Dec 22, 2011

Trip to Perak~MOF rombongan kahwin II Doghian II Mee Udang Kuala Sepetang

Assalamualaikum..

Entry lum sum semua cerita..kang kalo buat berentry-entry confirm cerita kejadian sehari makan berbulan-bulan mahu cerita..Ke Perak ini ialah pada minggu selepas balik dari PD..aku rasa dalam 10hb yang lepas..opis mak aku buat rombongan ke Perak yob,kawan dia kahwin..rajin betui diorang ni sanggup pergi jauh-jauh..kitorang yang anak-anak ni on je..tapi bila fikir balik trip ini sangat memenatkan sebab lama dalam bas..pukul 8 pagi kami bergerak dan pukul 12 malam baru samapi rumah..memang puas tidola..tak terdaya da nak tutup mata yang da makin sepet akhir-akhir ini..ekekeke

P1070903
Gerak pukul 8 sampai pukul 12 tengahari..perghh, 4 jam dalam bas memang kebas segala benda yang boleh kebas..sampai-sampai depa pakat p amik gambar dengan pengantin..spotted umi sorang je pandang kamera aku..hehe,berani umi tak pandang..aku boikot kang dari amik gambar kalo umi tak pandang ekeke

P1070905
The pelamin..dalam 5 minit je depa bergambar lepas tu masing-masing bergegas serbu nasi..tak tahanla dari pagi tak jamah sebutir nasi..perut kan jenis pencinta tegar nasi..

P1070910
Selesai makan,kami masuk dalam balik untuk bagi ruang meja makan dekat orang lain makan..kat dalam ni plak kami belasah bubur kacang dengan bihun sup..pergh,bihun sup dia memang boleh jual..kesimpulannya ,di kenduri ini aku bedal nasik, bihun sup dan bubur kacang..tahniah perut,kamu memang cemerlang

P1070914
Thanks pengantin atas souvenir dan makanan yang banyak itu..selesai tengok pengantin baru semua orang bergerak untuk pulang,yela..kalo datang dari jauh tak dapat tengok pengantin mestila sangat tak berbaloi kan naik bas berjam-jam..setel urusan pengantin, kami singgah solat di masjid dan edisi jelejah makanan diteruskan..

Jelajah Makanan 1: Doghian
P1070921
Makan durian kampung memang buat kita terus rasa tak malu nak makan dan makan dan terus makan..kami singgah di rumah sedara kawan opis umi..adik aku ila memang bukan penggemar durian, so dia tak turun bas..umi aku plak mahu meneman ila..nasib cik Mai sudi teman aku turun makan sebab segan kot ngan kawan umi kalo aku sorang je turun..aku agak tegar jugakla kecintaan kepada durian berbanding dengan adik-adik aku..

P1070923
The tarik ini memang sangat nikmat..tiba-tiba rasa masuk plak minum the dengan dorian..agak-agak kalo ada teh dorian mesti aku jadi peminat no 1..ekekekeke..

P1070928
The rombongan yang p serbu durian rumah orang..terima kasih tuan rumah sebab baik sangat layan kitorang..macam-macam makanan ada,dengan bihun singapore,dengan puding,kuih muih lagi..moga murahlah rezeki tuan rumah..amin

Jelajah Makanan 2:Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang
P1070932
Eceh,konon-konon menu nak tema zaman 80-an..hehehe, Mi udang ni umi aku yang cakap sedap..sebab sebelum ni umi aku pernah rasa dan cakap best..agak glamor jugak aku rasa tempat ni kan..

P1070933
Meja kosong memang susah nak cari,tak putus-putus orang datang..

P1070934
Artikel surat khabar yang tergantung di merata-rata..dan mempersembahkan……………………………..






P1070937
Mee Udang Mak Jah..emmm,dari segi rasa aku pon tak tahu sebenarnya perasaan makan mi udang ialah macam mana sebab tak pernah makan pon sebelum ni..tapi bab yang best ialah udang yang fresh dan gebu-gebu belaka..aku rasa dalam 7 ekor kot,aku amik yang biasa..dia ada yang pakej special,yang tu kalau tak salah aku dalam 15 ekor..perghh,tak larat kot nak makan udang 15 ekor..berbaloi la untuk semangkuk dalam RM7 bagi mi udang biasa..aku akhirnya tak berapa nak gemar sangat tapi kalo penggemar mi udang mungkin akan cakap sedap..kalo tak sedap takkanla orang ramai kan..

Setel lepas hajat jelajah carik makanan,kami beransur pulang..dalam on da way beransur tu,sempat lagi singgah sebuah rumah untuk makan durian lagik..yang ni umi aku sorang je turun..aku surrender,perut da overweight dengan makanan..hehehe,perjalanan yang seronok walaupon sedikit keletihan sebab tido yang overdose dalam bas..cemerlang sungguh rasa bila berjaya compile semua cerita dalam 1 entry..

S.A.H.A.B.A.T,andai aku khifaf di dalam penulisan,tegurla aku!
Yana Kama

2 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

byk lagi kedai mi udang kat situ.. makjah punya akak rasa cam biasa2 jer..

Unknown said...

pernah jugak pi makan mee udang kat kuala sepetang tu... tapi bukan kat kedai mak jah tu la...