis penguin lagi yang lagi laju.. kejap lagi aku share


african penguin ni tak tuxedo sangat kan.. african penguin ni biasanya akan kekal dengan seorang partner hingga akhir hayat dia.. binatang contoh ni



dekat sini juga ada pameran ni.. ada tulang-tulang fossil binatang laut dalam juga.. 



ada juga gambar perbandingan jarak dalam kapal titanic tenggelam.. dalam sangat laut kita.. manusia pernah sampai berapa dalam tah.. aku lupa nak ambil gambar..


next penguin.. rockhopper.. kalau tengok rambut pun dah tau kenapa panggil rock..


memang comel gile dia melompat.. biasa tengok video penguin kan dia macam berjalan comel-comel..


aku syak ni ketua.. dia duk diam je.. abang rock layan perasaan..


banyak rupanya jenis penguin..


yang atas sekali tu yang dalam madagascar kan.. apa nama dia.. emperor tak salah aku..


ni yang aku cakap penguin pun ada tempat panas juga..


uuuuuu bapa susuan rupanya penguin ni..


yang ni pulak dekat area fossil.. porcupine ni cano haa nak makan


besar kan yang ni.. aku lupa nak amik facts dia.. terus muka iols nampak smol


next section ada open area macam ni..



faiz exited dengan pari besar




faiz lagi exited dari omar



pari ni lagi besar


shark dan pari berenang-renang.. shark ni pun rilex-rilex je aku tengok..


their life cycle


yang kiri tu aku rasa telur dia..


juvenile ni bintik-bintik.. bila besar hilang.. agaknya macam kita kot, kecik kecik rambut kerinting.. besar jadi lurus


shark yang diawet


tawny namanya.. mati tahun 2007..



obor-obor terbalik.. macam-macam creatures pelik kan.. subhanallah




time aku pergi krabi dulu ada trip island yang boleh tengok glow in the dark obor-obor.. tapi cancel sebab hujan.. tak nampak katanya bila hujan



omar ralit tengok part lampu


teringat ji seok jin.. dah ok ke belum dia kan..


tapak sulaiman


yang ni pun spectacular


banyak nemo.. cantik betul kan


yang ni pun cantik.. time kami dekat sini, kami dengat announcement untuk sea lion punya show.. first show pukul 11 pagi.. aku aim sempatla bila dapat motor pukul 10 kan.. sekali motor lambat.. ingat dah tak sempat dah.. slot petang pukul 2.45.. kami sampai pukul 12.. sekali berjaya juga kami round sampai masa show.. cuma kena patah balik ke belakang sikit.. omar plak sempat bocor pampers dia.. kesian anak ibu..


aku rasa show paling best dalam ni ialah sea lion.. sebab penguin lebih pada bagi makan je.. ada juga rasanya show dekat tunnel tapi aku tak tengok..


suka main bola macam omar juga


ni pun macam omar.. suka kiss orang.. omar keturunan sea lion ke hehe


babai sea lion.. aku lupa dah nama dia.. remy rasanya


next, kita ke feeding session untuk african penguin.. bukan main galak masing-masing berenang


diorang ni kenal dah kan agaknya orang yang bagi makan.. ada banyak jenis cara penguin ni makan, ni kira hand feeding


patutla nama dia rockhopper.. suka melompat.. comel gile time ni.. rasa nak gigit je sekor-sekor..


ni la aku cakap yang penguin berenang laju.. kitorang tengok dia bagi makan sat je.. lepas tu pergi side lain




kelakar tengok muka biru.. ni aku pakai timer.. omar macam biasa pelik apsal aku lari-lari






ada jambatan area sini..


patutnya boleh bagi ikan ni makan tapi makanan ikan habis dah.. agaknya dia xleh jual banyak.. nanti ikan ni kenyang..


ni pulak area binatang besar-besar.. kalau cikcu ada ni mesti dia geli


kami keluar aku rasa dalam pukul 4 juga.. tak sempat nak ronda area sini sangat sebab tak solat lagi.. aku plak dah dukung omar bocor kan.. tak boleh nak solat dekat sini.. kalau dengan papa dia, kiss tanpa disuruh.. kalau dengan aku, penat merayu..




kenangan naik motor.. extra penat la aku rasa sebab kena tampung omar.. lagi-lagi time dia tidur.. hai mi hehe


hahah muka dia tu..


kami behenti minum dekat kedai kampung.. murah cekodok dia.. RM1 dapat 8 aku rasa.. panas-panas plak tu



aku sampai hotel dalam pukul 5.. sempat reharge kejap dan keluar lepas magrib.. omar memang pengsan terus.. dekat 2 jam dia tido..

No comments: