Feb 28, 2012

Patah hati..apa patut saya buat

Assalamualaikum..

 

Aku rasa aku bukan yang selayaknya untuk cakap things to do after u breakup..dari sudut psikologi mahupon dari sudut Islam, ilmu yang aku ada alahai sangat sedikit..cuma insyaallah dengan ilmu yang sedikit ini aku nak kongsikan sedikit pandangan yang tak semestinya betul dan tak semestinya salah..yang mana rasa pandangan itu betul, ambillah untuk sama-sama berkongsi..yang salah tegurla aku..

 

Dulu, time aku break, apa yang aku 1st sekali buat ialah menyibukkan diri..bukan buat-buat sibuk tau..hehe, aku tak pandaila nak buat lawak dalam blog..even adik-adik aku pon selalu kutuk aku tak pandai buat lawak..redala je la aku kan..hehe, cuba try involvekan diri dengan macam-macam benda..kalau boleh kurangkan masa berseorangan..bila kita sorang-sorang ni fikiran akan sangat susah nak larik dari kenangan yang masih terbawa-bawa dalam diri..Aku ingat lagi zaman aku blaja dulu, 1st break up, Zafran, kawan aku selalu ada disisi aku..aku kan orangnya cepat patah semangat kalo bab-bab vercinta ni..lagi-lagi dulunya konon-konon 1st love..thanks Zaf sebab kamu ada untuk aku..jangan biarkan diri kita rasa kesorangan, walaupon hakikatnya sebenarnya setiap masa Allah ada dengan kita..tapi dek kerana buta dengan perasaan kecewa tu, kadang-kadang aku jadik lupa..

 

2nd. carik balik support system yang kita pernah ada..yang dulunya kita ala-ala abaikan sebab terlalu khusyuk dan asyik dalam mood bercinta..akula tu, hehe..macam mana aku tau khusyuk dalam bercinta?beb, aku pernah bercinta jugak kot..hehehe..memang time tu kita akan rasa macam ala-ala segan, sebab perasaan dia macam habis madu sepah dibuang, eh ke tak seswai ek peribahasa ni..hehe, tapi korang faham kan maksud aku..tapi if korang tak pernah abaikan that suport system so it’s a not big deal..cerita dengan mereka, luahkan..minta pandangan..and if korang punya support system benar-benar menyayangi korang, insyaallah depa akan selalu ada dengan korang..menenangkan..jap, sebenarnya kan,aku ala-ala lost dengan apa yang aku tulis..tak nampak intipati apa kebenda la yang aku nak sampaikan..jap, aku try lagik ek menjelaskannya..

 

Macam mana ek nak cakap, setiap apa yang jadik dalam kehidupan kita sebenarnya merupakan perancangan yang terbaik dari Allah..ayat yang kita selalu dengar kan, tapi adakah kita benar-benar memahaminya, mendalaminya?tanya balik diri kita..semak balik hati kita..setelah umur aku 26 tahun pada 19 April nanti (tak perlu bagitau pon takpe sebenarnya tapi macam exited nak share umur aku ngan korang..parah,parah..),  baru aku nampak sikit-sikit sebenarnya maksud ayat ni..sebagai contoh, dulu aku selalu persoalkan, kenapa ek aku ni susahnya nak bertemu jodoh..asal bertemu dengan seseorang, mesti tak lama lepas tu tak jadik..banyak faktor, dia orang lain punya, dia tipu aku bla bla n bla..hehe, even untuk seseorang yang terakhir ni pon planningnya da agak jauh, tapi still tak jadik lagi..kenapa kenapa dan kenapa??Menghantui kot perasaan asik tak menjadik ni..tapi bila fikir balik, bukan salah sesiapa benda tu jadik dekat aku..Allah ialah perancang yang paling hebat..kenapa dia buat aku lambat bertemu jodoh? Mungkin sebenarnya aku tak bersedia lagi sebenarnya dari aspek yang pelbagai untuk menjadi seorang isteri..mungkin kalau aku da kawin sekarang, aku masih tak mampu nak tambahbaik atau memperbaiki diri aku..banyak lagi sebenarnya yang tak menyempurnakan aku lagi..eh, tapi aku tak kata tau korang yang da kawin awal tu tak berpeluang nak tambahbaik..nehi-nehi..aku cerita based on pengalaman diri sendiri..perempuan yang baik-baikkan bertemu jodoh awal..Open-mouthed smile

 

Contoh lain, dulu aku selalu rasa kenapala aku susah sangat nak berkawan dengan lelaki..mulut macam jadik berat, kelu nak berkata,  mata terkelip-kelip je yang mampu time tu..bukan pemalu pon time tu, tapi entah..susah nak bercakap..sekarang baru aku nampak, Allah mudahkan jalan untuk aku baiki diri sedikit demi sedikit..cuba kalau dulu aku ramai kawan lelaki, sah-sah cabaran untuk nak kurangkan tu lagi susah..Subhanallah, cantik kan peraturan Allah untuk kita..and again, ini pengalaman aku..takde niat nak insult sesiapa..risau aku kalo ada yang tersalah anggap..moga-moga takdela ye..

 

Apa tujuan aku bagik contoh panjang-panjang ni..apa yang aku cuba nak sampaikan dekat sini ialah setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, jangan sekali-kali kita anggap kitala yang paling malang sekali dalam dunia ni..kita jahat sangat agaknya sebab nasib asik tak balik je..JANGAN..kalo boleh slow-slow kita ubah cara pandangan kita..we do have optionssssssss sama ada nak tengok peristiwa atau kejadian yang berlaku dalam hidup kita secara positif atau sebaliknya..half glass empty or half glass full..oh ye, aku dengar quote ni dalam cite Keeping up with Kardashian..hehe,kantoi suka tengok cite tu kan..cakap senangla kan, nak buat tu memang tak dinafikan mencabar..even aku pon tengah trying mying..hehe, cuma satu je yang kita boleh pegang..Bersangka baik dengan Allah..contoh ek, asik bagi contoh je kan aku ni..hehe, kita kecewa kaw-kaw sekarang sebab frust dengan cinta yang tak kesampaian, kita boleh nak kata Allah tak sayang aku agaknye, biar aku hidup sorang-sorang..tapi kita ada pilihan untuk twist sedikit rasa syak wasangka itu dengan bersangka baik, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, mungkin Allah tak nak aku terus leka atau lalai, mungkin orang yang aku jumpa tu bukan jdoh sebenar aku..and again, benda ni ketika kita tengah frust memang susah nak terima, tapi at least kita try..insyaallah lama-lama kita akan nampak hikmahnya..nak positifkan diri sendiri ni hanya kita je tahu hati kita ni cane..ada orang baca buku motivasi da ok, ada orang kena nangis sepuas-puasnya..pelbagai..yakin dengan perancangan Allah, sebab manusia ni tak boleh nak predict jangka panjang..yang kita mampu nampak hanya sakit time tu je..tapi indah yang depan-depan tu kita memang susah nak nampak..kemampuan manusia ni amat terbatas..sebab tu kita kena bergantung pada DIA dan bersangka baik dengan perancangan atau aturan dia yang tak terjangkau dek akal..

 

Alaa..aku takde gambar selinganla nak letak..aku pon bosan baca entry sendiri yang tak bergambar..hmm, lagi satu..jangan menafikan rasa kecewa tu sebab kita manusia, kita ada akal, nafsu dan perasaan..kecewa itu lumrah tapi belajar mengawalnya..baru-baru ni Alhamdulillah aku ada sedikit kesempatan memdapat sedikit ilmu dari Ustaz Hasrizal (SaifulIslam)..katanya, sekuat-kuat manusia ialah manusia yang mempunyai kawalan diri..self controlnya amat bagus sekali..even ketika dia tengah nak marah dekat orang, dia ada keupayaan untuk tekan button pause dan tenangkan diri..dia bagi contoh, mungkin korang pernah dengar contoh ni.. bagaimana Saidina Ali R.A ketika sedang berperang dan tengah nak bunuh musuh, tiba-tiba musuh meludah, terus tak jadik bunuh..kenapa? sebab Saidina Ali kata niat dia nak membunuh musuh Islam ditakutinya akan jadi membunuh sebab dendam personal dia..betapa hebatnya self control Ali hingga disaat-saat kritikal macam tu pon still lagi masih boleh mengawal diri..kalo aku confirm tewas terikut-ikut perasaan..belajar kawal diri kita, slow-slow..baby step..janganla kita nak ubah diri kita dengan drastik sedrastiknya..dari perkongsian ilmu tu jugak, Ust ada kabo salah satu cara nak istiqamah dalam sesuatu perbuatan ialah jangan berubah atau nak buat sesuatu dengan terlalu drastik..susah nanti nak istiqamah..kalau syaitan boleh bersabar, step by step untuk goda dan buat kita lalai, kenapa kita tak boleh..kita kan ada Allah Maha Kuasa..Open-mouthed smile Lagi satu, sebenarnya bila kita ditimpa kesusahn, itu merupakan jambatan atau penyambung untuk kita dekat dengan Allah..perasan tak bila kita tengah sedih, automatik atau paling kurang terdetik sekejap dalam hati mengadu dengan Allah..korang biasa kan dengar, Allah uji kita sebab sayang kita..dia tak nak kita lupa terus dekat dia..sebab tu orang kata orang kaya ni lagi banyak cubaan hidup dia dari kita yang biasa-biasa..mungkin sebab dia jarang rasa susah..setipa manusia tu ada ketetapan dan jalan masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah..

 

Tak perlu kita question kenapa dia yang tersayang buat kita macam ni sebab mungkin kita tak sedar apa yang dia buat ialah jambatan penghubung kita untuk dekat dengan Allah..doakan yang terbaik untuk hidup masing-masing..berdendam takkan buat kita mampu untuk move on..ingat, masih ada yang sayangkan kita..Ok, da habis..kesimpulannya aku tak jumpa gambar nak letak..wakakaka

 

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!

Yana Kama

1 comment:

echa takashimaya said...

sangat setuju.
tabah tawakal n redha.
hmm.