Dec 29, 2011

Safi~Gold Coast Palm Tree: The room

Assalamualaikum..

Weekend yang awesome telah berlalu dengan lamanya..5 hari duk bercuti memang sangat meliatkan diri mahu gagahkan badan ke opis..Alhamdulillah, majlis perkahwinan kawan baik aku, Waheda telah selamat dilangsungkan pada 24 dan 25/12..sangat bahagia untuk mereka..ada sedikit cerita duka bagi diri aku..camera pinky aku hilang di Kuala Terengganu..sayu sungguh rasa..entah macam manela aku boleh careless sangat..agaknye camera tu merajuk sebab aku macam pernah terdetik nak cari kamera yang ok sikit kan..takpela,takde rezeki..frust jugak aku sebab gambar wedding Waheda memang hilang terusla,tak dan nak copy..nasib Zaf bawak jugak kamera,bolehla aku cilok gambar nanti dari FB dia..kalo weekend ni dia tak upload lagi siap dia..hehe,dari Terengganu lagi aku duk pressure dia suh upload cepat..makenye mungkin keaktifan aku berblog akan berkurangla since gajet penting untuk blog takdop kan..hmmmm

Ok,stop dulu cite tak best itu..aku nak sambung cerita percutian Safi plak..aku da janji dekat sini kan nak tunjuk pic kat sana..nikmatila ye..eceh

P1080069
Ini bilik honeymoon aku dengan kak Shida..ekekekeke

P1080076
Ini pulak bilik Kak Fiza dan Kak Eli..orang da kawin je boleh tido katil saiz king..belum kawin kena tidur katil single dulu..haha~suka hati je aku ni..

P1080072
Daun kelapa sawit yang diterjemahkan dalam bentuk chalet..phuii, bahasa sungguh over..

P1080074
Rumah jiran..hehehe

P1080080
View dari katil aku dan Kak Shida..agak-agak nak romantik malam-malam bolehla bukak sliding door tu..hehe,tapi sebab semua pon gadis-gadis yang duduk memang tak berani nak bukak..gigih kitorang duk kunci sliding door tu sebab dia macam tak mahu nak rapat..Kak Fiza duk terbayang kalo orang berenang boleh je naik dari balkoni tu kan..hehe

P1080081
Tempat mahu layan perasaan..tapi sedikit tak best aku rasa sebab kayu keliling tu lagi tinggi dari kerusi..so kalo aku duduk nampak kayu,tak nampak direct laut..terpaksala dekatkan muka dicelah-celah kayu tuk tengok laut dengan clear..mungkin kalo kayu balkoni tu rendah sangat bahaya tuk penginap yang bawak anak-anak kecik kot..

P1080082
Ruang tamu..Cozy,kipas memang memanjang kitorang bukak..ada aircond jugak tapi memang tak rasa since bumbung dia kan macam tak tertutup sangat..oh ye, tv dia best sebab kita boleh shopping kat tv je..even boleh beli movie jugak..syokkan..agak-agak nak lepak bilik bolehla layan movie..tapi tak berbaloi la kot kalo datang kejap dan duduk mengadap movie kan..

P1080088
Ekekeke..tergedik sat..katil dia memang awesome..Kak Shida kabo bed sheet dia tu yang buatkan tilam jadi empuk lain macam..ni 1st time aku rasa aku tido hotel 1st nite terus lena..tak sedar-sedar..biasa aku kalo berubah tempat tido mesti selalu terjaga..over tau nak tido hotel seribu lebih baru nak lena Yana ni..

P1080089P1080090
Partner bilik..

P1080092
Itu sahaja gambar yang aku amik ketika mula-mula sampai..lepas buat spot check dekat bilik kitorang da start mahu bersiap untuk dinner..punyala lama bersiap sampai kitorang group yang last sekali sampai..hehehe over sungguh kan..Open-mouthed smile

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

No comments: