Assalamualaikum..
Kelmarin,aku duk godek-godek blog aku..time aku tengah tengok key word untuk statcounter tu, aku baru perasan kita boleh klik dekat keyword itu dan dia akan keluar dekat mana blog kita di link kan..hehe,maklumla..ilmu blog masih tak berapa nak kukuh..dan kebanyakan keyword itu akan link dekat gambar kita la kan..dan satu keyword yang buat aku tersentap adalah bini orang pakai kebaya (kalau sesiapa yang termasuk page ini gara-gara keyword ini,sorry kamu,ini bukan blog yang kamu cari)..terus rasa hah sudaaaa…apehal keyword pelik-pelik ni masuk blog aku..gambar yang link ke keyword ini ialah gambar aku pakai kebaya..dan antara ayat dalam entry itu ialah aku cakap “aku rasa aku macam tinggi kalau pakai kebaya,eh ke orang lain pon rasa macam tu”..perkataan berwarna ungu ni la yang buat orang terjah ke blog aku..aduhai..
Terus rasa ada sedikit kesedaran untuk nak tengok balik gambar-gambar lama aku dalam entry dulu-dulu..aku mengaku,memang entry lama-lama aku dulu aku tak buang pon dari blog aku..terasa sayang plak kan,penat tu idea nak mengarang..dan mengarang entry dalam blog pada aku ialah memerlukan satu usaha..that’s why aku MELENGAH-LENGAHKAN diri untuk review balik entry lama..plus aku beranggapan takde orang kot nak tengok entry lama-lama..dan again,tanggapan aku salah..untuk pengetahuana korang, keyword di atas ialah pada 29/11..memang menggigil bila tengok..dan aku bersyukur atas sedikit kesedaran yang Allah beri aku tentang perkara yang aku abaikan dulu..terus cek balik entry entry lama..tapi aku tak delete pon,just moved to draft dan kalau rindu nak tengok still boleh tengok lagi..memang rasa sangat sayang,tapi mana lagi penting..nak cari redha dan cinta Allah atau nak terus ikut rasa hati yang sayang dekat entry tersebut..Astaghfirullah..susah mahu memjuk hati sendiri..but again, selain Allah,hanya kita yang memahami hati kita..dan kita paling pandai sebenarnya untuk pujuk hati sendiri..JANJI Allah itu pasti..
Emmm..kalau aku yang baru start berblog dalam bulan 2 tahun ni pon rasa susah,apatah lagi yang da bertahun-tahun blog kan..confirm da beribu-ribu entry..pandangan aku,tengok slow-slow balik entry lama..kalau memang kita takde letak gambar yang tidak sempurna,memang takde masalah..aku mengaku aku khilaf dalam buat entry yang lama-lama..tapi sayangla kan,kalau kita try nak menuju ke arah yang lebih baik,tapi picture lama kita yang tak sempurna aurahnya still boleh orang lain tengok lagi..betul,gambar kita tu takde menjolok mata mana pon..macam gambar aku pakai kebaya, bukan kebaya ketat..tapi korang fahamla kan kalau da keyword sebegitu yang masuk, orang ni kalau nak berimaginasi macam-macam dia boleh bayangkan..seram plak,tak mahula diri kita jadi fitnah dan pencetus ke arah jalan yang bukan-bukan..
Untuk difikir-fikirkan..Benda ni da jadik dekat aku..so tak mahu jadik dekat kawan-kawan aku bila blog kita dijadikan rujukan untuk perkara yang bukan-bukan..ingat memperingati itu tanggungjawab kita semua tanpa mengira diri kita sendiri sempurna atau tidak..bila kita niat mahu berubah, insyaallah Allah akan jaga kita dan terus beri kita kesedaran untuk berubah..Percayalah,sebab Allah sangat baik..
Saya pokok dan saya tak pakai kebaya!no entry untuk anda-anda yang niat tak betul
S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama
9 comments:
tapi potongan pokok tu mcm pakai kebaya laa..kebaya pahang kot..hehehe
tapi potongan pokok tu mcm pakai kebaya laa..kebaya pahang kot..hehehe
tapi potongan pokok tu mcm pakai kebaya laa..kebaya pahang kot..hehehe
mj pon malas nk tgk balik entry lame2..haha..nnt la slow2 tgk..
ko mmg mls milo...
hee betul tu yana
kdg2 keyword yg datang blOg
kte pun pelik2 gak huhuhu
itu biasa terjadik buk...jangan marah marah yerk...nanti lekas tua...hehehe
Nona...terharu aq baca entry ni. Aq yakin ko boleh! :)
haha..like part pokok tu...
Post a Comment