Dec 8, 2011

Hari-hari terakhir Waheda as Bachelorette: Breakfast @Pak Li, Shah Alam

Assalamualaikum..

Mau sambung cerita tentang parti bujang Waheda..pagi Sabtu, lepas siap-siap kemas barang,kami bersarapan di Pak Li..aku tak tau yang seksyen brape..belah Shah Alam ni aku memang blur..oh ye,sebelum pergi sarapan tu, kitorang perasan tayar kereta Waheda kempis..kempis dengan sekempis-kempisnye..I wish my perut kempis macam itu..ekekeke,eh macam tak seswai plak gelak la..nasib tunang Waheda duduk area situ..Waheda minta tolong setelkan..Zafran yang tak dapat bermalam da tiba dulu di Pak Li..

SAM_6367
Mengisi perut di sini..

P1070633
Aku makan nasi goreng kampung pukul 10 pagi..demm,sarapan macam makan tengahari..kalau tengahari tak makan nasik takpe,ini nasik da jadik macam makanan wajib 3x sehari..feninla fenin..aku biasa makan dekat Pak Li yang Seksyen 7 kot,yang dekat dengan Giant tu..situ Nasi goreng kampung dia memang meletop..yang kat sini punya aku rasa macam biasa-biasa je..dekat sini Waheda kate yang sedap nasik ayam lemon..Yu try ini food..aku plak jenis tekak tak suka mencuba..kalau suka yang tu yang tu je la aku duk pulun sampai jemu..

SAM_6368
Ini ialah nasi ayam lemon..

P1070637
P1070638
Geng inila yang aku berkawan zaman UTM dulu..bila kira-kira balik besar jugak geng kitorang..oh ye,dulu-dulu Cikro ialah dalam geng ini jugak..tapi sebab Cikro da ada anak dan duduk Johor, sedikit susah kalau nak buat plan mengejut bersama-sama..biasa aku jumpa Cikro time wedding kawan-kawan je..agak-agak time parti bujang aku adakah semua orang akan available..hak hak hak,nak buat ayat tacing plak kan..

SAM_6378
Sempat jugak we all celebrate besday Zafran..hepi belated besday sayang!

P1070657
Anak sedara Cik Yana, moga membesar dengan sempurna dan jadik permata ayah bonda ye..Untuk aktiviti seterusnya, Ain, Huda dan Anis ialah tak dapat bersama..masing-masing ada plan tengahari Sabtu itu..so kami kami yang available iaitu Waheda, Zaf, Yu dan aku meneruskan aktiviti berjimba di Jusco Bukit Raja..eh yeke,aku pon kompius apa nama Jusco tu,tapi yang pasti dekat Klang la..will share it next entry ye..Open-mouthed smile

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

1 comment:

Mama Gee said...

kawan2 ramai dah kahwin...dah lama tak dpt jemputan pi wedding lg..rindu plak rasanya... :)