Apr 22, 2015

Bercuti di Bangkok- Day 1: Perjalanan lebih 24 jam ke Bangkok


Assalamualaikum
Alhamdulillah diberikan masa dan kekuatan untuk nak menulis. Aku da lama sebenarnya teringin nak bercuti ala-ala backpakers. Maknanya ala-ala percutian bajet, biasa aku pergi bercuti dengan family. Sebab ramai dan umi ada sekali, jadi mesti fikir keperluan semua pihak. Yelah, kalau bercuti tapi tak selesa mesti sedikit sebanyak akan kurangkan mood bercuti kan. Aku memang tak pernah travel ke luar negara, pernah sekali ketika belum akil baligh lagi. hehe, dengan family time aku sekolah rendah. Umi dapat tiket g Medan, Indonesia. Tapi yang aku ingat dalam kenangan adalah mandi kolam je kat sana. haha, tah pape..

Akhir tahun lepas, ex-officemate aku, kak yam bagitau dia baru balik dari Indonesia.. Travel ala-ala backpakers dengan bajet yang minimum.. Memang excited gile bila aku dengar.. Kak yam cakap dia ada plan trip nak ke Bangkok nanti, aku minat ke nak ikut.. perghh, memang sangat terujala jadinya.. tapi aku cakap dekat kak yam, aku kena mengumpul duit dulu..sebab kalau nak pergi dalam masa terdekat macam tak dan je nak planning duit.. Alhamdulillah Allah rezekikan aku untuk bermusafir ke tempat orang.. Thailand pun aku exited, janji boleh sebut oversea.. Haha

Macam mana kami sampai Thailand.. Naik Malindo Air, Subang Jaya ke Penang –> Naik Train Butterworth ke Bangkok.. mencabar juga untuk nak sampai subang sebab flight kitorang pukul 10 pagi 9 April.. time hari keje plakkan, kak yam book teksi dengan apps myteksi pukul 7 pagi..pukul 9 pagi baru kitorang sampai.. kenapa ambil malindo? sebab dapat free luggage 15- 20kg.. dah tak payah pening kepala nak tambah luggage.. Harga Tiket 200++  sehala.. Nak breakfast boleh breakfast dekat airport, airport tak besar sangat tapi insyaallah semua keperluan ada

IMG_3765Di lapangan terbang subang..


Kami sampai di Penang lebih kurang pukul 12 tengahari. Dari sana, ambil cab ke Jeti Feri. oh ye, untuk trip ni kitorang pergi dua lelaki, dua perempuan. yang lelakinya ialah officemate kak yam dan kawannya. Dia dah expert untuk trip ke Bangkok, jadi sangat rasa secure di situ. Kalau ikut kawan kak yam, boleh je naik bas tapi sebab kitorang mengejar masa nak sampai ktm, kami naik cab.. Untuk naik feri, takde sebarang caj.. sebab dia consider kita keluar penang, bila nak masuk je baru bayar.. Sama konsep macam tol.. Macam biasa bila try benda baru confirmla aku exited.. kak yam pun sama, kitorang sangat jadi geng exited bersama

IMG_3722Dalam feri, ada kereta juga yang naik.. aku jadi kagum berganda.. dalam 15- 20 minit kitorang sampai ke jeti.. dari jeti nak ke ktm butterworh boleh tahan jauh juga sebab ktm sedang naik taraf.. nanti kan akan ada fast train sampai ke padang besar.. Kitorang sampai di KTM dalam pukul 1.10 petang, standby solat zuhur asar jama’ dan ready naik train pukul 2 petang


IMG_3726Kak yam dan en adil. Train ni ialah train untuk seat tidur.. aku baru tahu siang hari diorang tutup seat atas, dua-dua duduk seat bawah.. Alhamdulillah seat bawah dia agak panjang, memang boleh melunjur kaki jugala.. nampak tak box dekat atas en adil? dari situ akan transform jadi katil. Jenuh kitorang tunggu bilala pakcik train nak buka.. dekat pukul 8 malam barula dia buka tilam atas.. Aku sangat bersyukur dia tak buka awal, sebab memang mati kutu duduk atas rupanya.. haha, iye2 je aku awal-awal kecewa tak dapat baring terus. Sebab aku pernah naik ktm kl-kelantan, memang dia dah siap-siap tempat baring. Pagi tu aku dah bosan duduk atas, turun bawah share tempat dengan kak yam.. tempat bawah memang luas gila, aku amik seat atas.. harga dalam RM104, untuk seat bawah RM115.


IMG_3732Pandangan aku, kalau korang nak naik train kena sangatla bersabar, sebab train ambil masa 22 jam untuk nak sampai Bangkok.. aku naik pukul 2 petang 9hb, pukul 12 tenghari 10hb baru sampai..hehehe ,untuk pengalaman sekali dah cukup.. memang sangat cemuih, kitorang jadi sangat busy body terhadap semua benda.. Kalau ada orang bangun sibuk nak tengok. hehehehe

Persediaan nak naik train- 1) air mineral bawa banyak, dalam train ada jual tapi harga RM2, dan brand nestle..kagum plak aku nestle ada air mineral..thailand punya. 2) makanan. nasi dalam train ada jual yang vege punya.. kitorang aim nak beli bila berhenti dekat stesen apa tah kat thailand, sebab kak yam kata time ni ada orang naik jual-jual.. tapi takde plak.. nasi ni kitorang beli time dekat perhentian padang besar, lama gila berhenti.. lepas cek pasport semua, aku rasa ada sejam juga. jadi sangat sempat nak beli nasi.. cuma kitorang cuka-cuak sebab tak tau train nak gerak pukul brapa.. bawa roti banyak-banyak sebab bila takde pape nak buat perut akan jadi sangat lapar.. cekedis pun bawa juga.. dalam beg oren aku tu penuh dengan makanan, tapi tu pun rasa tak cukup juga hehe 3)Download movie banyak-banyak..sebab ko ada banyak gila masa.. aku beli majalah, tapi baca kejap je.. tengok ada mamat yang download movie, rasa nak duduk sebelah dia je tengok sama hehe 4) Kalau nak bawa budak-budak, sediakan banyak-banyak aktiviti. yang ni idea kak yam, jadi budak tak bosan sangat.. ada family yang bawa baby siap bawa buaian lagi..dia gantung dekat palang atas tempat duduk. kreatif gila.. rasanya tu je kot yang aku boleh share untuk hari pertama

Aku summary kan lebih kurang kos.. oh ye, kak yam ada download apps untuk kira kos travel..best gile, tapi aku tak ingat nama dia apa..nanti aku update kalau dah dapat info, insyaallah
  1. Tambang Teksi serdang ke airport subang: RM70++, share dua orang jadi RM35
  2. Tiket Flight KL-Penang: RM200++
  3. Tiket teksi ke jeti feri: RM40++, share 4 orang jadi RM11
  4. Tiket train Butterworth- Bangkok: RM104
  5. Makan dan minum (breakfast dan nasi lunch 9hb): RM20
Total kos hari kedua: RM370
Insyaallah akan bersambung hari kedua

No comments: