Wednesday, June 3, 2015

Bercuti di bangkok- Day 7: Pulang ke Malaysia

Assalamualaikum..

Tak percaya sangat entry bangkok dah sampai hari akhir.. rekod hari ini dalam sejarah sangat.. aku serius tak ingat bila last time aku cerita complete dari hari pertama sampai hari terakhir kejadian.. wahh, ni kena travel selalu ni baru exited update blog.. haha, taktik sangat..

Hari terakhir di Bangkok memang takde plan apa-apa sangat.. plan nak makan dan terus gerak ke airport.. sebab flightnya dalam pukul 5 petang tak salah aku.. asalnya kami nak cari makan dekat area hostel, tapi enggak ada.. elok kami tengah pusing-pusing en adil roger kak yam.. nak belanja makan dekat yana restaurant.. rezeki jangan ditolak kan.. apatah lagi kalau rezeki tu dekat MBK haha.. bolehla cuci mata lagi sekali.. total kami ke MBK adalah tiga kali.. fuhhh


 Stesen fevret kami


Sampai MBK memang aim ke Yana restaurant terus.. en adil dan kawannya dah tunggu.. antara makanan yang diorder.. daging tu ialah daging masak blackpaper


Tomyam merah.. kalau korang nak tomyam putih pun ada juga..


Som tam.. personally aku lagi enjoy food dekat kedai pattani.. mungkin sebab nasi dekat sini ialah beras wangi.. tak berapa nak masuk dengan selera aku.. tapi lauk dia semua maveles..


Teh fevret buat kali terkahir.. beli dekat stesen natinal stadium.. sedap bak ang.. ada siapa-siapa pergi bangkok ke? nak kirim boleh hehehe


Dong Muan station.. kami ke sini dengan cab.. orang hotel tolong tahankan.. aku ni kejap hotel kejap hostel.. aku kira tempat aku duduk tu ialah hotel sebab hari-hari ada orang kemas bilik.. kalau hostel takde kan? tambang teksidalam 400++ baht.. share dengan kak yam.. dekat airport juga aku habiskan duit baht aku.. baki dalam 200 baht.. aku beli beg dekat naraya.. cantik-cantik design dia..



2 benda yang aku beli sama dengan kak yam.. pasport cover dan jam.. dua-dua pun murah.. pasport cover 100 baht, buat dekat chatuchak.. jam beli dekat floating market.. 50 baht.. murahkan..

Overall, bangkok sangat best.. kalau ada peluang nak repeat lagi tempat yang aku confirm pergi ialah chatuchak market, nak masuk madame tusauds, sealife, nak turun dekat semua stop chao phraya boat, dan of coz nak repeat siam niramit.. pendek kata takde tempat yang aku menyesal pergi..

Dari segi duit, aku tukar RM1,400.. memang ngam-ngam untuk sovenir dan jalan-jalan.. sebab dari 1,400 tu 400 buat bayar baki duit hostel.. kalau korang suka shopping, bawa lebih pun takpe.. kalau ikutkan kos tambang dan makan tak sampia 500 baht.. itu anggaran aku, boleh jadi sangat-sangat kurang sebab kalau ikutkan memang aku dan ka yam tak makan dengan mewah pun kat sana.. 

aku ada impian, kalau dapat repeat tempat yang sama, aku nak fokus pada tempat-tempat natural.. no more shopping complex (hopefully iman tak tewas hehe).. pada aku bangkok ialah bandar yang selamat untuk jalan-jalan.. aku pun tak tau kenapa aku rasa macam tu.. maybe sebab kita pakai tudung... gangguan sangat kurang atau boleh kata takde langsung.. sampai geng laki yang jalan dengan kitorang pun takde orang kacau except sekali..

Tempat yang best juga kalau nak jalan dengan family.. pendek kata aku takde sesalan ikut trip kak yam.. thank you Allah bukakan hati kak yam untuk ajak aku.. ada masa kita ketemu lagi ye Bangkok!!

  1. Makan dan transport (termasuk teksi ke airport): 500 baht
  2. souvenir: key chain-180 baht, beg naraya: 200 baht : 380 baht
Total kos hari ketujuh: 880 baht = RM97

No comments: