Jun 2, 2015

Bercuti di Bangkok- Day 6 Part 2: Siam Niramit

Assalamualaikum..

Aku copy balik entry dari window live writer..

Mencabar sungguh nak boleh habiskan entry bangkok, sebab aku exited nak share entry ke Tokyo.. hehe, inilah akibat tangguh lama sangat cerita.. ok, Bismillah.. plan kami nak ke siam niramit ialah sangat last minit.. plan asal nak pergi ialah pada  hari kedua kami di Bangkok iaitu lepas ke chatuchak market.. tapi sebab kami habis agak lambat, dan bila fikir tiketnya mahal, kitorang cancel plan untuk nak ikut en adil.. nak dijadikan cerita, malam sebelum kami ke siam niramit, kak yam cakap macam rugi je kalau kami tak pergi situ sebab itu antara main attraction.. kak yam datang dengan brilliant idea untuk google sama ada mereka boleh terima kad ke tak.. boleh rupanyaaaa.. boleh booking online juga tapi mesti dalam tempoh 2 hari sebelum.. macam kitorang, sebab kitorang nak tengok esok, maka tak boleh booking online.. pagi hari kejadian kami call untuk confirmkan boleh tak kalau nak beli tiket walk in dan bayar dengan kad, dia cakap boleh.. Alhamdulillah, lega.. thanks kak yam bagi pinjam dulu kredit card.. hehehe memang semput habis duit belanja ke Bangkok.. kaunter tiket buka pukul 5, kami gerak ke sana dalam pukul 4 petang.. Alhamdulillah dekat pukul 5 juga sampai situ.. ni link website dia untuk rujukan..


Macam mana nak pergi, naik mrt ke thailand cultural show centre.. korang ikut exit 1, dekat stesen bas memang ada van dah ready nak pick up.. time balik pun sama.. memang mudah sangat nak ke sana.. even tempat yang jauh dari train, diorang sediakan van untuk pick up.. of course ia akan jadi tarikan untuk pelancong pergi sini..

 Time kami sampai penari ni akan sematkan bunga pada kita.. dan diorang akan ambil gambar.. nanti time kita dah dekat dalam dia akan jual gambar tu.. tak ingat dah aku berapa harganya tapi quite pricey juga untuk kami yang nak jimat.. time ni mula-mula dia tak nak ambil gambar dengan kitorang.. dia suruh ambil gambar dengan ptotog dulu.. bila kami cakap dah ambil, baru dia nak bergambar sekali..


Elok kami masuk ke dalam, tuan gajah sambut.. aku ialah sangat cuak tengok gajah besar depan mata.. umangaihh.. nak pergi dekat pun takut.. dah lama-lama baru ok sikit..



 Dah berani sikit.. gajah ni boleh naik tau.. 200 baht ke 20 baht tah cajnye.. aku confirm tak naik.. pernah try sekali time dekat lanchang.. gayat juga.. hehe


dekat tengah-tengah siam niramit ada character ni tunggu.. aku tak pasti kena bayar ke tak tapi kitorang redah je ambil gambar.. takde plak dia minta duit.. dekat topi orang yang duduk depan aku tu actually aku nampak ada duit dalam tu.. tak pasti yang orang bagi ke apa..


 Korang sangat-sangat wajib pergi sini.. agak mahal tapi berbaloi baloi baloi.. sebab dalam ni ada banyak lagi attaction selain show..  peruntukkan duit siap-siap.. dia buat perkampungan thailand yang highlight culture masyarakat dekat sini.. serius aku kagum.. en adil dan kak yam kata macam ala-ala perkampungan dekat sarawak tapi yang ni berkali-kali ganda lagi hebat.. korang bayangkan, en adil setiap kali pergi bangkok wajib singgah sini.. show dia aku memang tabik spring.. memang worth it every penny.. Insyaallah aku akan share apa yang ada dekat perkampungan sini..



 Di kawasan pintu masuk..


 Pertunjukan muzik



tak ingat aku diorang jaga apa.. tapi dia ada minta basuh tangan.. aku kurang pasti sama ada itu adat atau amalan agama mereka..


Brother ni tunggu dekat pintu masuk.. tak ingat aku apa yang dia buat, tapi ala-ala produk beras.. sedap juga.. semua benda kat sini boleh try tau..


 jerami tinggi gila..



 View yang cantik dalam perkampungan.. tapi slack sebab ada bangunan apartment plak dekat belakang.. hehe, kira ala-ala taman dalam bandar la ni..


Bunga sulam-sulam..


Bila aku turun dekat dengan area tasik, aku ada nampak sampan kecil.. mula-mula aku ingat kena bayar naik.. aku sajalah cuba nasib tanya orang yang bawa sampan tu.. dia kata up to me.. apa lagi, aku ajak la kak yam naik.. kak yam mula-mula cuak juga sebab sampan tu nampak tak berapa kukuh.. tapi orang tu cakap boleh naik, terus aku pujuk kak yam naik juga.. Subhanallah view memang best sangat..

Time mula-mula naik.. kak yam cuak-cuak time ni.. aku plak terlebih exited siap nak main celup-celup tangan dekat air.. hehehehe



Hai abang sampan


Kejap je dia pusing.. dalam 5 minit dah setel.. best best, tak menyesal cuba..


Aku tak pasti apa nama dia.. kitorang follow tour agent indonesia.. dia kata halal boleh try, kitorang pun join sekali.. sedap sangat, ala-ala lembut.. kuih beras kot.. tak ingat da aku nama dia..


Close up gambar kuih..



 Tak ingat dah aku apa nama tempat ni.. tempat orang kahwin rasanya..


 Kawasan sawah padi..


Antara view cantik untuk ambil gambar..




Yang ni memang peramah habis.. layankan aje kitorang nak selfie.. aku minta dia buat sign love pun dia layan.. baik sangat..


Acik buat kain dari ulat sutera.. ingatkan makcik ni serius, sekali bila kami ambil gambar dia senyum je.. hehe, jangan terlalu mudah hakimi orangye na..


 topeng hantu..





Serius banyak port menarik untuk bergambar.. kitorang sampai pukul 5, sampai pukul 7 tu pun tak habis lagi ronda.. memang rugi kalau tak singgah sini..




Dekat sini aku kira dia buat mamcam kawasan pattani.. surau pun terletak dekat sini.. orang dekat sini pakai kain pelikat.. aku kira sini kawasan muslim thai.. ada pertunjukan wayang kulit juga.. bahasa thai.. terus teringat dekat ayah hehe..


Dalam pukul 7 lebih, sementara show sebenar mula, diorang ada buat pre-show.. exited sangat aku dan kak yam time ni..

Lama juga diorang menari.. siap tabur-tabur apa tah.. macam ala-ala kita tabur bunga rampai hehehe..


Time ni dia stop agak lama.. aku ingat kenapa, rupanya dia bagi peluang untuk kita nak bergambar.. apa lagi, exitedla kami..sebab dekat dalam nanti memang no kamera at all..





Comel-comel orangnya.. yang dah transform fully jadi perempuan pun ramai.. akak belah kanan tu aku tak kenal.oleh plak terambil gambar sekali hehehe


Next show, dia ajak audience join sekali menari.. dalam hati aku, show yang dekat luar pun dah best apatah lagi show yang dekat dalam kan.. aku kira dalam 7.30 macam tu dia dah bagi masuk.. security checking memang sangat dahsyat.. siap seluk habis beg.. kamera memang confirm kena simpan.. aku punya makanan fish cake tu pun tak boleh bawa masuk..


Sebelum show start.. serius diorang strict, aku ada nampak orang ambil gambar.. tempat ni kan gelap, jadi bila kita on hp memang akan nampak cahaya.. ada petugas dah standby dekat belakang suluh lampu dekat mana-mana yang ambil gambar.. dioang memang akan minta kita delete.. jadi respect tempat orang.. respect rules mereka.. overall persembahan sangat puas hati, siap ada gajah, kambing dan ayam atas stage.. ada juga gambaran neraka ditunjukkan untuk balasan orang jahat.. serius puas hati.. wajib wajib pergi..

  1. Transport dan makan: 500 baht
  2. Pouch beg umi: 80 baht
  3. tiket siam niramit: 1500 baht
Total kos hari kelima: 2080 baht ~ RM226

No comments: