Jun 15, 2015

Kembara ke Jepun: Day 4- Sekitar Edo-Tokyo Museum, Akihabara Electronic Town, University Tokyo, Hangdo dan Tempura Tendon Tenya Asakusa

Assalamualaikum..

Untuk hari keempat, kami khaskan untuk tujuan utama kembara ke Jepun, iaitu membuat jaringan bersama universiti tokyo.. time nak pilih universiti ni, kami ada dua pilihan, sama ada Universiti Kyoto atau Universiti Tokyo.. Setelah tengok kesesuaian tempat, kami telah membuat keputusan untuk ke Universiti Tokyo.. banyak landmark best boleh lawat dekat sekitar tokyo..

Di pagi hari keempat, kitorang dah siap-siap ready pakai baju nak ke universiti tokyo.. konsep formal.. disebabkan gerak pukul 10 pagi, lepas sarapan aku dan kak yus nak cari kedai/ pasar yang jual strawberi sebab banyak masa lagi..

Menu breakfast.. asalnya aku dan kak yus macam nak breakfast roti, sekali nampak nasi goreng air tangan orang Malaysia terus exited makan nasi goreng.. hehe.. Lepas setel makan, kami mulakan misi strawberi.. Dalam perjalanan ke kedai, kami jumpa satu taman.. ada temple dan nampak sangat menarik dari luar..


Temple dalam construction.. serius cantik view dekat sini, pokook-pokok sangat merimbun.. aku sampai sekarang kagum dengan taman dekat jepun.. sebab kedudukan dia sangat tiba-tiba.. tepi jalan besar, tiba-tiba ada taman.. sebab dalam bayangan aku konsep taman adalah closed and private.. jadi bila jumpa taman tiba-tiba, terus rasa bestnyeee..



Ada kerusi dan taman permainan juga.. nampak ada pekerja jepun breakfast dekat sini..


Ni la pokok merimbun yang aku cakap tu..


Suka sangat aku kawasan yang hijau hijau ni..



Rupanya kawasan sini ialah sebahagian dari kawasan Muzium Edo Tokyo.. aku teringin juga nak masuk tapi buka dalam pukul 9.30.. memang tak sempat nak pusing kalau aku masuk.. harga tiket ialah 600 yen.. maklumat detail boleh refer sini..

Sedikit maklumat muzium tersebut:

The Metropolitan Edo-Tokyo Museum opened its doors in March 1993 as a space to reflect on the history and culture of Edo-Tokyo and envision the city and life of the future. The permanent exhibition, showcasing original objects and replicas, offers visitors a journey through the 400-year history of Edo-Tokyo since Tokugawa Ieyasu entered Edo. In addition to the permanent exhibition, the museum holds special exhibitions at the first floor gallery five to six times a year and carries out various other events, including lectures and workshops on the history and culture of Edo-Tokyo.


Kawasan bunga.. tiba-tiba rasa tak patut aku seronok sangat sebab kawasan ini ialah termasuk dalam kawasan memperingati air raid tersebut.. time ni exited tengok bunga-bunga cantik..


 Subhanallah, taman yang memukau pandangan mata.. memang cantik sangat..



Memang seronok sangat untuk dijadikan kawasan riadah..



Yang ni pula kawasan memperingati gempa bumi pada tahun 1923.. sini konsepnya open gallery, semua boleh masuk tengok tanpa sebarang bayaran..


 Besi-besi yang cair


yang ni pula paku-paku yang cair


Close up



Rangka kereta


kawasan keseluruhan

Broken  Main Pipe.. serius rasa sayu dekat kawasan sini.. Moga kita semua sentiasa dalam limpah kasih sayang Allah


Akhirnya aku tak jumpa pun kedai jual strawberi.. balik tu tanya kawan aku dia kata kedainya dalam lorong-lorong.. aku try juga cari balik tapi tak jumpa.. sudahnya malam nanti aku plan untuk pergi dengan member aku tu.. Kedai lawson ni best juga.. dia jual food dan makanan basah, 100 yen.. murah sangat.. kalau yang mahal sikit ialah 200 yen.. malam sebelumnya kami ada pergi kedai macam ni, tapi tak ingat nama apa.. dekat sini aku beli thsirt kemeja untuk adi plak.. harga sama.. kitorang beli juga barang-barang basah nak masak tomyam, tapi tak sempat buat.. sudahnya barang-barang tu kami bagi ejen.. tak dapat merasa tomyam dibumi tokyo.. dekat sini juga aku beli lagi susu pisang 1liter berharga 100 yen.. suka sangatttt.. aku siap bawa bekal pergi jalan-jalan lagi.. entah kenapa aku suka sangat..


Siapa tengok cerita Sinchan mesti tau.. jumpa time misi cari strawberi..

Signage ni aku ambil time balik..



 Memang sangat bandar elektronik..


pintu masuk.. dekat belah kiri tu korang perasan tak ada signage cafe.. kitorang beli roti dekat situ.. salah satu kelebihan pergi dengan ejen ialah boleh tanya dia makanan mana yang halal.. sebab dia boleh baca menu tulisan jepun.. macam-macam roti aku beli.. sedappp, aku beli churros juga, tapi tak berapa pandai nak menikmati


3 keping terus roti aku beli..



Kawasan dalam kedai.. sebenarnya, dekat keliling kawasan sini memang banyak kedai a.k.a bangunan besar yang jual barang elektronik.. semua besar-besar.. dalam sini juga, macam-macam barang ada jual sebenarnya.. aku aim nak cari xbox untuk adik aku.. kawan-kawan aku ada yang beli jam, jam casio dalam 1000 yen = RM30, murahkan.. ada yang beli mainan untuk anak, kak yus kata murah dia jual dekat sini.. tapi kitorang spend masa kejap sangat dekat sini.. dalam sejam lebih, aku rasa kalau nak best, mungkin boleh spend masa dekat sini dalam 3 jam.. sebab memang sangat besar.. 6 atau 7 tingkat tak salah aku.. ni baru bangunan ni je.. kalau korang nak jalan dekat bangunan lain, aku kira sehari pun berbaloi spend time dekat sini..

Ejen hari kedua (ejen kitorang berukar-tukar tiap-tiap hari) bagitau kitorang xbox dekat sini harga RM250++, xbox 2nd, tahun awal 2000.. aku tanya dekat ejen yang bawa kitorang tu, dia kata tu kedai dekat lain.. jauh juga nak jalan.. dalam 10 minit.. aku cakap aku nak pergi tengok juga sebab dah janji dengan adik aku.. tapi takde rezeki, bila pergi kedai kata dah takde stok.. Aku roger adik aku balik, dia kata takpela.. beli yang baru.. harga xbox 360 4gb yang baru ialah dalam RM600.. still murah berbanding harga di Malaysia.. 

Pandangan aku, setelah try xbox jepun dekat Malaysia, review aku ialah macam banyak yang cons dari pro.. satu, korang kena beli converter power sebab power dekat Malaysia tinggi berbanding jepun, aku dah beli converter tapi mungkin salah beli.. bila pasang dekat Malaysia dah meletup.. aku beli xbox ni dengan sorang kawan aku.. dia try dulu, bila adik aku try pun meletop juga hehehe.. jadi kena beli wayar connector baru, range harga RM150++.. tapi kawan aku beli online dapat dalam RM65.. 2nd, cd game yang boleh main dengan xbox jepun ialah cd ori je.. nak main cd  tak ori kena jtax dulu.. dalam RM250.. kalau beli xbox dari Malaysia, dia dah memang setup siap-siap untuk cd tak ori.. jadi boleh timbang-timbang mana yang korang prefer.. adik aku kata xbox jepun boleh main cd ori je sebab cd dekat sana murah..






 yang ni semua ialah area dekat kawasan aku cari xbox 2nd.. memang sangat banyak anime karekter..

Gundam cafe.. banyak juga cafe anime lain yang aku nampak.. naruto cafe pun ada juga.. tapi sebab tidak gemar kan, takdela teruja sangat..


hasil barang beli untuk adik aku..oh ye, kalau controller wireless murah beli dekat sini.. dalam RM80++.. kalau dekat kl RM110++


tengah menunggu geng-geng lain.. ada yang baru dapat tahu ada jual mainan dekat sini, semua menderu masuk balik.. sanggup kitorang korbankan masa lunch hehe


santai je diorang makan time break tengahari.. 


kawan aku beli mainan train untuk anak dia.. shinkansen train.. best aku tengok.. ada kawan aku beli pendrive train shinkasen.. cantik sangat, Rm80++ untuk 4gb


 Dalam pukul 1 petang, kami gerak ke universiti.. temujanji ialah pukul 3 petang.. Dalam pukul 2.30 petang kitorang dah sampai dekat sana..


Bergambar dulu sebelum Prof sampai..




Dalam pukul 3 petang, sesi perkongsian ilmu dimulakan.. kami mulakan dahulu dengan sedikit latar belakang universiti kami.. Prof ni tak pernah sampai Malaysia


Memang ngam-ngam pukul 5 petang habis.. baik Prof ni.. sangat banyak dapat ilmu-ulmu baru dekat sini.. respect dan impress 


Souvenir untuk Universiti Tokyo.. Ikut kata kak yus, universiti tokyo ni ada 3 jajahan/ kawasan besar.. yang kami pergi ialah universiti tokyo yang terletak di Hongo.. kitorang bagi juga Souvenir pada department lain yang related dengan bidang kami.. dekat s/u prof pun kami bagi selendang..


 Terima kasih Prof sudi terima kami..


Disebabkan takde sign universiti tokyo dekat bangunan tadi, gigih kitorang cari main building untuk bergambar..



 Tiru gaya aki, adik aku hehe.. see see, gambar aku mesti duduk bawah pegang bendera hehe



Belakang ni ialah inkubator universiti.. tempat untuk syarikat-syarikat baru diuniversiti.. besaq sangat



Sedondon plak aku dengan kak yus..


Setel di universiti, aku ke Asakusa untuk cari tempat makan dan solat.. aku selalu tersasul sebut asasuka.. hehe


Antara hasil belian ramai-ramai bila dikumpulkan


Kami makan dekat sini.. rupanya kedai ni ada cawangan dekat tempat kitorang tinggal.. kawan aku yang gemar makanan jepun konon-konon nak repeat lagi, tapi masa tak mengizinkan..



Green Tea



Menu ada dalam bahasa jepun dan bahasa inggeris..


Aku tamak, p amik special seafood tendon.. dalam set tu boleh pilih nak mee udon atau soba.. soba meenye lebih halus.. aku amik udon sebab selalu dengar udon kan.. meenye portion kecil je.. tapi jenuh nak menghabiskan semua makanan.. aku rasa udon sedap, tempura ok.. ada perasaan nak repeat lagi tapi bukan dalam masa yang terdekat hehe.. aku kan lidah melayu.. yang bawang tu sedap jadi penambah rasa..

Setel makan, kami terus gerak ke hostel.. Kami tiba agak awal di Ryogoku.. ada geng nak balik hostel, ada geng nak jalan-jalan.. aku ikut yang nak jalan.. jumpalah strawberi.. tak besar sangat, harga dalam 300 yen.. boleh tahan mahal.. hajatnya nak bawa untuk umi aku.. umi aku kan suka sangat tengok sarang makan strawberi.. tapi tak kesampaian sebab buahnya rosak bila aku letak dalam luggage besar.. kawan aku cakap boleh bawa naik atas cabin.. tapi ada sorang kawan aku yang beli juga strawberi letak dalam luggage besar, alhamdulillah elok dia punya.. aku rasa sebab aku bagi beku kot, tu yang dia mencair kaw kaw.. kawan aku letak kat peti ais bawah.. takpela, rezeki masing-masing kan..

 Kos hari keempat:
  1. Kedai 100 yen-banana milk, sayur for tomyam- 216y
  2. Cooler beg- 108y
  3. strawberi-300y
  4. sorvenir kedai 100y- kipas, sudu iman, stokin- 1188y
  5. 2-tshirt kemeja adi + sarung tangan- 324y
  6. roti- 454y
  7. headphone-1490y
  8. xbox + 2 controller extra- 6900 (tak kira dalam total kos)
  9. TOTAL = 4080y = RM123

3 comments:

Ann Ishak said...

bila pandai mencari tempat yang harganya barang/makan berpatut dan murah...jalan2 macam ni pun still boleh safekan perbelanjaan kan

fara said...

sis, pakai agent ap? 4 hari 3 mlm je?

Yana Kama said...

Saya pergi 6 hari 5 malam sis, tapi tak habis lagi cerita dalam blog.. 😅Untuk travel agent, sis boleh refer blog melancongkejepun