Oct 31, 2011
Jogging jugak akhirnye..
Oct 18, 2011
Another Wedding of ex-UTM
Oct 17, 2011
Dua Hati Menjadi Satu~Ain + Aizat: Persandingan……lagi??
Dress Ain..cilok dari FB Ain..try carik pic Ain penuh berdiri tapi takde plak..aku rasa combination silver dekat color ni sangatla naik dengan naiknye..
Oct 7, 2011
Seperti suami dan isteri??!!
Assalamualaikum..
Malam tadi,tengah aku tolong umi aku wrapping popia (??), adik aku, ila tibe-tibe gelak sorang-sorang..terus curious nak tahu awat ila gelak..rupa-rupanya dia jumpa pic ni dekat FB..
Soalan: Berdasarkan graf garis yang dilukis di (d), nyatakan satu hubungan antara suhu air dan tekanan
Jawapan: Seperti suami dan isteri
hahaha~tak boleh tahan betulla dengan jawapan budak-budak zaman sekarang..kita dulu-dulu kalau tak tahu pon mesti tak sampai hati nak jawab macam ni kan..makin berani diorang ni bagi jawapan yang boleh mencabar kesabaran seorang guru…hmmmmm
Yana Sayang Kamu!
Oct 6, 2011
Tanpa-Nya,we are nothing..

Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu
Wali Band – Harga Diriku
Oct 5, 2011
Ukiran Inai di tangan..boleh atau tidak?
Terbaca ini dari Fb adik aku..sumber asal artikel adalah dari sini..
Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :
Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."
Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut. Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..
Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak
Keputusan:Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Oct 4, 2011
Nampak mudah tapi susahnya nak buat
Assalamualaikum..
Terjumpa dalam page kawan..dari FB Ustaz Zamri..hati tersentap,nampak senang tapi susahnya aku nak buat..Mahu memelihara Aurahku tapi..terasa susah..Ya Allah,moga dipermudahkan
Yana Sayang Kamu!
Oct 3, 2011
Rindu mau makan kuih muih di bulan puasa
Oct 2, 2011
It’s a celebration!
Assalamualaikum..
Adik aku tag aku kat FB..katanya kaum Hawa kena tengok untuk nak tahu kenapa Adam minat bola..yolah tu
Tak pernah dengar pon aku team ni..mesti diorang exited nak tunggu gol sebab nak buat gaya yang diorang plan..kalo tak gol mesti kecewa yang hamat..ekekekeke
Yana Sayang Kamu!