Assalamualaikum..
Hati sangat gumbira bila mood nak menulis datang tanpa dipinta..Hari ni aku belajar satu perkara baru..walau payah macan mana, walau stress macam mana, aku kena belajar untuk jadi tenang..tadi time tengah bengkel untuk SPK, salah seorang staf opis aku sempat berkongsi pengalaman dia menguruskan keluarganya yang pada aku luar biasa besar..dia dan isteri menguruskan anak seramai 10 orang, dia ialah pegawai pengarah opis aku, keje kumpul report tiap-tiap masa la boleh dikatakan..sedang sambung Phd, juga mengajar kelas-kelas..dia jugak ia merupakan pegawai yang naik dari bawah..start dari SPM ke STP camtu..kagum kagum..dan dia keep blaja dan Alhamdulillah da sampai ke tahap PhD..sepanjang aku bekerja di opis, aku tak pernah aku nampak muka lelah dia..tak pernah dengar dia merungut apa-apa..atau mungkin dia tak luahkan pada semua orang kan..dia kata take it easy..tak payah nak stress stress…macam mana?macam mana dia boleh sekuat itu?macam mana kepenatan atau kejerihan hidup sehari-harian tak terserlah dimuka dia?katakan macam manaaaaa…eh,belum pape aku da stress da..haha
Mulai sekarang, aku kena blaja menjadik tenang jugak..relax je dia kata pukul 2,3 pagi dia tido, dan pukul 5 pagi dia da bangun..tiap-tiap tengahari dia amik anak dia dan uruskan p sekolah petang dalam masa hanya 1 jam rehat..lunch memang dia skip la..pagi-pagi hantar anak ke 3,4 tempat..perghh,,aku sebut pon terasa lelah..so Yana, ingatla ujian atau atruan hidup kamu sangatla simple dan mudah Yana..learn to manage perasaan yang cepat terasa lelah..boleh, aku boleh!
Eh, nak share cite lain tershare cerita lain plak da aku ni..hehe, ok..nak sambung kisah dihari persandingan Waheda selepas Waheda selamat menjadi isteri orang..pagi-pagi 25hb, eh pukul 10 pagi boleh kata pagi-pagi lagi ke ek..maklumla, dekat tempat orang jadik jetlag plak..hehe pukul 10 pagi tu barula kami keluar bilik mencarik sarapan..kitorang breakfast dekat area pantai batu burok kalo tak salah aku..and sadly, picture di pantai adalah dalam kamera aku je..hukhukhuk, oh ye..dekat pantai tu jugak aku beli sate ikan..mulala bukak cite zaman sekolah balik..sate ikan ialah sangat significant dengan sekolah agama..aku tak taula sekolah korang, tapi sate ikan ni dekat sekolah agama je aku selalu jumpa..pada aku sekolah agama ialah kenangan sekolah yang main-main..eh bukanla maksudnya tak blaja, tapi sekolah agama lebih santai pada aku..main lompat getah time rehat, blaja kenal sate ikan,asik g kantin setiap masa..yela, sekolah agama kat Selangor zaman aku dulu dalam 3 4 jam je..manala tak enjoy kan..dan kawan aku,Zaf tak pernah try sate ikan ni zaman dia sekolah dulu..she said satu daripada nikmat hidup ketika blaja dia da terlepas sebab tak jumpa sate ikan ni..hahaha
Setel sarapan dan jalan-jalan dipantai, kami balik dan bersiap..lewat jugak kitorang sampai di rumah Waheda..dalam 12 lebih, malu nak masuk sebab kitorang kan pakai pakaian seragam..kalo datang awal takdela malu sangat kan..masuk-masuk bilik Waheda, dia da almost finished da pon sesi make up..
Kak cik ni memang da cun..make up la cane pon, confirm hasilnya akan cun
Sesi siap menyiapkan pengantin..Ps:mak andam dia cun kan..sangat muka Ganu..
Tengah Waheda bersiap, Cikro dan Cik Fatin pon sampai..sama kan cara senyuman diorang..selama ni orang duk kata Cik Fatin ni ikut muka ayah dia je..rupa-rupanya tang senyum dia amik rupa umi dia..
Tak lama lepas Waheda siap, official photog nya mahu amik beberapa shot di dalam bilik..aku rasa pose wajib semua pengantin ialah mengadap tingkap seolah-olah sedang menunggu sang arjuna hati sampai..perghh,gigil aku rasa tulis jiwang-jiwang ni..ekekeke, aku main peranan jugak ok time ni..jadik tukang pegang side langsir yang lagi satu..
Gigih aku tahan langsir dengan kaki..gara-gara nak amik jugak gambar Waheda dekat sini..
Shot tamak ambil gambar secara pukal dengan pengantin..nasib time sanding Zaf sakan jugak amik gambar..kalo tak mesti takdop gambar berdua aku ngan Waheda..
Kain yang Waheda sponsor untuk kami..oh ye, patutnya ada lagi sorang yang geng sedondon, Cik Ain..tapi Cik Ain tak boleh datang yang belah Ganu since dia baru lagi pregnant..tak berani lagik mau jalan jauh..
Pengantin lelaki kalo tak salah aku patutnya pukul 2 petang da sampai..tapi family Waheda minta Waheda turun awal sebab kesian plak dekat tetamu yang sampai awal nak tengok pengantin..kami yang dayang-dayang pengiring ni turu sama turun mengiringi Waheda
Gigih aku pegang kamera + bouquet + kain dress aku + sambil turun tangga..dress aku akhirnye panjang bebeno..memang beberapa kali da nak tersadung..aku da warning kawan-kawan aku da untuk tolong selamatkan aku kalo aku jatuh..wakaka..sampai sekarang tak anta lagik dress dekat tailor untuk alter..
Ambil kesempatan sepenuhnya sebelum pengantin lelaki sampai untuk bergambar..
Ketibaan Pengantin Lelaki
Dayang cilik..dayang besar tewas ok dengan baju-baju diorang ni..pergh,,keglamorannnya buat kitorang surender nak jadik dayang..hehehe, gila cun kan baju budak-budak ni..kitorang duk aim baju adik yang belah belakang yang kiri tu..cantik weh, dia gabungkan songket dan lace..korang jangan terkejut plak kalo baju raya aku trendnye pesen gini nanti..hahaha,oh ye..time dekat sini bateri kamera aku abes..tak terfikir langsung nak charge malam lepas nikah tu..aku ingatkan dan la bertahan..rupa-rupanya ada hikmahnye jugak bateri kamera aku habes..kalo tak mesti tak sempat nak capture moment menyambut Aidl ni..lepas kamera aku kong, aku pinjam kamera Zaf untuk capture pic..aku ni suka gemar menyelit..beria bebenor amik gambar ngalahkan official photog..
Sukala aku gambar kat luar ni..cahaya sunlight (da cahaya, light lagi kan) sangat mengawesomekan gambar..
En abang Waheda, Aidil
Dup dap dup dap bila mahu bertemu..eh tapi Waheda kata time sanding da takde neves-neves da..time nikah je katanya yang neves..
Dik, acik pon takde rantai glamor macam awak dik..jelesla
Yang bersamping dan belah kiri samping ialah parents Waheda..
Geramla dekat dress Waheda yang nampak sangat lembut gila kain dia..
Bila Waheda da selamat masuk dalam, kami pon p dekat kereta untuk amik hadiah..dan apa lagi, kami terus aim ke meja makan..da lapar balik..nasi dagang da abes digest da..hehe
2 shot dari kamera berbeza tapi time yang sama..satu dari kamera Zaf, satu dari kamera kakak Waheda..oh ye, gambar-gambar semua adalah ihsan FB kakak Waheda dan Zafran..
Sesi Memotong Kek
Eh?hehehe..tertumpang kaki sekali plak kan..
Selesai makan beradap (which aku tak amik pon gambar..demm) dan potong kek, pengantin jalan dari meja ke meja dan tak lama lepas tu family belah lelaki nak balik da..mula-mula kitorang pon ingat nak beransur sekali..bila cakap dekat Waheda, dia tanya banyak kali ‘korang da nak balik ke..tak nak amik gambar kat dalam ke’..terus rasa tak sampai hati..bila fikir-fikir balik alang-alang da sampai jauh kan, kami pon tunggu..tak sampai hati plak bila Waheda da tanya macam tu kan..
Join family Waheda menghantar jugak..
Cik Fatin pon join sekali menghantar..riang ria sungguh dia duk berlari dekat luar ni ha..pic Fatin ni jadik profile pic dekat FB aku..
Sangat berjela-jela panjang dress aku
Kitorang masuk dalam bila family Aidil telah selamat berangkat..
Time ni aku tetiba suka plak dress aku panjang berjela..nampak mengurai je kan kan dekat sini..haha
Special pose dari pengantin requested by Zafran..
Alhamdulillah kenduri belah Waheda berjalan dengan selamat..bahagiakan cinta halal mereka Ya Allah hingga ke syurga..Amin
PS:agak-agak aku pergi tak yan belah Aidil..hehehe
S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama
3 comments:
Pengantin perempuan sgt shantekkk!!
Yana anto tailor kt mana ye??
anta dekat equin kak..saya pernah tag FB dia dekat akak kat FB, murah je kak dia amik upah kalo compare dengan harga pasaran
singgah baca entry kat sini :)
ya Allah, canteknya pengantin perempuan. baju pun cantek teramat sangat! :)) baju dia tempah ek?
Post a Comment