Jun 10, 2015

Kembara ke Jepun: Day 3- Mount Fuji dan Gotemba Factory Outlet

Assalamualaikum..

Di hari ketiga, aktiviti kami memang agak santai.. petang hari kedua, ejen bagitahu untuk trip hari ketiga kita akan naik bas.. jadi tak jalan jauh dan tak penat sangat.. suka sangatlah kami semua.. pukul 8 pagi semua dah standby nak gerak.. perjalanan mungkin makan masa sejam setengah ke 2 jam.. sebab traffic pagi boleh tahan jammed kan.. Ejen da pesan bawak baju sejuk siap-siap sebab dekat atas tu boleh tahan sejuk..

Abang bas hensem.. adik aku tak puas hati aku cakap dia hensem.. Dia tak tengok yang real aku rasa..


Saat mulakan perjalanan


Ejen bagi sedikit taklimat time dalam perjalanan.. seronok tengok diorang cakap jepun..


Google in japan.. kagum kejap aku.. aku buka time dalam bas..


Dalam perjalanan tu juga, ada yang berhenti singgah R&R.. cantik gila kot R&R nye.. kagum aku.. aku tengok dari luar je.. kawan aku ada share gambar toilet.. macam kat hotel dah aku tengok




Kata kak yus, konsep di Jepun bila guna kemudahan awam ialah akan fikir untuk jaga keselesaan orang seterusnya.. banyak juga aku jumpa nota-nota dalam tandas untuk lap lepas guna.. bagus kan.. islam di bumi bukan penduduk bukan majoriti islam..


Dalam bas dah nampak gunung fuji.. perasaan teruja dah bermula


 Tiba-tiba kami nampak benda ni..

Bila dekat nak sampai gunung fuji, kitorang nampak roller coaster ni.. tengok pun dah berdebar.. belum naik lagi.. best sangatttttt.. ejen kata, roller coaster ni ada world record.. yang terlaju, tertinggi, terpanjang dan tercuram.. dia dah naik, dia cakap best sangat.. bayaran murah lagi dari Disneyland/ Disneysea.. kalau ada masa memang aku nak sangat try.. kak yus dah cuak dah, kak yus duk pesan ingat umi kat Malaysia hehehe hai mi!

Nama theme park tu ialah Fuji Q-Highland.. dah macam suji q plak dah namanya hehehe maklumat lanjut boleh klik sini.. Harga tiket pula kalau kita nak main semua ride, 5,200 yen.. tapi kalau nak pilih certain ride, each ride 1000 yen + tiket masuk  1,400 yen.. bestnyeeee




Adrenaline memuncak.. gambar semua dari website.. aku search juga kat youtube.. nak naikkkkkk


Seriau tengok tapi nak try

Mount Fuji

Alhamdulillah, setelah sejam lebih perjalanan kami sampai di mount fuji.. subhanallah, indescribable.. sejuk sangat kot, ejen kata ni tak kira sejuk sangat sebab nak masuk summer dah.. sah orang malaysia aku ni, sejuk sikit pun tak tahan..



Bukti sampai.. setiap kali sampai dekat tempat best, kalau tak dapat minta orang ambilkan gambar, aku ialah confirm akan wajibkan selfie ada muka sendiri.. sebabnya teringat adik aku kata.. kalau ambil gambar pemandangan je baik google haha~sangat terkesan kot..




Time ni semua dah meliar dah.. gambar group tak ambil lagi.. lepas panggil dan semua dah ada baru dapat ambil gambar group..



yang belah kanan duduk tu ejen kami untuk hari tu.. semua gambar dengan bendera mesti aku duduk bawah pegang bucu.. biasa yang jadi geng aku ialah kak shu hehe




Lepas setel gambar group semua berpecah pusing kawasan.. kami diberi masa dalam sejam nak pusing-pusing sebab lepas ni nak pergi shopping dekat outlet plak..



Mount Fuji dari kamera godang.. time ni awan tutup puncak.. sayang tak dapat puncak penuh.. oh ye, lupa nak cerita.. time kami naik dengan bas, ada dekat satu jalan tu akan keluar satu lagu bila ada kenderaan lalu.. lagu tradisional/ kebangsaan jepun.. Subhanallah, memang diorang ni sangat detail dan out of the box


Pemandangan kawasan di stage 5..






Bukti-bukti jejak kawasan..


Setel belah depan fuji, kak yus ajak pergi belah belakang kedai-kedai.. view dekat situ pun subhanallah cantik sangat..



Ingat kedai ni, dekat sini ada jual jagung rebus besar dan manis sangat.. aku nampak ejen makan terus teringin.. masuk kedai, terus pergi belah kiri.. betul-betul sebelah pintu masuk.. ada juga jual kentang dengan butter.. tengah panas kan.. semua pun sedap.. oh ye, air vending machine dia pun panas juga.. hebat hebat



Kawasan atas sini ada temple



Gambar dari sini pun best sebab berlatar belakangkan gunung fuji


Tempat mensucikan diri mengikut kepercayaan agama mereka..

 Dekat sinilah view yang aku cakap cantik tu.. pokok-pokok dia sangat tersusun cantik.. kalau dekat Malaysia ni confirm jadi tempat bergambar pengantin..



 Muka gelap tapinya.. tapi sebab view cantik muka gelap pun takpe

Ada nur.. nama pun norliyana kan


tak tahu apa dia tulis.. asal ada tulisan jepun pun mesti tempat nak bergambar..


 Kawasan tempat ada air tadi..


 Lepas pusing-pusing dekat sini.. kami turun bawah untuk tengok ada apa-apa sorvenir best tak.. dekat sini fridge magnet dia agak murah.. 400 yen dapat 3.. jadi RM3++ satu.. murah dah aku rasa.. cantik pun cantik.. aku usha kejap je dekat part sorvenir sebab aim nak beli jagung rebus..


Time aku sampai takde orang dekat sini.. aku tanya dekat kaunter bayaran, tapi dia macam tak faham english.. aku pun tunggu balik dekat sini.. lepas tu duk usha-usha dalam kedai nampak mesin ni.. rupanya kita kena bayar dulu dekat mesin ni, dan bagi resit tu pada orang yang jaga kedai ni.. tapi time aku tunggu tu takde penjaga plak.. aku nak pergi tanya balik dekat kaunter bayar tu, tapi tiba-tiba ada pakcik cuit aku tunjuk dah ada dah orang yang jaga tempat jagung tu..



 Nampak dia ada jual kentang rebus dengan butter, terus terliuq.. patutla cerita korea time musim sejuk asik minum air panas je.. jagung harga RM15 hinggit, haha.. takpela yang penting makan jagung dekat gunung fuji..


Alhamdulillah sedap dan manis jagungnya..  jagung tebuk dekat lidi tebal.. mudah nak pegang dan makan terus


Bas kami, mungkin besar tahap coaster kot..



Moh ke Gotemba plak..


 Signage di tol nak ke gotemba.. sape nampak huruf 'ha' dekat signage ni hehe

tol ni ialah automatik.. macam kita bayar dekat shopping complex tu.. yang bagusnya, dia sediakan juga untuk oku.. hebat sangat..


Tempat bayar oku dekat bawah tu.. sangat menjaga kebajikan kan..


Gotemba Premium Outlet

Sampai dekat sini, ejen brief surau dekat mana, dan waktu berkumpul balik.. sebab bas tu sewa sampai pukul 8 je.. jadi pukul 5.30 petang semua dah kena naik bas balik.. kami ada masa dalam sejam lebih dekat sini.. aku dan kak yus decide nak solat dulu, pastu lega dah bila nak berjalan

Suraunya kunci, korang tekan je dekat signage belah kiri tu.. tunggu sat, akan ada pak guard datang buka kan.. lepas dah siap solat, tekan balik button tadi untuk kunci.. aku tak pasti dia auto kunci atau pak guard tu datang balik untuk kunci.. selesa sangat suraunya..


Pemisah lelaki dan perempuan


Tempat wuduk


 Landmark wajib ambil gambar

kami cross jambatan ni nak cari tempat gambar berlatar belakangkan gunung fuji.. tapi tak nampak pun dekat sini.. kak yus kata kami salah tengok map, yang nampak tu dekat kasawan lain.. banyak aku baca blog lepas balik jepun, diorang amik gambar dekat satu lake ni.. kalau dalam jadual patutnya kami singgah ke lake ashi.. tapi tak sempat kata ejen.. takpelah, yang mana sempat je kan kita touch down..


 kak yus cakap menara dekat background tu unik.. aku pun layankan juga


 nampak tak ala-ala ferris wheel dekat belakang tu.. tak tau aku boleh naik ke tak..



Close up.. tapi tertutup dengan jari haha..


Dekat pintu masuk jangan lupa ambil map.. aku serius lemah baca map.. tapi map ni senang jugala nak faham..


Pilih baju untuk iman.. dekat sini aku beli juga sorvenir untuk ayah dan adik aku..


Gerak untuk nak balik



Antara view sepanjang perjalanan balik.. office semua memang susah nak jumpa yang dah tutup.. pukul 7-8 malam semua macam tak balik lagi.. siap buat meeting bagai.. dahsyat sunggu budaya kerja diorang.. pada aku, aku still need family time or me time hehehe


Tenkiu driver bus..time nak turun tu dia sport check ada tak tertinggal barang.. ada la macam butang apa tah yang tercicir.. dia ambil pulangkan dekat kami.. bagus betul.. Alhamdulillah setel hari yang santai untuk kami.. Kitorang sempat ke kedai lawson malam tu.. murah betul barang dekat situ.. semua 100 yen, kalau yang mahal sikit 200 yen.. korang bayangkan air kotak besar yang 1liter tu RM3 je.. sabar je la.. harga sebelum campur tax 8%  .. nak cari strawberi sebenarnya tapi tak kesampaian..

 Kos hari ketiga:
  1. Kedai 100 yen-tshirt kemeja aki 2 helai, stokin 2 helai- 432y
  2. Air macam-macam-604y
  3. coklat dars-108y
  4. beg frozen-1026y
  5. tshirt dan seluar iman-1840y
  6. tshirt ayah-2980y (salah saiz :( )
  7. personal- 4140y
  8. key chain (9 pcs)- 1200y
  9. jagung dan kentang-1000y
  10. TOTAL = 13330y = RM404

No comments: