Wednesday, September 19, 2012

Rindu Mereka

Assalamualaikum..

Tadi siang member aku, Zaf call..lama jugak duk borak-borak..lamaaaa sangat tak hang out dengan Zaf sejak dia pergi Johor..tiba-tiba rindu dekat member-member UTM aku..aku rasa last jumpa diorang time Ain bersalin dulu..dengan Zaf memang sangat lamaaa sampai kitorang nak recall bila last jumpa pun tak ingat..hehe..takpela, kalau ada rezeki nanti aku plan turun Johor ek Zaf..lama ni tak berfoya-foya hehe..jadi sebab rindu aku layan balik gambar-gambar peristiwa dengan mereka..yokk cekidautt

477050_3629209296037_1448222367_3382725_1404288981_o
Gambar time mini reunion..time ni baby Aisy baru 4 bulan dalam perut kan Ain..Anis plak tengah loya-loya, sanggup dia datang jumpa kitorang..terharu..Yu paling dramatik perjalanan dia nak sampai, 3 jam ko dari UPSI..time ni jugak aku ajak diorang main game tukar-tukar buku yang mana misi main game ni tak berapa nak tercapai dengan cemerlang..haha, yang huda ngan yu pegang tu gambar kahwin waheda…sangat sangaattt..sengih je aku sepanjang tengok album tu..over pada pengantin hehe

IMG_2024
Eh, cite main teringat-ingat ni aku random je..tak ikut time..ini ialah baby shower Ain..aku tak share lagi details dekat blog..hehe, harap2 aku tekad la nanti untuk share..ini dekat taman apa ek yang dekat Kepong tu..tengok, nama taman pun aku da lupa..dia taman yang angin masyuk dan layang-layang sangat meriah di angkasa..alaa, haaa ingat da..taman metropolitan..seronok seronok sebab makanan banyak sangat..ingat lagi, Ain masak nasi impit dengan ayam masak merah..dia kata dia buat awal-awal sebab takut time raya nanti dia tingin..yelakan, time raya Ain tengah mood berpantang lagi kan..hiasan-hiasan itu credit tu Ain..oh ye, aku hampir merosakkan benda bulat-bulat tu (tak ingat da nama apa benda bulat tu)..hehe lucu..

P1060796
Peristiwa cari kain untuk wedding waheda..seronok sebab jumpa lace yang murah..diskaun banyak kot time ni..hampir-hampir aku nak peluk akak kedai tu sebab exited..hehe, eh korang tak percaya kan..akhir-akhir ni kelebihan aku ialah membuat exaggerating..haha, we had fun time ni walaupun kejap je rasanya berjumpa..

P1070639
Bujang Waheda..simple yet meaningful activity..enjoy sangat kot..dengan peristiwa malam yang macam-macamnya..alahai korang, bergenang mata hamba sambil duk menaip ni..

324744_2442303379761_1317143506_1985206_1045968817_o
Makan-makan rumah Yus..ni kalo tak slaah aku lepas sambut menantu Ain..jumpa dekat situ, terus planning next week untuk hang out..Yus dan Yazid tuan rumah yang sangat awesome..ada korang jumpa tuan rumah bagi lepak dari 12 tengahari sampai 7 malam? eh macam ada je kan..hehe, layan cite apa tu yang the rock berlakon jadi ayah budak cute tu..haihh, awat malam ni asik memory lost je ni..

P1010173
Anis bujang..eh korang faham kan maksud anis bujang..eh ke aku je yang assume korang faham..hehe, aku ni selalu kena sound dengan bos sebab suka assume semua orang faham dan tahu apa yang aku tahu..hehe Anis bujang ialah bachelorette party maknenye..tapi idokla kami berparti bagai ha..sekadar spend masa bersama..time Anis bujang kitorang tido flamingo hotel, dan esoknye p berkelah dekat tempat huda bawak..hehe, tak ingat da sungai apa namanye..Huda ialah GPS kami..semua tempat dia tahu, hebat tak hebat akak tu..

20110723 (382)
Ini ialah bujang Ain..p beroga korang..gila kentang sungguh kul 5 pagi kitorang gerak..gigih tak gigihnye..ni request by Ain rasanya..dia tengok gambar cantik-cantik kan dekat sini..siap minta tolong kawan kitorang amikkan gambar lagi..hehe, Ain, kalo ko baca blog aku kan, agak-agak nak naik lagi tak Ain..hehehe, aku pon da lama tak memanjat..

Wohooiiii…masa berlalu dengan sangatla pantas..Ain da ada Aisy, Anis sedang menunggu hari, Waheda insyaallah tahun depan..dan Zaf sedang merancang hari bahagia..wohooiiiiii kali kedua..hehehe, rindu sangat ni kita tak kuar sama-sama..Yana, lets start memplan! Dapat 1 entry gara-gara dapat call dari Zaf..jadi Zaf, call la aku selalu untuk bagi aku mood mengarang..haha..love u fillah Zaf!

No comments: