Thursday, July 21, 2011

Kami mahu Rancangan Adik & Quran Ustaz Zamri di TV9 diteruskan

Assalamualaikum..

 

Terkejut aku tengok dekat FB ada link Kami mahu Rancangan Adik & Quran Ustaz Zamri di TV9 diteruskan..aku pon pelik jugak mula2 kenapa orang macam tak puas hati..aku pon kompius jugak kenapa rancangan ni dihentikan..bukan best ke ustaz ni ajar adik2 ngaji..aku admit aku tak tengok sangat pon rancangan ni, tapi bila time iklan bila tengok Ustaz ni duk ajak orang tengok terus rasa macam bestnye ustaz ni..Kalo kita yang da tua pon rasa tertarik, apatah lagi adik2 yang kecik..

 

Mula2 dulu dengar siaran ni time dia ditukar..kalo tak salah aku dari pukul 6++ ke pukul 7++..aku try google nak tau kenapa dihentikan..rupa-rupanya Ustaz Zamri ada join Bersih 2.0 baru-baru ni..hmmmm,susah nak cakap sebenarnya..pandangan peribadi aku is janganla nak jadikan benda macam tu suatu isu..kalau betol rancangan ni banyak bawak benefit pada adik-adik waris generasi kita, kenapa nak dihentikan..Sayangkan la waris kita..kalo kita tak mampu nak didik anak-anak ini kenapa nak halang orang yang nak mendidik..

 

For me, kalau betul tak nak Ustaz Zamri atas isu-isu peribadi, janganla hentikan terus..carila pengganti..mungkin takkan sama dengan Ustaz Zamri tapi at least fikirkan kebaikan yang waris kita akan dapat..untuk rakan-rakan yang lain, jika anda rasa tindakan ini tak patut, tak salah rasanya kalo kita sokong kan..Aku takde niat nak sokong mana2 side, cuma aku rasa sangat tak patut rancangan ilmiah macam ni dihentikan tanpa sebab yang kukuh kan..hmmm

 

image

 

image

Mak aku pernah g ceramah dia yang surau umah aku buat..Mak aku cakap sedap dia bagi ceramah..mak aku cakap lagi time ceramah tu ramai budak2 duduk depan..kan indah tu..sayang kalo benda2 indah ni dihentikan

 

Yana Sayang Kamu!

6 comments:

Mama Gee said...

Kenapa nk hentikan..Program yg baik ni....iskkkk

Lee-Yan-Naa said...

betul kak..sangat tak patut

Widurifarhana said...

sedih kan. dan sy pun ada repost pasal benda yg sama.. just my 1 cent,

http://farhanabekeri.blogspot.com/2011/07/apo-kono-eh.html

nas said...

memang xpatut kene berentikan
xkan nak politikkan isu ni sampai jadi cmni
plz mature sikit tv9
huk3

Lee-Yan-Naa said...

Widurifarhana:betol2..sangat menyedihkan la keadaan camni

Lee-Yan-Naa said...

Naz:kan..bukan senang nak cari pendakwah yang kanak2 pon suka