Jan 12, 2012

Video tazkirah bergambar Ustaz Azhar Idrus dari TuanHell

Assalamualaikum..

 

Since fenomena Ustaz Azhar Idrus melanda, aku admit aku sangat jarang tengok video dia sepenuhnya..biasa mesti tengok half-half..satu masalah aku ialah dari segi loghat terengganunya..eh kalo orang Ganu cakap ganu dengan aku, aku faham tau..malula weh sekolah Ganu 2 tahun tapi tak faham kan..hehe, cuma bila dalam video, dengan gemaannya, aku susah nak capture apa yang Ustaz Azhar duk cakap..pengakhirannya, videonya aku tengok separuh jalan..

 

Tadi aku nampak dekat FB ada beberapa kawan aku duk post video bergambar..maknenye siap ada tulisan terjemahan apa yang diceramahkan oleh Uztaz Azhar..menarik, tapi tulisan dia banyak naik-naik dan bergerak..mungkin sedikit pening bagi sesetengah orang tapi aku so far ok je..tiba-tiba tingat plak dekat salah sorang bos opis aku yang selalu bising dan pening kalo kitorang edit words dan naik turun page dengan laju..confirm dia pening jugak kalo tengok video ni..ekekeke (PS:Kak Yus, akak tahu kan sape dia..ekekeke)..aku share kan dekat sini antara video-video yang diupload oleh tuanhell ni..video ni aku rasa best sebab 1 video dalam 2 3 minit je..takdela kita bosan kan..Mai kata cikgu dia kata manusia ni kalo dengar lecture ke hape ke, hanya 15 minit yang awal je kita boleh fokus..pastu hanyuttt…heeee,jom tengok video yang aku amik dari Tuanhell ni..

 

Video berkenaan dengan betapa kita mengagung-agungkan artis..bukan setakat puji depa cantik, siap bagi award dan duit lagi haa..bila tengok video ni baru macam tersedar, aahla..kita tak perasan kita telah menggalakkan orang untuk jadik artis dengan segala macam award yang ada..aku admit aku suka kot kalo tengok award..tanpa sedar aku turut menggalakkan budaya tu jugak..Astaghfirullah..oleh itu, aku akan cuba untuk mengurangkan rasa suka tersebut..tak mahula kan kita jadi penggalak orang buat perkara yang Allah tak suka

 

Suka betul aku dengar Ustaz Azhar sebut bodo..hehe,hampeh tol..banyak-banyak part dia cakap bodo tu jugak yang aku capture dulu..perumpaan yang catchy..lembu v/s 7 benua v/s bodo..dia membandingkan antara kebodohan lembu dengan kebodohan orang yang melanggar hukum Allah

 

Yang ni aku sedikit tercuit rasa dihati..dia kabo (amik mood Ganu) kita bangga anta anak-anak belajar sampai degree master semua, tapi kita ada pastikan tak ilmu akhirat dicover jugak..soalan yang buat aku tercuit itu adalah kalo ibu bapa kita meninggal pandai tak kita nak mandikan mayat..AKu tak pandai sob sob sob..rasa ruginya kalo di akhir hayat ibu bapa kita, kita tak dapat menyumbangkan khidmat kepada ibu bapa kita..banyaknyeee ilmu yang aku takde..aduhai, leka sungguh rasa..

 

haha~video ni kalo korang nak dengar Ustaz cakap utara silakan tengok..haha~kelakarla..menceritakan tentang perumpaan solat Jemaah dengan solat di rumah..nice analogy..eceh, speaking plak..hehehe

 

Kalo korang nak tengok lagi yang lain, sila klik link TuanHell di Youtube..banyak lagi video yang menarik..sedikit ilmu untuk dikongsi bersama..

 

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!

Yana Kama

No comments: